Wednesday, 22 July 2009

Something Itu

Ehhh cop cop cop! Bukan aku beli benda alah ni. Gilo ko opo?

Alkisahnya gini, cassette player kat kancil tu dah rosak sejak ermmm 4 ke 5 tahun lepas kot. Kira sebelum kawen la kot. Dan radio nya pulak sekejap ada sekejap takde. Kalau time ada tu, tetiba je dia bleh tukar2 channel seperti ada hantu menekannya. Kekadang volume dia pon leh sangat kuat dan sangat perlahan. Button2 tu pulak takleh tekan kalo tak kuar apa2 kat skrin dia. Kalau nak tukar channel ke apa, kena tunggu la skrin tu kuar apa2. Kalau di off kan, nak on balik pon tengok angin. Kadang boleh kadang tak boleh. Ok, dah jelas kot betapa hampes nya aksesori tersebut. Kutuk kow2 cemana pon tak guna. Dan selama itu lah juga aku takde memainkan kaset. Mini hifi di rumah pon dah rosak player nyer.

Dah lama aku ajak suami beli player baru. Samada player untuk kereta, atau pon player kat rumah. Janji boleh dengar balik kaset2 tuh. Dan selepas sekian lama, semakin tiadalah cassette player untuk kereta di pasaran. Naik malu kami nak tanya kat kedai. Salu kalo masuk kedai aksesori ni, berlakon ler tengok2 dvd player tu, pada masa yang sama carik cassette player kat display cabinet derang keskeskes. Kalo kat bp ni ada la certain kedai yang jual benda tu, tapi sumer yang branded dan semestinya mahal. Paling murah pon 200++. Tak nak beli mahal2 sebab sesekali je naik kancil tu, time weekend or malam je. Memang la suami bawak tiap2 ari, tapi tak sempat abis satu lagu, dah sampai pon ke opis hihihi.

Jadi, pada hari ahad yang tak jadi beli something tu, kami dah jumpa banyakkk cassette player ni ngan rege yang 100++ dan ke bawah. Paling murah rm60. Yang jadi tak jadi tu sebab kami bawak AH kan. Sape nak pasang nanti? Kalau pasang kat AH tu boleh, tapi kena pasang relay lak untuk switch antara cd player ngan cassette player tu. Relay tu rege 100++ juga. Baik tak payah.

Tapi, apa guna ada suami seorang juruterror dan isteri jurutakterror kalau takleh pasang kaset player sendiri kan? Lampu kipas satu rumah boleh pasang, takkan benda sekecil itu takleh pulak? Wah! Tercabar di situ. Maka, sebelum balik tu kami pon beli la juga yang rege 100++ (+sikit je). Kalau yang rm60 tu takut cikai sangat, cepat pulak lerai nya.

Balik2 je, terus aku suh suami pasang. Gilo ko opo? Dia cakap, esok pagi, ayang celik2 mata je, mesti dah siap pasang. Berani ler dia berjanji sebab dia tau la pukul baper aku celik mata kan hikhik.

Gini la rupanya sebelum dipasang. Memang nampak klasik. Klasik kontemporari la kot. Yang lama tu led kat skrin tu kaler hijau, yang ni kaler biru. Kira baru sikit la. Macam skrin henfon 3210 dulu2 pon kaler hijau je kan, kendian kuar 3310 dah kaler biru pulak.

Bila dah siap pasang, ada satu masalah pulak. Mana kaset nya? Alaaa ada la dalam kotak kasut kat bilik stor tu. Ewahhh easy said than done gitu (betul ke ayat nih?). Saper yang buat label kotak ek? Bukan dia ker? Hahaha tuduh menuduh berlaku di situ kerana tiada label 'kaset' di sana. Dah ler bilik tu panas macam sauna, nak bukak kotak satu persatu lagi. Takat yang bawah2 boleh ler aku capai. Yang paras siling tu? Akhirnya, tak jumpa.

Apa nak buat nih? Takkan nak beli kaset baru semata2 untuk mengetest player tersebut? Maka, pada hari ahad, aku membuat keputusan secara veto. Carik semula! Hehehe senang le keje aku, carik je part yang bawah2. Dia la yang kena panjat atas2 tu. Gayat aku! Semalam dah bukak sumer dah. Tapi aku yakin, dia ada di situ.

"Ada bang... ayang ingat, dia dalam kotak kasut. Aritu kita masukkan album dalam kotak kasut dr kadin, kaset tu dalam kotak kasut lain. Cuba tengok kotak tu. Tu tu tu (mudahnya tunjuk2 saje). Ada label album kat situ. Mesti dia sekali. Kotak kasut kan permukaannya rata, mesti kita susun dia bawah2."

"Hah ni, jumpa kotak album. Eh, banyak album ni yang. Letak la dalam kabinet buku kiter tu (sambil bukak album tengok gambar. sempat lagi nostalgia2)".

"Alaaa gambar lebih2 yang tak elok je tu. Kan masa kemas kabinet aritu kita dah pilih2. Cepat la, mesti ada kaset tu. Kotak kasut tau. Kotak kasut."

Akhirnya jumpa pon dalam kotak tuh hehe.

Ini lah kotak kasut nya. Aku ingat kaler dia, tapi tak ingat brand apa.

Bila dibuka, nampak benda ini. Isyyy kaset nya sikit, sampahnya yang banyak.

Sampah bukan sebarang sampah. Ini lah souvenir kepada tetamu ku masa kawen dulu.

Sorang sebijik sabun tau aku kasik. Ceritanya, masa kat uni dulu, aku suka sangat pakai sabun fruitale yang kaler kuning tu. Bau lemon. So, biler kawen, aku nak kasik la orang, benda yang aku suka. Boleh? So, aku pon membuat benda alah ni. Sensorang je aku buat benda ni kat dungun dulu. Sabun2 tu aku beli lain2 warna dan bau supaya warna warni sikit. Beli kat pasaraya klang ke ape nama pasaraya kat batang berjuntai tu. Masa tu baru bukak lagi, so dia ada promotion la. Tapi masa aku beli tu dah abis kempen promotion. Sepatutnya dia tag balik rege barang dia, kan? Sekali, time aku nak beli tu, dia belum sempat tag sabun tuh. Pekerja tak ramai, lambat la sikit kan. Dah nampak murah, aku pon beli la banyak2 terus. Time nak bayar, rege dia lain. Lebih mahal (rege pasaran). Hu ha bong beng bla bla bla, akhirnya dapat la juga rege asal tu. Customer is always right hehe. Itu lah cerita souvenir sabun. Eh, bukan tengah cerita pasal kaset ke tadik???

Ok, dan ini lah kaset2 yang aku ada. Nak baca ulasan pasal kaset ini, sila rujuk entry bulan mei 2007 yea...


Dan ini lah kaset yang tak sabar aku nak dengar. Suka amat!


Dan ini hasil pomen suami ku. Tak nampak macam baru pon? Macam sama je ngan yang asal. Nampak tak, ada kaset kaler merah kat dalam player tuh? Tu la kaset di atas hihi.


Dan boleh la kaset2 ini disusun semula di dalam compartment ini. Eh, kena kasik kredit kat yayu sebab ada juga kaset yayu di situ.


0 komen: