Friday, 17 July 2009

I'm Back!

Sadis betul aku melihat sitemeter report yang diemail setiap minggu itu. Mana tak sadis, boleh dia tanda dash dash je? Apa maknanya tuh? Maknanya takde saper ler yang menjenguk blog nih. Zasss! Terasa seperti di smash pada kelajuan 240km/j oleh lee chong wei jek.

Kini aku kembali dengan cerita berbakul2. Nakkk juga cerita kat uols. Dulik!

Hari Jumaat lepas, tengah aku mentreningkan diri, suami ku call bagitau bahawa dia diarahkan pergi ke satu event sebagai mengiringi students. Alerrr baru aku ingat nak lepak2 dulu weekend nih sebelum mengikut nya out station. 10 hari cuti aku dah dikorbankan untuk berada di sisi suami tau. Baru bulan 7 nih. Cuti raya, cuti hujung tahun, banyak lagi tuh. Adoiii cemana nak kompol 150 hari neh haaa???

Eh, sebelum berbicara lebih lanjut, meh gossip2 sket jom. Macam dah jadi biasa plak, sebelum stori mori mesti ada gossip sket ek. Kisahnya gini, baru2 ni, kira awal bulan ni la kot, aku nampak satu kad jemputan kawen kat papan memo kat opis. Siap ada tulis tuh, dalam kurungan 'bekas driver edtec' kat nama tuan jemput tuh. Aku pon tak la ambik port sangat sebab pakcik tu dah pencen pon time aku masuk sini. Cuma dulu pernah la dengar yayu citer anak driver edtec tu 'artis'. Biler dah masuk sini pon ada dengar2 cite pasal 'artis' tersebut, kengkonon pernah ler dia melatih bebudak2 nih bernasyid bagai. Kira cam mentor kepada kumpulan nasyid ni lah kekdahnya hihi (saje kasik cam gempak sket walau pon hakikatnya non ado!).

Kendian, dalam minggu lepas ke gitu lah, aku terbaca gossip kat biutifulnara tentang seorang lelaki ini yang sebenarnya sudah berkahwin sejak tahun lepas. Kira nikah gantung gitu kot dan telah bersanding minggu lepas. Ooo ok. Abis cerita tuh.

Tiba2, masa kat rumah eita, aku terbaca majalah ermmm hai ke urtv tah, gossip pasal perkahwinan gantung lelaki itu. Ehhh lelaki itu bukan anak bekas driver bas itu ok. Sila betulkan. Siap tunjuk gambar isteri beliau yang cun itu beserta nama latar belakang karier seni lagi. Alaaa kalau sebut nama mesti korang tak kenal punya la, komfem! Tapi kalau aku sebut kat mana dia pernah nyanyi, mesti sumer oooooooooo. Ok ok meh aku test. Nama 'artis' tu ialah Farazila. Hah? Saper tuh? Bukan farahdhiya, atau dia fadila, mahu pon fara wahida, jauh sekali fara fauzana. Komfem korang tak kenal punya la. Tengok muka pon tak kenal. Next, kat mana dia pernah nyanyi. Pernah tengok gedik santai tak? Alaaa rancangan tah apa2 tah kat tv3 dulu tu. Yang hos nya kak engku ngan shira tuh. Haaa ingat tak? Ada pun farazila ni lah awek yang nyanyi2 dalam program tersebut tuh. Hahahahahaha gelakkan aku sebab still korang tak kenal jugak. Tak kisah la.

Kita berbalik kepada lelaki itu semula. Sebenarnya nama lelaki itu ialah Sham. Tak kenal kan? Kalau Sham Kamikaze kenal tak? Haaa saper tak kenal kan, kecuali orang tak tengok af la kot. Al kisahnya, sham kamikaze sudah berkawen ngan farazila itu. Dan jemputan kawen tadi ialah atas perkahwinan mereka adanya. Kes kes kes best tak gosip ni? hihihi.

Dah, abis pasal gossip. Sambung balik pasal cerita tadi. Eh, apa kata sambung dalam entry lain?

2 komen:

Luna said...

kenal2..grup dlm gedik santai tuh namanya 'impromtu'.

oo farazila tu la anak drebar edtec tu?

AyunasiA said...

a'ah betul betul betul. waaa nama grup pon ingat ek. budak kampung je tu (ayat macam jeles jek?).