Wednesday, 22 July 2009

23 Tahun Tanpanya

Hari ini, genap 23 tahun emak pergi selamanya. Emak meninggalkan kami pada malam 22 Julai 1986. Apalah yang difahami oleh budak darjah 1 tentang kematian, kan? Tentang emak yang sudah tiada. Tau, mak dah takde, tapi, ok, gitu je lah. Dan biler dah besar sikit, dah faham, hadir pula seorang yang juga bergelar emak ke dalam hidup ini. Manakan sama.

Emak, nga tak merasai perasaan saat kehilangan mak kerana nga masih kecil ketika itu, tapi ketiadaan mak dirasai sepanjang hayat ini.

Ya Allah, ampuni lah dosa ibuku, masukkan ibu ku ke dalam syurga dan letakkan lah dia di antara orang2 yang beriman. Amin.

p/s mak, menantu mak yang sorang tu selalu marah2, gaduh2 ngan nga, marah dia sikit mak... mentang2 nga takde mak untuk mengadu...

2 komen:

Anonymous said...

sedih la pulok baca N3 nie...

Saya pon sedih sbb mak sya pon tlh pergi hampir 10bln skrg nie...

rasa sunyi betol bila mak dah takde..dulu dgn mak la tpt mengadu damba, jd kawan begurau, kawan peneman ke mana sekalipon...

sedih laaa! :'(

AyunasiA said...

jaja: hua!!! kiter pon nangis sambil menaip entry nih sobsobsob...