Naik pangkat adalah best. Sebab? Sebab naik gaji. Naik pangkat juga adalah tak best. Sebab? Sebab kerja bertambah dan mungkin kena pindah. Dalam jabatan aku, peluang naik pangkat memang cerah. Tapi, ramai juga yang 'mahu tapi malu' dengan kenaikan pangkat. Dah dapat offer tapi tak pergi. Lebih2 lagi kalo pompuan. Lelaki pon ada masaklah jugak, tapi tak sehebat masaklah pompuan. Dengan anak, suami, rumah, sekolah, banyak benda nak dipertimbangkan. Apatah lagi kalau tempat kerja suami tu dah tetap kat situh. Macam aku. Eh, aku lum naik pangkat lagi ler. Macam aku sebab kerja suami ku dah tetap kat situh. Dalam tahun ni aje, aku dah dengar 2 orang kawan kat sini yang terpaksa tolak tawaran naik pangkat sebab terpaksa pindah. Takde post kosong kat sini. Akan datang pon ada lagi. Haihhh sayang memang la sayang, tapi, mana lebih utama?
Monday, 6 July 2009
Dilema Promosi
Hasil karya AyunasiA pada 3:58 pm
Label: Isu Mereka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment