Tak sia-sia aku belajar sama2 ngan student petang tadi. Balik ke rumah, terus boleh apply. Kihkihkih jakun betul. Petang tadi aku masuk kelas networking. Belajar cemana nak wat workgroup, ping mengeping, kendian buat netmeeting. Balik rumah, terus aku ber netmeeting dengan suami ku. Yeay! Jadi jugak. Ok la tuh!
Alamak! Nampaknya, selesema tuh semakin menular ke pelusuk negara. Satu persatu kampus uitm di tutup. Jiran aku yang keje kat poli dungun tu pun kelihatan di rumah hari ni. Banyak sekolah ditutup, tapi tak masuk berita termasuk sekolah eita. Syok jugak sekolah tutup ni ek? Siapa yang sakit tu, ada orang kisah? Iljtm juga tidak terkecuali. Di tempat aku, pagi tadi, sumer student yang kurang sihat di hantar ke spital. Dengar cite nyer, 2 orang suspected. Berapa orang baru dia kasik cuti ek? Ada hati gak nak cuti tuh...
Oleh kerana virus2 benci itu seperti berleluasa je, aku telah mengambil keputusan untuk mengkuarantinkan diri pada weekend akan datang. Untuk itu, sesuatu mesti dilakukan untuk memenuhi masa lapang 2 hari itu. Salah satu daripadanya ialah dengan melakukan aktiviti painting.
Cat ni untuk non-feature wall living hall je. Kata suami ku, dia nak cat rumah sebelum puasa. Katanya lagi, hari raya tu, sehari je. Puasa tu yang sebulan. Sepatutnya sambut puasa la kiter meriah2. Ye la tu. Tapi langsir pasang hari raya nanti ekkk.
Oh, lupa nak cerita pasal aktiviti weekend ku. Seperti biasa juga, kecuali tak pergi bpmol jek. Yang best nyer, aku dah beli satu selimut yang aku idamkan sekian lama! Dah lama aku usha selimut tuh. Rege dia 99, mahal nyerrr la. Time sale, diskaun cuma 10% je. Alamatnya, sampai bebila la tak dapat beli. Tetiba, aritu dia letak kat tingkat bawah, 50% clearance sale. Yiha! Terus aku sambar, tapi aku ambik yang single, murah sket. Tetiba nyesal sebab tak beli yang double tu. Isy! Tapi takpe la. Yang penting, selimut aku dah bertambah. Takde la lagi orang tido rumah aku berselimutkan cadar ek.
Nak tambah best lagi, shokubutsu dijual pada harga 5.99! Dan2 topup kredit, terus telefon yayu. Nak orang belikan tak? Hah? Nak 3 pack? Ok ok. Aku pon beli 5 pack. Sape punya lagi 2 tuh? Tah, saper punya ek? hihihi. Ok ok kali ni tak beli sabun mahu pon comfort he...
Time balik kami singgah kedai buah depan sharp tuh. Beli buah rambutan. Yang best nyer (banyak nyer besttttt) rambutan yang ada cuma rambutan lonjong. Aku sangat suka! Time nak bayar tu, budak tu terkejut tengok duit baru hihihi. Dia ingat orang singapore kasik duit dolar kot. Oh, sila sebut dolar ye, bukan doler sebab orang singapore kan bahasa baku hihihi.
Malam nyer pulak, suami ku berjaga bersama kawan2nya. Ganti. Patut la aku tengok macam dah lama abang tak berjaga. Rupanya terlupa hihihi. Pepagi buta pulak, dalam pukul 2-3 pagi gitu, tetiba ada jiran nih ditimpa sakit. Si isteri hampir pengsan kerana diserang alergik kot. Macam gegata katanya. Terus suami ku menghantar mereka ke hospital. Rupanya, dalam kiter syok2 tido, banyak eksiden berlaku pada malam itu.
0 komen:
Post a Comment