Monday, 6 July 2009

Aku Fening!

Hiyargh!!! Keletup keletup! Hehehe dapat bayangkan tak apa yang berlaku?

Weekend kali nih agak meletihkan. Orang time weekend la nak berehat. Ni tidak, time tu lah sibuk membizikan diri jalan2, soping2. Biler bunyi jam pukul 6 pagi, baru lah nyesal. Eh, uolsss ada tak rasa menyesal setiap pagi? Bukan menyesal sebab masih hidup, tapi menyesal sebab tidur lambat malam tadi. Aku memang tak kisah tido lambat. Tapi besok pagi, merasalah menyesal tak sudah dan berazam untuk tidur awal malam nih. Tapi tak jugak, tido lambat jugak. Abis, camno? Paling senang aku pass je tido ganti tu kat suami ku. Siap paksa2 tutup lampu bagai lagi time aku nak gi keje tu. Kira kalau dia tido tu aku pun tido la. Tak senonos.

Ari jumaat tu, malam lepas makan, aku potong kain. Dapat ler 4 pasang. Sekurang2nya ada gak progressnyer. Kenapa aku begitu rajin? Hahaha sebab aku dah beli kain lagi 3 pasang ngehngehngeh. Giler ah! Takpe takpe, janji tak susahkan orang lain, kan? Sukarela tau...

Esoknyer tak dapat tido lelama sebab pepagi lagi suami ku dah grung greng grung greng menebuk dinding. Saper suh gantung jam? Aku jugak, kan? Maka, terpaksa rela lah bangun jugak. Dah terlanjur tebuk untuk jam, suh gantung frame kat bilik sekali lah. Ingat lagi hasil seni ku awal tahun arituh? Haaa baru kemarin dapat digantung di dinding. Selama ni duk la dia kat frame katil tuh. Dah siap gantung2 tu, haruslah kena vakum pulak kan. Sampai ke tengahari barulah siap.

Tengahari lepas zuhur, keluar ke bp pulak. Takyah citer la... sama je seperti minggu2 yang lain.

Hari ahad, aku sambung jahit langsir. Yeay! Yahoo! Yihaaa! Wah, hepi sungguh nampak nya. Musti lah hepi, langsir ku dah siap lorrr. Yang tak tahan tu, siap aku suh abang bukak langsir sumer, pasang langsir baru, kendian ganti semula langsir lama. Hahaha well, u know me. Puas sangat la hati tu.

Pas siap langsir, jahit baju pulak. Ok, kali ni bukan baju raya. Baju kerja. Kena differentiate kan baju keje ngan baju raya tau. Baju raya mesti RM50 ke atas hahaha poyo.

Ok, itu jek. Tak larat pening arrr.

2 komen:

alamanda said...

akak lom start lg jahit baju raya. hasben dah memekak dah. sabo je la.

AyunasiA said...

haha kena mula dari sekarang, t time pose leh sembat2, sulam2, jahit manik mentara tunggu time berbuka. kalau hasben memekak, suh dia kasik duit beli baju siap jer hehe.