Friday, 31 July 2009

Solat Jumaat

Adoiyaiii. Kala aku menaip entry ni, azan zohor/jumaat sedang berkumandang dan ada 3 orang bapak orang di hadapan aku. Boleh sorang ni cakap,

"Eh, apa kata ari ni kiter sembahyang kat sini je? Dari sini pon boleh dengar khutbah. Sini pon kira belakang masjid gak, kita hadap kiblat, ok lah tu. Pastu kiter gi jumpa imam, tanya la, sah ke tidak. Kalo tak, kiter sembahyang zohor je lah."

Wahahahaha lawak tul. Tapi derang bergurau je tuh. Ni derang tengah turun ke masjid pon still berhujah. Aku tak terpikir la pulak orang laki ni ada terfikir cenggitu hikhikhik.

FYI, memang setiap jumaat aku mendengar khutbah, tapi ada la sekali dua je kot yang dengar dan masuk. Yang lain tu macam angin lalu je la. Teruk nyerrr! Ok la ok la, aku nak dengar la nih.

0 komen: