Thursday, 30 July 2009

First Aid



Hari ini aku menghadiri kursus pertolongan cemas. Kursus ini disampaikan oleh seorang setiausaha pbsm batu pahat. Beliau merupakan seorang guru besar di sebuah sjkc di daerah ini. Eh, kenapa kena rahsiakan nama sekolah dia? Tah? Mujurlah beliau merupakan seorang berbangsa cina yang '1 malaysia'. Cakap pon dah macam orang melayu. Lawak pon lawak melayu. Siap boleh cakap Masya Allah pulak tuh. Kalau menteri kiter dengar ni, tah2 leh kena isa. Kenapa ek? Orang bukan islam takleh baca al Quran eh? Takleh sebut tulis Allah eh? Ok, anggap aku tak cakap apa2.

Sedang syok2 layan bandage dan kain anduh (serius, aku tak bosan dengan kursus nih. mungkin sebab time sekolah dulu tak berpeluang mengikuti apa2 aktiviti kokurikulum dengan jayanya :( kesian aku), tetiba ada pengumuman bahawa pada petang ini, akan ada taklimat dan uji bakat mystarz lg di dewan besar. Ada yang percaya ker? kehkehkeh. Tipu je lah. Actually klinik kesihatan nak wat ujian saringan h1n1. Dahhh, tetiap ari berdoyonnn tiba bebudak ni kat klinik kesihatan tuh, naik menyampah la derang kan. Bio derang datang terus ke sini, wat check up sumer, kasik ubat terus. Lapang sikit klinik tu kan. Dah tentu2 bukan derang sorang je yang nak jumpa dokter kan. Ramai lagi rakyat batu pahat ni yang memerlukan rawatan. Tambahan pula, dari sehari ke sehari, satu-satu iljtm diarah tutup kan. Kot la virus tu pilih budak2 iljtm ke kan, kena lah berjaga2.



Maka, petang itu, kursus ditangguhkan sebentar untuk memberi laluan kepada aktiviti ini. Kata kul 2.15pm, sudahnya, kul 3pm baru bayang inspektor sahab tu datang. Takde ler dokter ke apa, cuma misi2 dan inspektor2 jek. Memula sekali derang suh kitorang2 yang sedang kursus ni untuk membuat saringan tersebut. Kalau uji bakat af7 ni, kira aku sampai stage nurul arrr. Stage 2 sahaja. Stage pertama ialah untuk mengukur suhu melalui telinga. Suhu aku 37.3 degree. Derang cakap kalau lebih 37.2 dah kira berjaga2, tapi aku takde ler rasa demam ke haper. Sihat Alhamdulillah. Selepas beberapa orang pon suhu 37++ dan sihat, dapat lah disimpulkan bahawa suhu alam sekitar lah yang menyebabkan suhu yang tinggi itu. Isy, bukan 37 tu kira suhu normal ker? Tapi kalau dekat2 38 tu kira komfem la nak demam.

Stage kedua, check tekanan darah. 110/70. Normal la tu, walo pon agak rendah. Kebetulan ramai yang baru lepas makan kepalak kambing, memang ler darah tinggi sket hihihi. Selepas itu, aku pon sambung kursus. Saper2 yang sampai stage 3 (check tekak), akan diberi ubat sakit tekak, paracetamol atau ubat batuk. Di akhir aktiviti itu, nampak gayanya, antibodi budak2 edtecbp adalah sangat baik. Maka? Takde ler tutup2 buat masa ini. Kalau boleh memang la takmo ada yang sakit tuh kan, tapi kalau dapat cuti, ok jugak hihihi. Isy, ada pulak cenggitu. Patut mintak dijauhkan lah kan?

Ya Allah, jauhkan lah kami dari penyakit dan kesakitan, Amin.



2 komen:

afandiahmad said...

Aku nak buat filem pendek bertajuk "Aku Insan Biasa" bole? hehe adaptasi blog ko? hehe ala2 "blogger boy" gitu

AyunasiA said...

weiii! aku pon tak tengok blogger boy tau. tapi kalo tak cukup pelakon, calling2 ar kihkihkih.