Thursday 23 July 2009

Fakta Atau Auta?

Tahukah anda, orang perempuan bercakap lebih banyak daripada orang lelaki? Hasil kajian menunjukkan, seorang wanita bercakap sekurang2nya dua kali ganda banyaknya berbanding lelaki (saper punya kajian tah). Ini terbukti dalam perbualan kita sehari2 dengan suami kita. Jarang sekali kalau kita cakap sekali, dia terus faham dan respon. Walau pun kita bercakap tepat di depan matanya. Tambah lagi kalau time tu dia tengah tengok tv aka bola atau membaca sotkabar. Kerap kali kita terpaksa mengulang ayat yang sama untuk kali kedua, ketiga dan bila masuk keempat, ayat itu akan bertukar kepada, "biar tak hensem, tapi jangan P!" P for pekak hihihi. Jadi, memang logik la kalau perempuan bercakap lebih banyak daripada lelaki.

4 komen:

Alinlai said...

hmmm ke ke ke...ada gak yang sama naik...cam saya dgn abang bulat...kadang2 tu berebut nak cakap dulu kwang3... ntah pe pe

AyunasiA said...

org yg wat kajian tu jumpa uol kot time collect data tuh heheh

Luna said...

kena rakam kalo camtu....senang..x bazir suara kih kih kih

AyunasiA said...

perkara2 spontan yg selalunya kena ulang nih. satu hal pulak nak pasang recorder kat badan...