Friday, 17 July 2009

100 Hari Najib Bersama Rakyat


Sambung cerita balik. Hari Jumaat tu, aku balik bawak mihun sup. Senang nyer idop ku. Tak payah masak. Malam, kami bertolak lebih kurang kul 11-12 malam. Sampai nilai, ada ila. Kekdahnya, ari isnin tu dia start internship kat esset. Bagus kan kerajaan malaysia? Graduan takde keje, di kasik training. Bukan free lak tu. Dapat elaun seribu sebulan lagi. Saper nak kasik, kan? Tapi, sampai biler nak training? Biler nak keje bebetul nyer?

Eh, gossip lagi. Dengar tak cerita faizal tahir tak dapat naik flight ke jakarta untuk gi apm sebab black listed tak bayo ptptpu? Wakakakakakak lawak paling lawak ler...

On the way kami jumpa eksiden. Baru je kami berenti kat hentian ayer keroh. Tengok gaya macam dasat. Bas langgar trailer. Ambik gambar, tapi gelap je ler. Time kami tiba situ, bomba sedang mengeluarkan mangsa dari bas. Tengok depan bas remuk teruk melekat kat belakang treler tuh. Dengar berita esoknya cakap, treler tu terus tak bergerak selepas perlanggaran ituh. Katanya bas tu baru lepas motong lori. Agaknya lepas motong tu dia nak masuk lorong kiri semula, tapi treler kat depan dia slow sangat, so dia hentam ler treler tuh. Biasa kan kalo lori memotong je, kete yang laju2 ni sodok dari belakang suh cepat ke tepi kan. Tu yang salu mengakibatkan eksiden tu. Salahkan kete yang laju2 tuh.

Hari sabtu, pepagi lagi aku dah bangun bersiap2 nak jumpa perdana menteri. Bersemangat nasionalis giler ah. Bukan senang aku nak bangun pagi2 buta pada hari sabtu nih. Kagum kepada diri sendiri. Aku ni cepat benar memaafkan. Bagi aku, mudah. Tak suka la cemana pon. Benci la banyak mana pon. Meluat la macamana pon. Itu lah perdana menteri kita. Nak tak nak, kiter terpaksa terima hakikat itu.

Mulanya ingat nak naik komuter, lrt je. Tapi biler pikirkan balik, tak sanggup de aku nak berbaju batik menapak dari stesen lrt ke klcc tuh. Agak2 la abang (gaya budak dalam citer syurga cinta). Maka kami pon naik kete je. Parking je la kat mana2 pon. Kata menurut perintah. Balik nanti claim le balik. Lagi pon ari sabtu kan, takde la jam teruk ke haper kan.

Sebelum tuh sarapan dulu kat bukit mahkota. Best nyerrr ari sabtu cenggini kalau melingkar atas tilam. Uhuksss masih rasa menyesal di situ huhuhu. Sampai2 je kat sana, baru kul 9.30 gitu. Paking betul2 kat belakang klcc tuh. Parking rm8 sekali masuk. 3 tahun lepas rm6 jek. Pernah park kat situ masa pegi test punb. Kalau ikut invitation tuh tempatnya kat dewan plenary, tapi nampak orang sumer pegi dewan kat tingkat bawah tu jek. Follow je la. Masa tu belum ramai orang lagi. Kami pon duduk je lah kat depan2 sket, duk tepi lorong utama. Kot2 leh salam2 ke kan. Hihihi giler jakun. Tak sangka perasaannya lebih kurang macam nak jumpa artis. Jangan tak tau, sepanjang masa aku keje menyenap gambar selebriti jek. Ini antara gambar selebriti yang aku ambik.

Presiden cuepecs ni pon kulu kilir jek.

Pang chin fei yang jelita sungguh

Add ImageJuma pon ada. Dah tak gemuk dah

Sebenonya dia bergambar ngan bebudak tu, aku menyelit ler sekali hihi

Aku salam ngan first lady time nih

Bila dah dekat2 nak mula tu aku dah was2. Naper takde sofa2 kat depan tu ek? Tah2 ni cuma dewan tayangan jek. Tah2 tempat sebenar memang kat dewan plenary tu tak? Tapi nampak memang ramai orang kat sini je. Nampak sorang aweks nih. Macam familiar je muka dia. Ooo ooo ooo baru ingat. Pang chin fei yang baca berita tv3 tuh. Dia ngan elly iskandar jadi mc. Cantik betul.

Makin lama makin sesak. Yang aku perasan ada sorang mamat ni, sibuk ngan henfon. Yang aku dengar dia sebut ksu, menteri, timbalan menteri. Mesti pa sesiapa lah tu. Sibuk cari tempat duduk untuk bos dia. Kerusi sumer dah penuh. Last2 dia mintak kusi ngan budak klcc tu, letak kat sebelah kami. Cis! Dah cukup strategik dah tadi, tetiba dia block plak. Bencik! Last2 tah pempuan mana tah yang duduk. Mana pegi ksu dia tah wakakaka. Padan muka. Lain kali datang awal, cop kan kusi tuk boss masing2 okeh. Takde label pada kerusi. Free sitting katanya. Budak2 sekolah disuruh duduk bersila kat depan pentas. Menteri2, vvip ada yang berdiri. Yang mula sekali duduk bersila ngan budak2 ialah shahrizat. Diikuti dengan hishamudin, sapiee dan tah ramai lah lagi. Rakyat la sangat tu kononnya.

Acara bermula lebih kurang 10.45am. Takde banyak protokol, terus je ucapan pm. Ini pertama kali aku mendapat maklumat premier dari pm. Kalau boleh dan2 tu nak update blog kehkehkheh, kalah sotkabar. Rasanya sumer korang dah baca dalam paper kan. Tak perlu lah aku detail2 kat sini.

Suka gambar nih

Dari jalan masuk, membawak ke tempat makan, tung tang kelentung kelentang je bunyiknya. Aku rasa sumer lagu sama je kedengaran

"Saya tak suka bila saya masuk (tanah) rancangan, ada rumah jadi banglo, tapi ada juga rumah tak berubah daripada rumah asal. Saya nak tengok rumah asal sudah tiada... Semua bina rumah baru supaya FELDA mendapat imej yang baik."


Gimik yang pertama, teks ucapan pm tiada di rostrum. Ropanya kengkonon ada sekumpulan budak berbilang bangsa nih sudah kidnap teks tersebut dan hanya akan diserahkan tepat jam 11.11am. Saper punya idea la gimik nih ek.

Selesai ucapan, gimik seterusnya ialah acara menanam pokok doa. Katanya, pokok ni daunnya menghala ke langit seperti tangan yang menadah doa. Tah apa simbolik nya, aku pun tak ingat. Pokok ini akan ditanam di putrajaya. Nanti2 aku nak gi putrajaya, nak tengok pokok nih. Kengkonon aku berada di sana semasa ia ditanam la. Kununnya.

Selesai sumer, kami dijamu dengan makanan yang enak. Kebetulan kami semeja ngan team organizer. Sempat la suami ku berbasa basi dengan mereka. Menurut kata mereka, kehadiran tetamu adalah di luar dugaan. Dan waktu makan tu sepatutnya seorang menteri duduk di satu meja bersama rakyat jelata. Tapi non ado! Sumer makan ngan pm jek. Kami rakyat jelata ni makan le sendiri2. Nak jugak aku duk semeja ngan hishamudin ke, subramaniam ke. Hampesss. Tapi elok la jugak. Boleh kami makan sesuka hati.


Ini yang aku makan.

Pelbagai bangsa dan golongan.


Ini lah pokok doa. Tapi ni yang dah besar. Yang pm tanam tu cinonet lagi.

Kengkonon kalau bosan leh baca.

On the way nak balik dah

Selesai event tersebut, kami solat di masjid assyakirin. Tengah renovate, sangat tidak conducive. Kendian kami masuk suria. Kali terakhir aku masuk sini is time gi rombongan cik kiah tahun lepas. Masuk isetan, terjebak ngan sale kat situ. Terbeli ler satu kemeja untuk aku. Akhir2 ni aku suker kompol kemeja la plak. Padahal bukan leh bawak gi keje pon. Kendian gi swatch polish cermin jam suami ku. Ada ke dia gi gosok cermin tu ngan span hijau yang wat cuci pinggan tu. Abis ler kabut kaca tuh. Now dah memancar2, terus campak jam alba baru tuh. Umpama dapat tanduk, gading tidak berguna lagi. Terbalik kot.

Lepas tu kami terus ke jalan tar. Paling mudah parking kat medan tuanku. Jauh pon jauh la, janji senang dapat parking. Puas la juga pusing2 kat pasar malam jalan tar tuh. Sempat makan laksa mahal lagi. Pat hengget tau. Cekik darah betul. Kendian kami pon balik.

Sebelum sampai rumah, singgah kat pasar malam bandar seri putera. Tah apa ke mimpi tah, boleh pulak aku beli ketam kat situ. Padahal tak tentu lagi ada periuk ke kuali kat rumah ngah tuh. Abis, geram aku tengok ketam tu ganal2. Musti banyak isinya. Time aku pilih2 ketam tu, ada sorang pakcik ni tanya, berapa sekilo? Kendian dia cakap, mahalnya. Tu dah berapa kilo dah tu (merujuk kepada 3 ekor yang telah ku pilih). Siot betul laaa. Dah aku takde mood nak beli banyak, takut sampai 10 kilo. Sekali bila timbang, alorrrr sekilo lebih sikit je ler. Cis! Rugi je ambik sikit. Maka, malam tu kami makan nasi ayam berempah yang sedap nyum nyum.

3 komen:

Sya said...

Itulah kan majlis kalau sama Menteri mesti Menteri makan asing2 dr kita, apasalahnya kalau makan dan beratur sama2 itu baru namanya Menteri berjiwa rakyat

Anonymous said...

Laaa...Kat TV kata depa mkn bersama rakyat?? aku igt dia amek sdri, mkn semeja ngan rakyat jelata.....

Rerope Indah Khabar dari rope ye???

AyunasiA said...

kak sya : kot derang tak tau nak sembang apa kot ngan kiter...

jaja : sedewan ada lerrr. tapi tak tau la ada sorang dua yang semeja. bukan kenal sangat muka derang nih.