Tuesday, 21 July 2009

Majalah Deko Kesayangan Saya


Walau pun saya dah pun berpindah ke rumah sendiri, dah takde renovate2, tapi saya masih membeli majalah deko. Tah, macam tak sayang pulak duit bila beli majalah tu. Cuba kalau majalah wanita ke, jelita ke, rasa macam mahal sangat je. Apa taknya, majalah deko ni takde la iklan melampau2 macam majalah lain tu. Memang la ada, tapi takler sampai lebih tebal dari isi kan.


Yang best nya majalah deko ni, kiter takyah baca pon takpe. Tengok gambar je dah cukup hihihi. Macam buku kanak2 pulak kekdahnya. Sikit punya la malas nak mengerjakan otak. Agak2 takde keje tu, belek ler majalah tu, tak jemu punya lah. Itu aku, orang lain tak taulah.


Satu lagi yang best ialah, majalah ni juga dapat mengeratkan silaturrahim. Bila dibelek bersama rakan2 yang nak masuk rumah baru, bukan setakat idea majalah, idea sendiri pon boleh dikongsi bersama. Tak ke best tuh? Jom! Kiter belek majalah impiana ni sesama. Tak yah buat pon takpe, berangan tak kena bayar pon.

p/s Dulu, saya belikan boyfriend saya majalah maskulin setiap bulan sebab nak suruh dia membaca sesuatu. Itulah pelaburan saya untuk menjadikan suami saya seorang lelaki maskulin heheh poyo! Maskulin kerrrr...

0 komen: