Boleh tak? Saje je wat entry ni sebab bulan ni ada 31 hari, so nak kelihatan seperti satu hari satu entry. Sukati ar, kan?
Friday, 31 July 2009
Rounding
Solat Jumaat
Adoiyaiii. Kala aku menaip entry ni, azan zohor/jumaat sedang berkumandang dan ada 3 orang bapak orang di hadapan aku. Boleh sorang ni cakap,
"Eh, apa kata ari ni kiter sembahyang kat sini je? Dari sini pon boleh dengar khutbah. Sini pon kira belakang masjid gak, kita hadap kiblat, ok lah tu. Pastu kiter gi jumpa imam, tanya la, sah ke tidak. Kalo tak, kiter sembahyang zohor je lah."
Wahahahaha lawak tul. Tapi derang bergurau je tuh. Ni derang tengah turun ke masjid pon still berhujah. Aku tak terpikir la pulak orang laki ni ada terfikir cenggitu hikhikhik.
FYI, memang setiap jumaat aku mendengar khutbah, tapi ada la sekali dua je kot yang dengar dan masuk. Yang lain tu macam angin lalu je la. Teruk nyerrr! Ok la ok la, aku nak dengar la nih.
Thursday, 30 July 2009
First Aid
Hari ini aku menghadiri kursus pertolongan cemas. Kursus ini disampaikan oleh seorang setiausaha pbsm batu pahat. Beliau merupakan seorang guru besar di sebuah sjkc di daerah ini. Eh, kenapa kena rahsiakan nama sekolah dia? Tah? Mujurlah beliau merupakan seorang berbangsa cina yang '1 malaysia'. Cakap pon dah macam orang melayu. Lawak pon lawak melayu. Siap boleh cakap Masya Allah pulak tuh. Kalau menteri kiter dengar ni, tah2 leh kena isa. Kenapa ek? Orang bukan islam takleh baca al Quran eh? Takleh sebut tulis Allah eh? Ok, anggap aku tak cakap apa2.
Sedang syok2 layan bandage dan kain anduh (serius, aku tak bosan dengan kursus nih. mungkin sebab time sekolah dulu tak berpeluang mengikuti apa2 aktiviti kokurikulum dengan jayanya :( kesian aku), tetiba ada pengumuman bahawa pada petang ini, akan ada taklimat dan uji bakat mystarz lg di dewan besar. Ada yang percaya ker? kehkehkeh. Tipu je lah. Actually klinik kesihatan nak wat ujian saringan h1n1. Dahhh, tetiap ari berdoyonnn tiba bebudak ni kat klinik kesihatan tuh, naik menyampah la derang kan. Bio derang datang terus ke sini, wat check up sumer, kasik ubat terus. Lapang sikit klinik tu kan. Dah tentu2 bukan derang sorang je yang nak jumpa dokter kan. Ramai lagi rakyat batu pahat ni yang memerlukan rawatan. Tambahan pula, dari sehari ke sehari, satu-satu iljtm diarah tutup kan. Kot la virus tu pilih budak2 iljtm ke kan, kena lah berjaga2.
Maka, petang itu, kursus ditangguhkan sebentar untuk memberi laluan kepada aktiviti ini. Kata kul 2.15pm, sudahnya, kul 3pm baru bayang inspektor sahab tu datang. Takde ler dokter ke apa, cuma misi2 dan inspektor2 jek. Memula sekali derang suh kitorang2 yang sedang kursus ni untuk membuat saringan tersebut. Kalau uji bakat af7 ni, kira aku sampai stage nurul arrr. Stage 2 sahaja. Stage pertama ialah untuk mengukur suhu melalui telinga. Suhu aku 37.3 degree. Derang cakap kalau lebih 37.2 dah kira berjaga2, tapi aku takde ler rasa demam ke haper. Sihat Alhamdulillah. Selepas beberapa orang pon suhu 37++ dan sihat, dapat lah disimpulkan bahawa suhu alam sekitar lah yang menyebabkan suhu yang tinggi itu. Isy, bukan 37 tu kira suhu normal ker? Tapi kalau dekat2 38 tu kira komfem la nak demam.
Stage kedua, check tekanan darah. 110/70. Normal la tu, walo pon agak rendah. Kebetulan ramai yang baru lepas makan kepalak kambing, memang ler darah tinggi sket hihihi. Selepas itu, aku pon sambung kursus. Saper2 yang sampai stage 3 (check tekak), akan diberi ubat sakit tekak, paracetamol atau ubat batuk. Di akhir aktiviti itu, nampak gayanya, antibodi budak2 edtecbp adalah sangat baik. Maka? Takde ler tutup2 buat masa ini. Kalau boleh memang la takmo ada yang sakit tuh kan, tapi kalau dapat cuti, ok jugak hihihi. Isy, ada pulak cenggitu. Patut mintak dijauhkan lah kan?
Ya Allah, jauhkan lah kami dari penyakit dan kesakitan, Amin.
Wednesday, 29 July 2009
Kisah Maisara
Asal aku wat pe'el tak senonos je, suami ku terus samakan aku ngan maisara. Saper maisara tuh?
Kisahnya, minggu lepas, kami tertengok satu drama bertajuk maisara kat tv prima. Pelakonnya si liz af4 tuh. Dalam citer tu, laki dia ialah anak yusop selam. Awal citer tu menunjukkan laki dia dimasukkan ke hospital. Masa dirawat tu, tetiba keluar satu bau yang busuk. Ropa2nya, bau tu datang dari *tut* dia. Time tu, sumer orang cam tak percaya, sebab laki dia ni punya la baik. Sebelum masuk hospital tu pon derang dah puji2 mereka, wah wah, muda2 lagi dah nak pegi haji. Tapi, macamana boleh jadi sedemikian?
Maka citer ni pon flash back la. Huhahuha, kisahnya maisara ni jenis cemburu buta tuli. Sket2 curiga ngan laki dia. Suka jeles2, todoh2( ni pe'el tak senonos aku lah nih). Nak dijadikan cerita, laki dia ter'lanjur ngan sorang awek ni. Biler dia nak bertanggungjawab, si maisara ni kemain lagi meraung2 tak kasik laki dia kawin lain. So, dia gi jumpa bomoh. Mandrem ler tuh. Oh, maisara ni ada 2 orang kaki cucuk, tu yang cepat terpengaruh tuh. Sampai masa laki dia nak kuar dari rumah, tetiba je tak jadik. Terus lembut lutut. Dan akhirnya, terjadi lah kejadian masuk hospital itu. Persoalannya, penyakit itu adalah akibat keterlanjurannya, atau mandrem maisara? Nak ambil pengajaran mana satu nih? Ok ok dua2 leh jadikan pengajaran kot...
Pengajaran tambahan, jangan cemburu buta dan todoh menodoh ok?
Rambutan oh Rambutan
Saper suka makan buah rambutan angkat tangan!!! Saya cikgu saya cikgu! Siapa cikgu nih? Aku lah tuh. Siapa saya tu? Pon aku lah jugak. Benonya saje je nak cerita pasal buah mo'tan nih.
Masa aku kecik2 dulu, ada 6 pokok rambutan di sekeliling rumah ku. 3 rambutan gading, 1 rambutan lonjong, 1 rambutan rambut panjang dan satu rambutan bulat. Hahaha aku tak tau nama rambutan tu lerrr. Yang penting bukan rambutan anak sekolah eh, sebab aku jumpa rambutan anak sekolah tu time dah dewasa nih je.
Mula sekali nak cerita pasal rambutan kuning. Rambutan kuning ni isi nya tebal dan sedap. Kalau terlebih masak boleh jadi keoren-orenan. Tapi masaklah dia ialah kulit biji dia salu melekat sekali ngan isi tuh. Bila kulit dah melekat, kiter pulak terus telan, alamat tak lama la tu. Ehhh bukan pendek umur lerrr. Tak lama sakit tekak, demam dan selesema la. Mungkin kulit tu menghakis lapisan dalam esofagus kiter, lantas mengakibatkan virus influenza mudah menyerang kiter. Tapi, rambutan kuning memang sedap.
Seterusnya, rambutan lonjong. Susah nak jumpa rambutan jenis ni dijual ek? Balik2 anak sekolahhh je. Aritu terjumpa pulak. Wahhhh best nyer!!! Rambutan lonjong ni best sebab kulit biji tu tak lekat. Boleh makan tanpa berhati2 (baca: dengan rakus). Ni spesis yang paling aku suka la.
Rambutan rambut panjang ni pulak, kalau tak salah namanya rambutan kawin. Dulu pokok ni satu2 nya yang ada kat belakang rumah. Rambut dia halus2 dan panjang. Tak ingat dah cemana rasanya. Pokok ni ditebang sejak menjak rumah aku salu wat kenduri kawin kot. Jadi, lapang la belakang rumah tuh. Yang penting, dah tak susah nak sapu laman tetiap ari hikhik.
Akhir sekali, rambutan bulat. Yang ni dok kat tepi rumah. Pokok ini juga terkenal sebagai reban ayam di rumah ku. Kala malam bulan mengambang, bertenggek la hayam2 tu atas pokok nih. Boleh tengok la ayam tu tido2 ayam hihihi. Kalau time nak makan ayam, abah akan buat jerat guna galah, kendian sangkut kan kaki ayam yang tengah tido2 ayam2 dan tarik! Yeay! Esok makan lauk ayam! Eh, ni citer pasal mo'tan ke pasal ayam eh?
Rambutan bulat ni kalo aku tak silap, dianya isi jenis melekat kat biji. Apa ke istilahnya kalo isi tu senang je tanggal dari bijik tu ek? Tak kisah la longkah ke lengkang ke longkang ke tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan ke.
Tapi kini, cuma ada 1 je pokok rambutan yang tinggal. Rambutan kuning kat depan belah kiri rumah. Sekarang, nak makan rambutan, beli ler sekilo, sempat la abis sebelum buah tu busuk.
Saya suka makan buah rambutan!
Gugu Gaga Vernon Pulak
Tuesday, 28 July 2009
Ada Apa Dengan Kancil?
Maybank2u and Me
Amaran! Sila jangan klik link maybank2u di blog ini, atau wang anda akan ditransfer secara otomatik ke akaun tuan rumah hehehe. Takut tak?
Halamakkk! Macam berdosa je rasa bile aku drag and drop gajet kat sebelah tuh. Sebelum nih aku letak waktu solat kat atas, bawahnya baru eklan. Ni aku tukar tempat derang plak. Kalau aku tak cakap ni mesti takde orang perasan kot. Isy isy isy berdosa ke?
Kat opis aku ni ada sorang brader ni. Dia memang lambat sikit tentang teknologi semasa. Minggu ni, balik2 je dari kursus, terus dia nak menggunakan maybank2u. Dapat ilham dari mana tah tu agaknya. Selama ni takde pulak. Mungkin sebab dia baru pindah rumah sendiri, bil api air sumer dah kena bayar sendiri. Sebelum ni duk kuarters, bayar kat admin jek.
Maka, semalam dia dah pegi bank, ambik pin no untuk online banking. Tapi dia tak register no henfon untuk no tac. Maka, petang semalam dia pegi lagi. Balik2 terus try. Tapi, tak dapat pon no tac. Sekarang kan tac no valid untuk each login je kan. Kalo dulu leh tahan sehari. Maka, derang pon suh try arini pulak.
Pagi ni, masih tak dapat jugak. Sorang ni cakap, server kat kl down, tu yang takleh hantar no tac sejak semalam. Dia pon try semalam 5 kali, still tak dapat. Aku pon cuba try test request tac. Ermmm tak sempat kelip mata dah dapat. Server saper yang down nih?
Eh eh... dah macam mengumpat la pulak. Isy isy isy. Tujuan asalnya bukan nak citer pasal ni, tapi tetiba melalut sampai ke situ pulak. Sebenarnya aku nak citer pasal versi2 pengguna maybank2u di opis ku ini. Aku citer pasal aku dulu ek.
Aku guna maybank2u ni untuk bayar ptptpu, bil streamyx, tabung haji dan transfer kat abah. Selain itu, aku ada buat autodebit untuk takaful ikhlas. Dua akaun, saving dan gegirl account. 6 ni je transaction aku setiap bulan. Dalam 6 transaction ni, 2 je yang takde direct caj. Ptptpu kena rm1.00 (kot, lupa laks), tabung haji rm2, autodebit rm1.50 setiap satu. Jadi, secara purata aku bayar rm6 sebulan untuk caj2 itu sahaja. Tu tak tolak lagi caj setiap 8 kali (ke 5? tah, lupa jugak) transaction tuh. Eh, aku bukan nak citer pasal caj ni lorrr. Serabai betul laaa. Menyanyah2.
Gini, untuk setiap transaction tu aku dah register siap2, so terus je klik fevret payee atau fevret 3rd party. Maknanya, aku dah takyah mintak tac lagi dah, kecuali kalo aku ada beli barang online ke, time nak bank in tu baru aku mintak. Tu pon aku register gak sebab senang, lenkali beli ngan orang yang sama, terus je transfer.
Berbeza ngan kawan2 opis aku ni, derang mintak tac setiap kali nak wat transaction. Kira terus wat one-off payment, walo pon untuk bil api air yang kena bayo tetiap bulan tu. Yang wat tak best tuh, derang ajar brader yang baru nak belajar ni, kekdah gitu. Tak ke poyos tuh???
Kenapa aku tak ajar kekdah mudah? Errr derang ni ramai, aku sensorang hihihi. Ok ok, nanti aku bisik2 la ngan brader tu. Sekarang ni dia masih tak dapat tac no tuh. Kesian lak. Ramai nak ajar, tapi ramai yang guna cara susah. ATAU, cara aku yang salah???
Monday, 27 July 2009
Netmeeting Dan Lain-Lain
Tak sia-sia aku belajar sama2 ngan student petang tadi. Balik ke rumah, terus boleh apply. Kihkihkih jakun betul. Petang tadi aku masuk kelas networking. Belajar cemana nak wat workgroup, ping mengeping, kendian buat netmeeting. Balik rumah, terus aku ber netmeeting dengan suami ku. Yeay! Jadi jugak. Ok la tuh!
Alamak! Nampaknya, selesema tuh semakin menular ke pelusuk negara. Satu persatu kampus uitm di tutup. Jiran aku yang keje kat poli dungun tu pun kelihatan di rumah hari ni. Banyak sekolah ditutup, tapi tak masuk berita termasuk sekolah eita. Syok jugak sekolah tutup ni ek? Siapa yang sakit tu, ada orang kisah? Iljtm juga tidak terkecuali. Di tempat aku, pagi tadi, sumer student yang kurang sihat di hantar ke spital. Dengar cite nyer, 2 orang suspected. Berapa orang baru dia kasik cuti ek? Ada hati gak nak cuti tuh...
Oleh kerana virus2 benci itu seperti berleluasa je, aku telah mengambil keputusan untuk mengkuarantinkan diri pada weekend akan datang. Untuk itu, sesuatu mesti dilakukan untuk memenuhi masa lapang 2 hari itu. Salah satu daripadanya ialah dengan melakukan aktiviti painting.
Cat ni untuk non-feature wall living hall je. Kata suami ku, dia nak cat rumah sebelum puasa. Katanya lagi, hari raya tu, sehari je. Puasa tu yang sebulan. Sepatutnya sambut puasa la kiter meriah2. Ye la tu. Tapi langsir pasang hari raya nanti ekkk.
Oh, lupa nak cerita pasal aktiviti weekend ku. Seperti biasa juga, kecuali tak pergi bpmol jek. Yang best nyer, aku dah beli satu selimut yang aku idamkan sekian lama! Dah lama aku usha selimut tuh. Rege dia 99, mahal nyerrr la. Time sale, diskaun cuma 10% je. Alamatnya, sampai bebila la tak dapat beli. Tetiba, aritu dia letak kat tingkat bawah, 50% clearance sale. Yiha! Terus aku sambar, tapi aku ambik yang single, murah sket. Tetiba nyesal sebab tak beli yang double tu. Isy! Tapi takpe la. Yang penting, selimut aku dah bertambah. Takde la lagi orang tido rumah aku berselimutkan cadar ek.
Nak tambah best lagi, shokubutsu dijual pada harga 5.99! Dan2 topup kredit, terus telefon yayu. Nak orang belikan tak? Hah? Nak 3 pack? Ok ok. Aku pon beli 5 pack. Sape punya lagi 2 tuh? Tah, saper punya ek? hihihi. Ok ok kali ni tak beli sabun mahu pon comfort he...
Time balik kami singgah kedai buah depan sharp tuh. Beli buah rambutan. Yang best nyer (banyak nyer besttttt) rambutan yang ada cuma rambutan lonjong. Aku sangat suka! Time nak bayar tu, budak tu terkejut tengok duit baru hihihi. Dia ingat orang singapore kasik duit dolar kot. Oh, sila sebut dolar ye, bukan doler sebab orang singapore kan bahasa baku hihihi.
Malam nyer pulak, suami ku berjaga bersama kawan2nya. Ganti. Patut la aku tengok macam dah lama abang tak berjaga. Rupanya terlupa hihihi. Pepagi buta pulak, dalam pukul 2-3 pagi gitu, tetiba ada jiran nih ditimpa sakit. Si isteri hampir pengsan kerana diserang alergik kot. Macam gegata katanya. Terus suami ku menghantar mereka ke hospital. Rupanya, dalam kiter syok2 tido, banyak eksiden berlaku pada malam itu.
Shine!
Ingat lagi gambar iklan botol minuman shine yang aku jumpa kat federal hiway arituh? Apa significant nya dengan aku? Actually, aku telah menjadi pengguna produk ini sejak beberapa bulan yang lalu. Sebabnya ialah kerana botolnya yang sangat cantik pada pandangan aku. Jadi, boleh lah aku menyimpannya sebagai dekorasi di dapur hehe. Selain itu, air tu pon memang sedap nyum nyum. Derang pon pandai, buat promosi rege murah2, biler kiter dah suka, rege mahal pon kiter beli jugak. Tapi untuk aku, ada limit kot. Biler kepala kitchen kabinet tu dah penuh, aku stop kot. Kot la. Mesti ada yang cakap, air ponnn nak beli. Buat je la air sendiri kat rumah. Air sirap pon boleh minum apa... Ok la, esok aku beli lembu, tahun depan aku perah susu, esoknya aku buat yogurt, pastu aku tanam pokok stoberi, tahun depan aku perah jus stoberi, kendian aku masukkan dalam yogurt tu, kendian aku buang lemak dalam campuran tu, kendian aku minum la sendiri hukhukhuk. Kerrr ada orang nak tolong buat kan untuk aku??? Suka sangka buruk kat orang :P
Friday, 24 July 2009
Rezeki dan Duit Baru
Wah!!! Murah betul rezki kak ziana kiter tu ek? Pada umur 41 tahun, bersalin anak kembo sepasang lagi. Comel nyer kembar sepasang. Sker sker sker!
Eh, terkejut tak korang time kuarkan duit gaji arinih? Takde angin takde ribut, tetiba kuar duit 50 baru pulak. Aku pon lum kuarkan lagi. Boss aku la tadi, lepas jumaat dia tunjuk duit tuh. Aku ingat duit plastik, rupanya macam duit seploh jugak, kertas. Tadi try cucuk, dapat duit lama. Tak besh ar kan? Syok ler raya nanti bagi duit raya duit wangi2. Takat 2 bulan rasanya masih bau baru kot...
p/s mentang2 la sayang orang felda, duit pon letak gambar pokok kelapa sawit eh.
Karaoke Versi Hari Jumaat
Hari ni kiter masuk k-box nyanyi lagu nasyid eh. Hehehe dan2 lagu nasyid kasik nama k-box. Kalo tak tu, karaoke jamban jek hikhik. Pertama sekali lagu sumayyah. Suka lagu ni. Pernah sekali derang nyanyi kat satu majlis anugerah. Sekarang ni susah nak dengar lagu nasyid dalam majlis anugerah ek? Ada tu yang dah buang kategori nasyid sempena dah tak musim nasyid seperti dulu kot.
Seterusnya lagu lama yang baru je aku minat sejak kes mujahiddin arituh. Boleh nangis dengar lagu nih. Kisahnya lagu ni asalnya ditujukan kepada salah seorang anggota hijjaz yang meninggal dunia time derang baru2 nak naik dulu. Seorang itu adalah budak semenchu tau. Katanya, tah ye ke tak tah. Ya lah kot, ek?
Alololo yang ni aku baru jumpa dalam utube. Saje tepek kat sini, tapi bukan versi karaoke la hihihi. Comel2 gak derang ni ek...
Thursday, 23 July 2009
Fakta Atau Auta?
Tahukah anda, orang perempuan bercakap lebih banyak daripada orang lelaki? Hasil kajian menunjukkan, seorang wanita bercakap sekurang2nya dua kali ganda banyaknya berbanding lelaki (saper punya kajian tah). Ini terbukti dalam perbualan kita sehari2 dengan suami kita. Jarang sekali kalau kita cakap sekali, dia terus faham dan respon. Walau pun kita bercakap tepat di depan matanya. Tambah lagi kalau time tu dia tengah tengok tv aka bola atau membaca sotkabar. Kerap kali kita terpaksa mengulang ayat yang sama untuk kali kedua, ketiga dan bila masuk keempat, ayat itu akan bertukar kepada, "biar tak hensem, tapi jangan P!" P for pekak hihihi. Jadi, memang logik la kalau perempuan bercakap lebih banyak daripada lelaki.
Wednesday, 22 July 2009
Something Itu
Ehhh cop cop cop! Bukan aku beli benda alah ni. Gilo ko opo?
Alkisahnya gini, cassette player kat kancil tu dah rosak sejak ermmm 4 ke 5 tahun lepas kot. Kira sebelum kawen la kot. Dan radio nya pulak sekejap ada sekejap takde. Kalau time ada tu, tetiba je dia bleh tukar2 channel seperti ada hantu menekannya. Kekadang volume dia pon leh sangat kuat dan sangat perlahan. Button2 tu pulak takleh tekan kalo tak kuar apa2 kat skrin dia. Kalau nak tukar channel ke apa, kena tunggu la skrin tu kuar apa2. Kalau di off kan, nak on balik pon tengok angin. Kadang boleh kadang tak boleh. Ok, dah jelas kot betapa hampes nya aksesori tersebut. Kutuk kow2 cemana pon tak guna. Dan selama itu lah juga aku takde memainkan kaset. Mini hifi di rumah pon dah rosak player nyer.
Dah lama aku ajak suami beli player baru. Samada player untuk kereta, atau pon player kat rumah. Janji boleh dengar balik kaset2 tuh. Dan selepas sekian lama, semakin tiadalah cassette player untuk kereta di pasaran. Naik malu kami nak tanya kat kedai. Salu kalo masuk kedai aksesori ni, berlakon ler tengok2 dvd player tu, pada masa yang sama carik cassette player kat display cabinet derang keskeskes. Kalo kat bp ni ada la certain kedai yang jual benda tu, tapi sumer yang branded dan semestinya mahal. Paling murah pon 200++. Tak nak beli mahal2 sebab sesekali je naik kancil tu, time weekend or malam je. Memang la suami bawak tiap2 ari, tapi tak sempat abis satu lagu, dah sampai pon ke opis hihihi.
Jadi, pada hari ahad yang tak jadi beli something tu, kami dah jumpa banyakkk cassette player ni ngan rege yang 100++ dan ke bawah. Paling murah rm60. Yang jadi tak jadi tu sebab kami bawak AH kan. Sape nak pasang nanti? Kalau pasang kat AH tu boleh, tapi kena pasang relay lak untuk switch antara cd player ngan cassette player tu. Relay tu rege 100++ juga. Baik tak payah.
Tapi, apa guna ada suami seorang juruterror dan isteri jurutakterror kalau takleh pasang kaset player sendiri kan? Lampu kipas satu rumah boleh pasang, takkan benda sekecil itu takleh pulak? Wah! Tercabar di situ. Maka, sebelum balik tu kami pon beli la juga yang rege 100++ (+sikit je). Kalau yang rm60 tu takut cikai sangat, cepat pulak lerai nya.
Balik2 je, terus aku suh suami pasang. Gilo ko opo? Dia cakap, esok pagi, ayang celik2 mata je, mesti dah siap pasang. Berani ler dia berjanji sebab dia tau la pukul baper aku celik mata kan hikhik.
Gini la rupanya sebelum dipasang. Memang nampak klasik. Klasik kontemporari la kot. Yang lama tu led kat skrin tu kaler hijau, yang ni kaler biru. Kira baru sikit la. Macam skrin henfon 3210 dulu2 pon kaler hijau je kan, kendian kuar 3310 dah kaler biru pulak.
Bila dah siap pasang, ada satu masalah pulak. Mana kaset nya? Alaaa ada la dalam kotak kasut kat bilik stor tu. Ewahhh easy said than done gitu (betul ke ayat nih?). Saper yang buat label kotak ek? Bukan dia ker? Hahaha tuduh menuduh berlaku di situ kerana tiada label 'kaset' di sana. Dah ler bilik tu panas macam sauna, nak bukak kotak satu persatu lagi. Takat yang bawah2 boleh ler aku capai. Yang paras siling tu? Akhirnya, tak jumpa.
Apa nak buat nih? Takkan nak beli kaset baru semata2 untuk mengetest player tersebut? Maka, pada hari ahad, aku membuat keputusan secara veto. Carik semula! Hehehe senang le keje aku, carik je part yang bawah2. Dia la yang kena panjat atas2 tu. Gayat aku! Semalam dah bukak sumer dah. Tapi aku yakin, dia ada di situ.
"Ada bang... ayang ingat, dia dalam kotak kasut. Aritu kita masukkan album dalam kotak kasut dr kadin, kaset tu dalam kotak kasut lain. Cuba tengok kotak tu. Tu tu tu (mudahnya tunjuk2 saje). Ada label album kat situ. Mesti dia sekali. Kotak kasut kan permukaannya rata, mesti kita susun dia bawah2."
"Hah ni, jumpa kotak album. Eh, banyak album ni yang. Letak la dalam kabinet buku kiter tu (sambil bukak album tengok gambar. sempat lagi nostalgia2)".
"Alaaa gambar lebih2 yang tak elok je tu. Kan masa kemas kabinet aritu kita dah pilih2. Cepat la, mesti ada kaset tu. Kotak kasut tau. Kotak kasut."
Akhirnya jumpa pon dalam kotak tuh hehe.
Sampah bukan sebarang sampah. Ini lah souvenir kepada tetamu ku masa kawen dulu.
Sorang sebijik sabun tau aku kasik. Ceritanya, masa kat uni dulu, aku suka sangat pakai sabun fruitale yang kaler kuning tu. Bau lemon. So, biler kawen, aku nak kasik la orang, benda yang aku suka. Boleh? So, aku pon membuat benda alah ni. Sensorang je aku buat benda ni kat dungun dulu. Sabun2 tu aku beli lain2 warna dan bau supaya warna warni sikit. Beli kat pasaraya klang ke ape nama pasaraya kat batang berjuntai tu. Masa tu baru bukak lagi, so dia ada promotion la. Tapi masa aku beli tu dah abis kempen promotion. Sepatutnya dia tag balik rege barang dia, kan? Sekali, time aku nak beli tu, dia belum sempat tag sabun tuh. Pekerja tak ramai, lambat la sikit kan. Dah nampak murah, aku pon beli la banyak2 terus. Time nak bayar, rege dia lain. Lebih mahal (rege pasaran). Hu ha bong beng bla bla bla, akhirnya dapat la juga rege asal tu. Customer is always right hehe. Itu lah cerita souvenir sabun. Eh, bukan tengah cerita pasal kaset ke tadik???
Ok, dan ini lah kaset2 yang aku ada. Nak baca ulasan pasal kaset ini, sila rujuk entry bulan mei 2007 yea...
Dan ini lah kaset yang tak sabar aku nak dengar. Suka amat!
Dan ini hasil pomen suami ku. Tak nampak macam baru pon? Macam sama je ngan yang asal. Nampak tak, ada kaset kaler merah kat dalam player tuh? Tu la kaset di atas hihi.
Dan boleh la kaset2 ini disusun semula di dalam compartment ini. Eh, kena kasik kredit kat yayu sebab ada juga kaset yayu di situ.
23 Tahun Tanpanya
Hari ini, genap 23 tahun emak pergi selamanya. Emak meninggalkan kami pada malam 22 Julai 1986. Apalah yang difahami oleh budak darjah 1 tentang kematian, kan? Tentang emak yang sudah tiada. Tau, mak dah takde, tapi, ok, gitu je lah. Dan biler dah besar sikit, dah faham, hadir pula seorang yang juga bergelar emak ke dalam hidup ini. Manakan sama.
Emak, nga tak merasai perasaan saat kehilangan mak kerana nga masih kecil ketika itu, tapi ketiadaan mak dirasai sepanjang hayat ini.
Ya Allah, ampuni lah dosa ibuku, masukkan ibu ku ke dalam syurga dan letakkan lah dia di antara orang2 yang beriman. Amin.
p/s mak, menantu mak yang sorang tu selalu marah2, gaduh2 ngan nga, marah dia sikit mak... mentang2 nga takde mak untuk mengadu...
Tuesday, 21 July 2009
Majalah Deko Kesayangan Saya
Walau pun saya dah pun berpindah ke rumah sendiri, dah takde renovate2, tapi saya masih membeli majalah deko. Tah, macam tak sayang pulak duit bila beli majalah tu. Cuba kalau majalah wanita ke, jelita ke, rasa macam mahal sangat je. Apa taknya, majalah deko ni takde la iklan melampau2 macam majalah lain tu. Memang la ada, tapi takler sampai lebih tebal dari isi kan.
Yang best nya majalah deko ni, kiter takyah baca pon takpe. Tengok gambar je dah cukup hihihi. Macam buku kanak2 pulak kekdahnya. Sikit punya la malas nak mengerjakan otak. Agak2 takde keje tu, belek ler majalah tu, tak jemu punya lah. Itu aku, orang lain tak taulah.
Satu lagi yang best ialah, majalah ni juga dapat mengeratkan silaturrahim. Bila dibelek bersama rakan2 yang nak masuk rumah baru, bukan setakat idea majalah, idea sendiri pon boleh dikongsi bersama. Tak ke best tuh? Jom! Kiter belek majalah impiana ni sesama. Tak yah buat pon takpe, berangan tak kena bayar pon.
p/s Dulu, saya belikan boyfriend saya majalah maskulin setiap bulan sebab nak suruh dia membaca sesuatu. Itulah pelaburan saya untuk menjadikan suami saya seorang lelaki maskulin heheh poyo! Maskulin kerrrr...
Perjalanan Selama Seminggu
Sebelum makan, kawan ila sefemli datang. Dia akan tinggal di situ selama 6 bulan ini. Rupanya abang budak tu berniaga pisang goreng kat depan 7e taman budaya batu pahat (sebelah bpmol tu). Biler derang balik, baru lah kami makan. Kawan ila tu tak join pon sebab dia dah makan.
Petang tu aku mengiron baju untuk seminggu. Cuti2 pon kena gosok baju. Aku cuti, dia keje. Sambil2 iron tu, sambil menunggu call. Tah pukul berapa tah, kami keluar ke giant. Janji berjumpa dengan anis untuk mengambil tart doyan yang diorder dari kak sya. Tengok2, anis datang ngan amiza. Oh tinggi budak amiza tuh ek. Sekali imbas macam farah adik aku, tapi farah lagi tonjang kot. Memula aku tanya, dia cakap 17 hengget. Biler aku dah blah, dia kejar aku balik, rupanya 13 hengget. Aku pon lupa berapa rege seketul tuh.
Selesai di situ, terus ke sony north plant pulak. Yang ini aku tunggu bawah pokok. Panas terik. Sibbaik tak lama sangat kat sini. Selesai kat sini, kami gi makan dulu. Macam biasa, makan di gulai kawah. Lepas tu solat kat masjid hasanah.
Selepas itu, kami ke selaman industrial park. Ada dua kat sini. Satu tu dekat je ngan masjid tu, yang lagi satu tu kat utusan. Yang lepas kami tak pergi ukm ngan utusan tuh. Dah selesai tuh, masa untuk santai2. Kami pergi ke kajang. Aku ingat metropoint tu sama ngan plaza metro, rupanya lain. Plaza metro tu yang lama tu, tengah renovate dalamnya. Sebelum tu pegi cziplee beli mata pen lamy. Kendian baru cari metropoint. Sibbaik tak banyak bangunan tinggi kat kajang tu, senang je jumpa. Sempoi je metropoint tu ek? Kat sana, aku beli ini.
Pastu kami pon balik ke nilai semula. Lalu jalan dalam je. Aku kan suka nostalgia hihi. Yang tak best nya, dekat2 ngan bangi lama tu, lepas mint, ada banyak bonggol la pulak. Ada la dalam 12 bonggol kot. Pasnih dah tak lalu situ lagi la kot. Buat lambat je. Malam tu kami makan balance ketam semalam je.
Hari Selasa pulak, kami pergi area nilai. Memula pegi iktbn sepang. Arituh najib kena posting kat sini lah. Sibbaik tak jadi, buruk je tempat nih hihi. Lama la juga kat situ sebab abang sempat gi minum dulu. Ada ke ajak2 ayam jek? Tak pepasal aku terpaksa berlapar.
Dari situ kami terus ke klia. Aku tunggu kat taman bunga kat luar jek. Bunga heli kat atas tu aku snap kat situ la. Best jugak suasana kat situ. Bleh hilang kan fenin. Kendian kami ke erl bbst. Makan tengahari di situ, tapi ikan dia macam nak basi je? Eee wat loya jek. Dah la aku order sirap dia kasik sirap limau. Bencik! Padahal dah ulang banyak kali, sirap! Sirap limau? Sirap! Sirap! SIRAPPPPPP!!! Memang pekak badak. Isyyy kasar nya.
Lepas tu kami terus ke cyberjaya. Kali ni dah tau katner surau tm tuh. Apa da... Lenkali surau tu letak la bulan bintang kat atas tu, cemana orang nak tau. Memula ingat nak lepak dalam surau je sementara menunggu tu. Sekali derang matikan ekon plak. So, aku tunggu kat lobi. Ok jugak.
Selesai di situ, terus ke picc pulak. Dah tau dah, gi situ boleh lepak2 baca paper. Kali ni abis agak awal. Arituh sempat tengok orang balik keje. Dari situ kononnya nak pegi alamak anda. Sekali, on the way tu, terlalu kat pasar tani pulak. Terus singgah situ. Macam2 ada di situ, seperti...
Juga beli ini. Tongkeng madu. Best!
Laksa johor fevret ku di laksa shack.
Sebelum sampai ikeaa, jumpa benda alah ni kat federal. Ada cerita di sebalik produk ini. Next entry ek. Tapi aku suka je tengok benda2 yang unik cenggini. Macam kat melaka, ada iklan kerepek kentang jacker tu dia buat kat tiang fly over kat masjid al azim tu. Dia buat tiang tu macam botol jajan tuh la. Unik. Selain tu kalau kat hiway elite tuh dulu ada iklan apa tah, dia letak patung orang bergayut kat billboard tuh, macam betul jek. Pastu, eh dah dah lenkali cite pasal iklan ek.
Dari ikea, kami terus ke rumah kakak ku di rawang. Memula ingat nak lalu sungai buluh, sekali driver tu bleh selamba pegi kepong. Dusy! Terpaksa la terus ke jalan ipoh sebab nak u turn pon, jalan bertentangan tuh jammed. Oooooo rupanya jalan rawang tuh dah besar ek. Elok juga lalu situ. Sampai rumah eita lebih kurang pukul 9pm.
Esoknyer, kami keluar kul 12 kot, dah lupa. Terus pegi oneutama. Hajat di hati nak tengok wayang. Tengok harry potter. Alerrr, macam tergantung je? Memang ler saje dia buat tergantung. Kalo tak, takde ler orang tengok sequal nyer nanti ek.
Abis wayang +- pukul 5pm. Lepas makan, kami terus balik ke nilai. Aku ingat terus balik bp. Sekali, kemas2, mandi2, suamiku tertido pulak. Sampai pukul 12 aku tunggu, tak bangun2. Sempat la tengok nujum pak belalang seround. Sudahnya, aku pon tido. Elehhh, aku tau sebenarnya itu lakonan semata2. Sebabnya, esok pepagi tu ila kejut suh hantar dia ke komuter batang benar. Mana tah kawan dia bawak kereta ngah tu tah. Lakonan mu cemerlang beb!
Hari jumaat, kami pon balik ke bp semula. Lama betul rasanya meninggalkan rumah. Pokok bunga pon aku letak kat luar siap, dengan harapan hujan turun menyirami pokok ku. Sebelum balik, pegi nilai 3 membeli something yang aku katakan awal2 tadi. Apakah ia? Tunggu... On the way, aku memantau halaju kereta itu. Jangan tak tau, arituh masa dia pergi trolak antar ila, balik tu kena speed trap kat tangkak. Sibbaik renew roadtax takyah bayar saman sesiap. Sampai kat melaka, kan speed limit dia 90km/j kan. Aku suh abang follow kete ni sebab dia bawak 90 jek hihihi.
Sampai di bp, terus cari masjid untuk solat jumaat. Sempat la dengar khutbah kat masjid parit yaani. Masjid baru kot, cantik jek. Belum abis jumaat, budak2 dah naik bas sekolah. Apakah? Dari situ, kami terus ke bp untuk. Apa ke jauh bebeno? Kendian singgah bpmol pulak hikhik. Sibbaik penat, maka takde mood nak berkongsi rezeki dengan pasifik. Sampai rumah lebih kurang jam 5pm kot, lupa jugak. Demikian lah berakhir nya perjalanan selama seminggu.