Title tak boleh blah hihihi.
Sebenarnya nak cerita pasal kisah aku hahit hihi. Sakit gigi la. Sebelum tu biarlah aku ceritakan sejarah mengenai gigi yang sakit itu. Sebab ia bukanlah gigi biasa. Amek kau! Macam misteri gitu.
Masa belajar di yuitm dulu, aku selalu pergi ke klinik gigi kat hep sana tu. Best. Doktornya baik dan lemah lembut je buat kerja. Jap jap saper ek nama doktor gigi peribadi aku tu? Dr Saodah ke, Saadiah ke, gitu lah. Dia pakai kete nissan serena. Ada 2 orang je pun doktor kat situ. Kekadang aku terfikir yang kerja doktor gigi ni memerlukan individu tersebut mempunyai kekuatan tangan yang tinggi. Ooo patut lah kawan aku sorang tu boleh jadi doktor gigi. Orang nya kecik je, tapi tangan dia kuat. Buktinya, masa kami kena buat gayut atas palang yang bawahnya air (monkey trail ke haper namanya?) tu dia boleh lepas. Kalau aku, baru dua palang dah pasrahkan diri tenggelam.
So, klinik ni sistem nombor dia kena tunggu kat luar sebelum kul 8 dan 2 setiap hari. Bila bukak je pintu, terus rebut nombot bulat2 (atas kertas bentuk bulat). Abis nombor tu, setakat itu je lah yang diterima untuk waktu itu. Hari sabtu pulak untuk urusan yang ada appointment bagi kes tertentu (masa tu hari sabtu kerja).
Masa diploma, aku pergi buat overhaul. Kira semuanya kena kambur la. Dan ada satu gigi ni dia kata kena buat root canal treatment (RCT) sebab dah tahap kambur2 jumpa gas petroleum la gitu (over lak cerita nih). Dan kata doktor tu lagi, lepas RCT tu nanti kena pasang crown (mahkota) juga sebab nampak gaya tapak gigi tu dah tak cukup kukuh untuk ditepek amalgam. Geraham, kan. Penting untuk mengunyah makanan. So crown tu nanti akan berbentuk macam gigi geraham la dan disarung atas gigi tu. Macam pasang sarung kusyen gituh. Cuma katanya lagi, kos membuat crown tu takde la free. Kena bayo sikit, dalam rm200 gitu. Dengan pendapatan bulanan yang RM0.00 waktu tu, aku pun menangguhkan usaha murni tersebut sehinggalah aku dapat duit ptptpu waktu dah masuk degree. Sikit punya lama ke. Dalam tempoh tu aku sentiasa berjaga2 terhadap gigi tersebut sebab doktor just tampal biasa je.
Maka, sebaik sahaja aku mendapat duit sejumlah rm3500 itu pada penghujung semester pertama, benda pertama yang aku fikir ialah nak buat crown. Dah hujung semester pulak tu kan, takde apa nak buat ngan duit tu dah. So, lepas buat RCT, doktor terus buat mould untuk crown. Siap lepas naik semester baru rasanya. Sementara tu dia kambus cam biasa. Tapi yang aku pasti crown itu dipasang pada bulan puasa.
Oh, reverse balik. RCT? Apa tu? RCT ni lebih kurang macam tebang pokok bubuh diesel la (apa punya penerangan tah ni hihi). Dia korek gigi tu sampai ke akarnya, cuci, korek2, cucuk2, taruk ubat, taruk besi ke haper tah, pastu kambus balik. Dia punya sakit macam nyeri gitu. Takat meleleh air mata pilu je lah. Tak berani buat apa2. Tapi kira bearable la. Jauh dari nyawa bak kata orang. Dan RCT ni dibuat pada hari sabtu, maknanya dengan appointment.
Selepas disarungkan mahkota tersebut, barulah aku dapat makan macam biasa kat belah kanan. Dah jadi manusia normal balik. 2 tahun kemudian, gusi nya pernah bengkak, tapi aku tak buat apa2. Tahan je, pastu dia baik sendiri. Lagi pun masa tu aku dah grad, belum keje.
Tahun lepas, kalau ingat aku ada citer pasal aku sakit gigi balik dari kelantan dan berjaya dipulihkan dengan petua jari telunjuk. Gigi tu lah juga.
Ok, habis dah cerita sejarah. Jadi, sakit gigi kali ni aku mula rasa lain macam pada hari jumaat. Memang kekadang dia datang, tapi tak sampai peringkat sakit. Kali ni dia datang dengan sakit yang panjang. Jumaat malam sabtu tu dia dah start sakit mencengkam. Bukan berdenyut tau. Malam tak boleh tido. Kejap2 tersedar sebab sakit. Golek sana golek sini. Sempat gi dapur, kumur dengan air garam. Sempat makan pringles beberapa keping sebab nak telan panadol. Last2 pukul 6.30 baru aku boleh tido (kesan panadol kot). Sedar2 encik suami tiada di sisi. Sakit gigi kini kembali. Tengok ke luar kereta takde. Bermakna kad klinik dia bawak sekali. Baru ingat nak pergi klinik sendiri. Tunggu punya tunggu, dekat pukul 2 baru beliau pulang. Cepat2 bersiap ke klinik berhampiran. Dah register di klinik, kena tunggu doktor pula. Mentang2 lah klinik diri sendiri, suka suki je isytiharkan on-call pada diri sendiri. Kalau rumah dekat tak pe lah juga. Ini tah2 time pembantu dia call tu dia baru nak mandi. Sangka buruk je, kan? Ye lah. Sakit gigi ok. Rasa nak marah je.
Bila masuk bilik rawatan, terus dia tanya nak buat apa. Bila aku cakap gigi yang ada crown yang sakit, dia tak boleh buat apa. Sebab dia takde mesin x-ray. Kena x-ray dulu baru tau sebab dan akibatnya. Kalau gigi biasa dan2 tu jugak dia boleh korek. So, dia kasi ubat tahan sakit ngan antibiotik jer. Dia suh pergi klinik kat bandar yang ada mesin x-ray. Tapi jangan pergi sekarang, takut bila x-ray makin tambah sakit. WTH! Kalau dah tak sakit, tak pasal la aku nak pergi klinik lagi.
Jadi, aku mengambil keputusan untuk bertahan je lah sampai hari isnin. Kang ari senin pepagi sepie aku pergi klinik gomen jek. Dah tentu ada mesin x-ray, walau pun doktornya tak terror sangat. Dan free. Bukan free la, kena bayar rm1 gak. Tak kosser aku nak bawak gl kalau setakat singgit.
Balik klinik, kena lah makan ubat, kan. Nak makan ubat kena lah makan, kan. Nak makan kena lah benda2 yang tak menyakitkan mulut, kan. Tapi aku, sempat lagi request, nak makan pizahat. Boleh? Maka terpaksalah tahan sakit lagi untuk 20 minit perjalanan + 15 minit order piza + 1 jam makan. Serius, dekat sejam aku makan. Itu pun tahan 2 keping je. Main telan je takde kunyah2. Lepas makan, terus makan ubat, terus ajak balik. Sedih jer tak dapat jalan2 tabur rezeki kat peniaga2 di situ. Begitu seterusnya yang berlaku sepanjang 2 hari. Mula2 ubat tahan sakit tu berkesan sejam selepas dimakan. Dan sakit berjaya ditahan selama 4 jam. Biji kedua aku telan, 4 jam kemudian baru hilang sakit dan bertahan selama 4 jam jua. Biji ketiga pun 4 jam kemudian berkesan, tahan 4 jam. Biji seterusnya, tah, 6 jam kemudian baru berkesan kot, tapi bertahan selama 12 jam.
Hari isnin, bangun tido, eh, macam tak sakit sangat. Tak makan ubat. Makan antibiotik jer. Sepanjang gi klinik pagi tu aku boleh tahan, tak sakit sangat. Petang, dalam pukul 3, baru dia datang sakit. Terus aku makan ubat dan tahan sampai hari ini. Dah tak sakit dah, yeay!
Ok, tapi sebelum yeay itu, ada cerita di klinik gomen pula.
Pagi tu lepas punch card, aku terus gi klinik. Eh, aku mintak time slip ok, bukan menyelinap bawah pagar. Sebelum tu malam tu aku cari lokasi klinik. Dulu kliniknya kat belakang post office. Aku ingat dia dah pindah ke klinik kesihatan yang baru tu. Tapi tengok alamat kat website kkm, dia tulis alamat belakang PO tu. So, aku terus ke situ je lah. Tapi, masuk2 je terus nampak notis di pintu, dah pindah ke klinik baru tu. Kat situ masih ada opis kot, ramai je orang pakai baju putih. Alahhh rugi sekeping kupon parking aku. Aku pun terus gi klinik baru.
Klinik ni duk kat tingkat 2, tapi butang kat lif tekan nombor 1. 2 level je pun. Masuk2, ada 4 orang je kot. Tak lama duduk dah dipanggil. Dentist muda belia ciner. Pung pang pung pang, dia suh gi x-ray. Time nak x-ray dia letak filem x-ray tu kat satu benda macam jig gitu (tak tau lah apa benda tu. macam holder dia kot). Tapi, bila dia masuk je mulut aku, uwek uwek nak muntah aku. Dah lah memang tengah perut kosong, pagi2. 4 kali dia try, tak boleh juga sebab aku asik nak uwek uwek. Dia cakap, nafas guna hidung, jangan guna mulut. Caner tu? Tak sempat nak pikir. Last2 dia suh pegang sendiri je filem tu, tolak guna jari kat lelangit. Loh, senang je. Baik buat cenggini je dari tadi. Yang susah2 guna holder tu wat per.
Lepas tu, masuk jumpa dentist balik. Dia kata RCT yang aku buat dulu tu cuma 1 root je (dia tunjuk x-ray tu sambil menerangkan... huhuhu buat2 paham je lah). Ada 3 lagi root yang tak dirawat dan mungkin ada infection, tu yang sakit tu. Jadi, dia kata kena wat rct untuk 3-3 root tersebut, tapi mahkota ku perlu dibongkar semula. Boleh, dia korek je, tak bongkar balik. Tapi nanti dah tak elok dah. Baik buat semula jek. Dan dia kata appointment minggu depan. Ok.
Aku pun tunggu kat luar sebentar. Sebelum tu dia tanya, nak buat kat swasta ke? Kosnya dalam rm400 per root. Giler mahal! (tapi aku tanya member2, kata derang pernah buat dalam rm80 je per r00t). So, aku terima je lah buat kat gomen.
Tak lama tu dentist tu panggil balik. Dia kata, dia dah diskas dengan senior2 yang lain, derang kata kiter takleh buat kat sini. Sebab ia melibatkan mahkota. Kena rujuk ke hospital di jb. Ceh! Dah jadi kes kronik pulak aku rasa kalau sampai nak ke hospital negeri. Nak buat kat swasta, macam mahal sangat. Lantak ler. Buat je kat jb. Tunggu lagi. Doktor nak buat refferal letter.
Pastu dia panggil lagik, kasi RL dan tarikh appointment ialah 2 april nanti. Giler lama! Itu pun tak tau lagi pada tarikh tersebut dia akan terus buat atau baru nak check2. Adoiyai... Sibbaik sekarang ni dah tak sakit. Harap2 sementara nak sampai ke 2hb tu takde lah sakit lagi. Begitu lah kisahnya. Dan last tu dia kasi ubat ponstan. Tak sempat aku nak makan, dah tak sakit hehe.
Jadi, kisah mahkota ku dibongkar ini akan ada sequel nya, ya. Nantikan di pawagam2 berhampiran anda!
p/s Doktor tu tanya, sakit macamana? Macam electric shock ke, macam kena tumbuk? Perlu ke aku tumbuk doktor tersebut? dush dush dush!
p/s Aku juga ada bertanya pada doktor secara online. Doktor ind0n la tapi. Dan ini jawapannya;
Hello Ayu,
salam dari Indonesia!
Root canal treatment kadang-kadang menyebabkan rasa sakit, terutama bila dilakukan pada gigi yang masih vital (jaringan pulpanya masih ada). Rasa sakit biasanya terjadi setelah jaringan pulpa diangkat. Rasa sakit juga bisa terjadi akibat iritasi obat-obatan yang dimasukkan ke dalam gigi selama root canal treatment.
Bila hal ini terjadi, penggunaan analgesik seperti parasetamol atau asam mefenamat dapat mengurangi rasa sakit. Rasa sakit hanya dapat dihilangkan bila sumber rasa sakit (obat-obatan dalam gigi) diangkat. Hal ini hanya dapat dilakukan oleh dokter gigi
salam dari Indonesia!
Root canal treatment kadang-kadang menyebabkan rasa sakit, terutama bila dilakukan pada gigi yang masih vital (jaringan pulpanya masih ada). Rasa sakit biasanya terjadi setelah jaringan pulpa diangkat. Rasa sakit juga bisa terjadi akibat iritasi obat-obatan yang dimasukkan ke dalam gigi selama root canal treatment.
Bila hal ini terjadi, penggunaan analgesik seperti parasetamol atau asam mefenamat dapat mengurangi rasa sakit. Rasa sakit hanya dapat dihilangkan bila sumber rasa sakit (obat-obatan dalam gigi) diangkat. Hal ini hanya dapat dilakukan oleh dokter gigi
*nampak tak dia berusaha menggunakan bahasa melayu malaysia? sebab aku cakap aku dari malaysia...
3 komen:
assalamualaikum..
trgelak2 sy bce p0st ni..
ser0n0k..
kite geng buat RCT! :)
wa'alaikumussalam...
sila baca sequelnya ya. entry 2 april 2012. tq.
Therefore, if you wanted to specifically look
for CNN News, it is right there in its own directory on the front webpage.
If you are a reader of local language newspapers it might get difficult for you to
find your desired language newspaper any where else.
He quickly became a well known activist for Islamic revivalism calling for the ouster of
pro-western governments using violent means if necessary.
Sometimes local PR can attract better business for you than an
article in Indian media. Just save your
old newspapers, or get some from friends and neighbors and start packing.
My web page ... click here
Post a Comment