Thursday, 23 February 2012

Samarinda Kain Samarinda



Sesetengah drama bersiri yang kita tonton, kita ikuti sebab jalan ceritanya semakin menarik dari hari ke hari. Episod pertama kena strong, bukan sekadar nak memperkenalkan watak sahaja (ayat tak boleh blah, macam pengkritik filem pulak huhu). Dan sesetengahnya pula kita ikuti sebab ada pelakon kegemaran kita dalam tu. Kadang2 cerita tu takde lah best mana, tapi sebab nak tengok orang tu punya pasal, kita pun sanggup melayan mata yang kantuk di malam hari. Eh, tapi ada juga cerita yang ada kedua2nya, pelakon kegemaran + cerita yang best. Bagi aku lah. Orang lain mesti cakap, tak best pun? Ko minat pelakon tu, sebab tu cerita tak best pun ko kata best. Terpulang. Aiman tak kisah.

Yang aku maksudkan ni ialah drama dalam slot samarinda yang tengah on-air sekarang ni. Pelangi Kasih katanya. Memang lah, aku tengok citer ni sebab bet0. Pada asalnya. Tapi lama2, ok, not bad, ada kelainan. But, aku tau aku bias. Tapi yang penting... aku emosi setiap kali tengok citer ni.

Maunya tak! Aku tengok cerita tu bukan sebab aku rasa cerita tu akan best ke. Tapi semata2 kerana nak tengok bet0. Nyampah! Apa tak nyampahnya, tak pepasal aku terpaksa tido lambat setiap hari selasa-khamis. Ngantuk ok. Lagi2 hari rabu kelas aku penuh 8-5. Nak tido sekejap pun tak sempat. Hechiu bet0!

Yes, you!

Tapi bila dah tengah jalan citer tu, watak yang dia bawak semakin menuju ke arah kejahatan. Semakin hari semakin panas hati aku. Mungkin kalau pelakon lain, tidak lah aku 'terasa' sangat. Tapi bila hero pujaan tetiba jadi jahat, ehhh ini sudah bikin panasss. Rasa nak marah pulak kat pengarah dan penulis skrip. Tak boleh terime!!!

Itu je nak sampaikan. Aku tak berniat nak ulas cerita tu. Not yet. Cuma nak menyatakan yang aku mengantuk tetiap ari zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...



Bukankah Aku - Awi Rafael

Hancur hatiku hatiku ini
Meskipun tiada pun yang tahu
Aku berdoa aku kan cuba
Meskiku tak lagi percaya

Namun ku masih tetap mencuba
Hampa hati yang ada di langkah kaki
Namun tetap ku menanti

Bukankah aku yang kau mengatakan cinta
Bukan diriku yang kau janjikan semua
Luluh hatiku menantikanmu
Menantikan jawabmu ohh

Meskipun engkau bukan seperti yang dulu
Namun ku tetap disini menantikanmu
Sampai hatimu tinggalkan aku
Namun cintaku tetap hanya untukmu

Bukankah aku yang kau mengatakan cinta
Bukan diriku yang kau janjikan semua
Luluh hatiku menantikanmu
Menantikan jawabmu ohh

Meskipun engkau bukan seperti yang dulu
Namun ku tetap disini menantikanmu
Sampai hatimu tinggalkan aku
Namun cintaku tetap hanya untukmu

5 komen:

ayzaqaysukashah... said...

haha...emo gilo makcik nih...tapi beto mmg cute la dalam gambo tu...hehehehe...sy x sempat nk tgk cite tu...uodate dr akak sudah

AyunasiA said...

ko takyah lah nak menyedapkan ati akak, kiut la apa la. skrg ni tgk muka dia akak rs nak bg penampo jer.

ayzaqaysukashah... said...

hahaha...lawak gilo makcik ni

Irfa said...

ko asal ada beto je mesti best yer?
aku pun suka dia mak..

AyunasiA said...

irfa: ya, walau pun citer tu tak best, macam citer aku mahu terbang, cerekarama huhuhu