BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 2 February 2012

Bot Karam

Dengar berita pasal bot karam kat perairan kotatinggi semalam, aku langsung teringat... *effect kabur beralun2*

Masa form 1 & 2, aku tinggal ngan busu temah. Busu temah ni kira mak sedara tiri aku la. Dia adik beradik ngan mak tiri aku. Giler kental kan? Nampak macam mesra je ek? Ok, bukan itu isunya di sini. Suami busu temah pula ialah busu tahir. Derang pun peneroker jua, tapi busu tahir juga memandu teksi. Kaler biru putih.

Pada suatu masa, busu tahir pernah terlibat dalam membawa masuk pati dari ind0n yang berpengkalan di entah, sekitar desaru la kot. Yang aku ingat bila tengah malam, busu tahir keluar dan mentransfer kan pati2 itu ke mana2 destinasi yang telah ditetapkan. Ekceli, bukan lah busu tahir ni yang menyeludup pati2 tu. Dia cuma transporter je. Eceh, dah macam felem pulak. Kadang2 kena hantar sampai ke kelantan pun ada.

Pernah sekali tu, busu tahir hantar pati tu ke kelantan kot. Balik tu dia ada beli budu. Tapi, pecah/tumpah la pulak dalam beg. Amik ko... harum sepanjang zaman. Itu lah sebabnya aku tak berani makan budu kot (sebelum jumpa nasi kerabu).

Satu perkara yang aku ingat mengenai pati ni ialah, masa tu pernah lah, sekali, dia tertinggal ke, meninggalkan tah, sebuah beg balik kampung. Jaman tu kalau kiter bawak beg balik kampung ke sekolah, kira 'in' ar. Lalu, aku pun 'pinjam' lah beg tu dan bawak gi sekolah. Tapi... fenin kepala ku. Ada satu bau yang tak dapat diungkapkan pada beg tu. Bukan busuk, tapi tak juga wangi. Pendek kata, pelik la bau tu. Aku ingat, ini bau ind0n kot. Tang mana yang ind0n nyer, aku pun tak tau.

Satu lagi yang aku ingat ialah sabun basuh. Masa tu sabun daia belum masuk mesia lagi. Pernah sekali tu pati tu meninggalkan sabun basuh daia. Masa tu macam pelik la bau dia. Sekali lagi aku fikir, ini bau ind0n kot. Adoiyai. Tak pasal2 jadi entry aroma ind0n la pulak. Whatever...

So, bila dengar berita bot karam tersebut, aku dapat membayangkan lah derang tu on the way nak ke tanah air ku ini. Mesti bila sampai tu, ada transporter yang akan memindahkan mereka, ek? Tapi tak sempat sampai, dah karam. Kesian la pulak. Susah2 nak datang mencari rezeki di rantau orang. Tapi ni bukan kes pertama. Dulu pun banyak berlaku tongkang karam ni. Tapi bila mengingatkan pati2 ni lah yang selalu melakukan jenayah di negara kita, terus tak kesian dah.

Eh, tetiba aku teringat satu lagi perkara. Masa aku kecik2 dulu, pernah lah jugak sedara aku dari ind0n naik tongkang. Entah, legal ke tidak tah. Aku macam terbayang2 suasana ketika aku menghantar beliau ke jeti untuk pulang ke ind0n. Kat mana tah jeti tu tah. Nama sedar tu pun aku lupa, tapi gambar dia masih ada. Sebab masa tu abah ada upah photographer ambik gambar kami. Pakcik/atok tu pakai baju putih satu suit.

Ekceli kami memang ada sedara dari ind0n. Derang dok kat kalimantan rasanya. Maknanya, sedara aku tadi tu datang dari kalimantan la ek? Eee jauh nya??? Yang aku ingat, sedara aku tu tukang emas dan dia ada anak yang salah seorang daripadanya bernama agus salim hahaha. Siap ada band lagik hihihi. Derang pernah hantar gambar. Tapi ni sedara yang lain dari yang pernah datang tu. Alah, dulu kan kaedahnya guna surat je kan untuk berhubung. Bila lama tak reply, terputus lah hubungan. Aku pun tak tau macamana nak cari balik sebab masa tu aku kecik lagi.

Dah melalut pulak. Itu je lah.

1 komen:

Irfa said...

cer cari dalam FB la :)
kalau yg dtg betul2 nak cari erzki tu mmg la kesian.tapi ug buat onar tu la merosakkan nama satu negara