Macam2 la ko ni kan. Kertas a4 pon boleh jadi misteri. Aku pun tak sangka tau. Meh aku cerita.
Kat sebelah aku ni ada pigeon hole yang menempatkan kertas2 a4 pelbagai warna. Dah siap bukak dari bungkusannya dan disusun banyak2 supaya senang dicapai. Biasa lah, kat tempat aku ni kertas a4 berwarna-warni memang permainan duniawi kami. Tetiap ari ada jer benda nak dicopykan. Kisahnya bermula 3 hari lepas.
Pada hari itu, aku nak potostet nota. Lalu aku pun mengambil kertas a4 putih dalammm sesentimeter banyak dan terus menuju ke mesin potostet di bilik sebelah. Lantas aku pun membuka tray untuk meletak kertas tersebut. Baru aku nak masukkan, terkulai sehelai kertas yang bawah sekali. Bila aku nak betul kan, eh, kertas ni koyak. Bukan terkoyak, tapi macam digunting. Aku pun keluarkan kertas itu dan terus mempotostet macam biasa. Kertas yang koyak tu aku bawak balik ke meja.
Esoknya pula, aku nak potostet kertas kerja amali. Lalu aku pun mengambil kertas a4 biru dalammm seinci banyak dan terus menuju ke mesin potostet di bilik sebelah. Lantas aku membuka tray untuk meletak kertas tersebut. Baru aku nak masukkan, terkulai sehelai kertas yang bawah sekali. Bila aku nak betulkan, eh, kertas ni koyak. Bukan terkoyak, tapi macam digunting. Aku pun keluarkan kertas itu dan terus mempotostet macam biasa. Kertas yang koyak tu aku bawak balik ke meja. Dalam fikiran aku, ni kertas semalam kot, aku terletak kat pigeon hole tu balik. Sebab aku dah lupa kertas kaler apa yang aku gunakan semalam.
Sampai di meja, aku nampak kertas semalam. Tak perasan yang warnanya berbeza. Yang aku ingat, kaler biru je. Lalu aku ambil kedua2nya lalu dikeronyokkan dan kucampakkan ia ke dalam bakul sampah di sisi kanan meja ku ini. Aku fikir, saper lah yang gunting kertas sikit2 pastu letak balik macam kertas yang elok. Nak kata tikus, elok je potongannya lurus.
Semalam pulak, aku nak potostet kertas tugasan. (jap aku nak buat ayat yang sama, so aku nak copy paste sat...) Lalu aku pun mengambil kertas a4 pink dalammm seinci banyak dan terus menuju ke mesin potostet di bilik sebelah. Lantas aku membuka tray untuk meletak kertas tersebut. Baru aku nak masukkan, terkulai sehelai kertas yang bawah sekali. Bila aku nak betulkan, eh, kertas ni koyak. Bukan terkoyak, tapi macam digunting. Aku pun keluarkan kertas itu dan kali ni aku tak terus mempotostet macam biasa sebaliknya otak ku ligat memikirkan, eh, macam dejavu ke haper nih? Semalam kertas biru, hari ni kertas pink pulak?
Lalu aku pun berjalan pantas ke bilik aku dan menceritakan kisah misteri ini pada kawan2 ku. Derang macam tak percaya, lalu aku pergi ke bakul sampah di sisi kanan meja ku, kot2 ada lagi kertas semalam yang aku keronyokkan tu. Hah! Ada lagi (nampak sangat makcik cleaner tak kutip sampah lagi dari semalam hihi). Dan aku pun tergezut. Eh, putih ngan biru lah (sebab aku cerita kat derang 2-2 kaler biru). Tengok! Dah 3 helai. Cer check, sama tak saiz dan bentuk potongannya? Tak! Yang biru lagi besar bahagian yang hilang. Yang pink pula ada kesan guntingan tak lancar.
Wah, misterinya! (aku je lah yang teruja misteri, derang biasa je huhuhu).
Yang aku cakap misteri tu sebabnya, kalau ada orang yang ambil, gunting dan taruk balik, mestilah kertas tu duduknya kat atas sekali. Tak? Ini aku ambil kertas tu secara random dan kertas itu kebetulan berada di bawah sekali. Dan kalau pun betul kertas tu sebenarnya kat atas sekali, aku fikir, takkan lah kawan2 seopis aku akan buat camtu, gunting, pastu letak balik. Kurang2 derang akan letak kat tempat derang sendiri sebab rasa bersalah membazirkan kertas hihi. Misteri, kan? (sokong la sokong la...)
Sebelum aku buang kertas2, sempat aku ambil gambarnya. Tapi lupa nak transfer gambarnya ke laptop. Kemre encik suami dah bawak pulak. Next week lah aku taruk gambarnya. Buat masa ni sila percaya dulu eh? hehehe...
2 komen:
misteri tu..ada toyol main kertas ke?
ada eh, toyol buat keje lain selain curik duit?
Post a Comment