Tuesday, 14 February 2012

Sambutan Maulud Nabi Yang Sebak


Pagi tadi telah berlangsung sambutan maulud nabi di tempat kerja ku. Sejak seminggu yang lalu, kami dah sibuk membuat persiapan. Bukan persiapan apa la. Buat banner ngan bunga manggar jek. Ada pertandingan. Tapi, bila tiba masa, tengok2, kami je bahagian yang sibuk membuat banner sendiri. Bahagian lain sumer tempah kedai punya. Tak best, kan? Kami je yang best hahaha.




Acara bermula dengan perarakan keliling institut. Oh, lupa lak. Warna tema kami ialah maroon/merah. Bagi perempuan, takde masalah nak cari baju kan. Cakap je nak kaler apa, semua pun ada. Kalau lelaki susah sikit. Baju melayu buat setahun sekali. Tu pun kalau dah kerja, dah kawin, mungkin lah, terpaksa gak ikut tema suami isteri. Cukup 12 tahun kawen, semua warna dalam set pencil color tu dia ada. Kalau macam students ni, warna pun terhad. So, redha je lah baju budak lelaki yang berwarna warni. Bagus jugak. Boleh dapat idea tahun depan nak buat baju raya kaler apa. Eh, tahun ni.

Berkumpul di padang kawad.

Bahagian admin.

Lawa pulak kaler baju budak berdua ni.

Selesai perarakan yang diiringi dengan selawat dan paluan kompang yang diketuai oleh rahim, kami terus masuk ke surau untuk acara selanjutnya.

Acara di surau dimulakan dengan bacaan berzanji oleh 4 orang staf iaitu ustaz, encik ibrahim, hj nord!n dan hj sujar!. Dan semasa bacaan berzanji nilah aku tiba2 berasa sebak. Dan mula bernostalgia.



Bunga rampai.

Selawat.


Dulu, (tak lah dulu sangat. masa kecik2) kalau ada pengantin jek, mesti ada berzanji. Pengantin perempuan kira wajib lah berzanji ni. Selalunya, dulu, derang nikah malam, pastu terus berzanji (atau acara berinai sat, kendian berzanji). Kiranya, nak jadi pengantin ni, selain debaran semasa bernikah (lelaki la yang berdebar pon, pempuan debar sikit2 jek kot), terdapat satu lagi debaran iaitu berzanji dan khatam al-Quran. Kalau berzanji malam, khatam lak belah siang (hari langsung). Takde maknanya nak bersalin2 baju memalam tu der. Kalau ada pun belah petang, tu pun sensorang je la, lum nikah kan. Lagi pun, dulu2 kan mana boleh pengantin berposing2 sakan sebelum bersanding besar tu, kan?

Teringat aku masa kakak aku nak kawen dulu (1993). Kengkonon kami nak khatam sesama. Sekali sehari sebelum hari tu aku terpe'ot pulak. Sedih jek. Dah lah dah siap buat baju baru kaler putih. Tak dapat nak pakai.

Aku rasa ini satu lagi keistimewaan orang negeri johor. Pandai berzanji. Kalau tak sedap pun, lagu dia kita tau lah sikit2, ye dak?

Tapi sekarang, walau takde lagi acara berzanji dan khatam al-Quran, zaman sekarang ada kumpulan khaujakan (selalu sebut ujakan ujakan jek. contoh ayat, mak nak pergi mana? mak nak pergi ujakan. gitu). Kadang orang panggil kumpulan wirid. Ni pun popular di johor. Selalunya derang berujakan pada pagi hari langsung. Masa adik aku kawen tahun lepas pun mak panggil kumpulan ni. Agaknya pengantin2 johor zaman sekarang dah tak pandai berzanji kot, tu yang ditukarkan acara berzanji dengan ujakan. Errr tapi masa aku kawen pun takde berzanji dan khatam al-Quran. Bukan tak pandai, ok. In fact aku memang khatam pun masa tu, cuma tak dijadikan acara dalam majlis itu jek. Tak dapat aku menonjolkan bakat terpendam ku huhuhu. Aku rasa group ni wujud sejak zaman millenium ni kot. Sebab aku sedar benda ni masa lepas abis study dulu. Tapi kalau tengok sejarahnya, sejak 1915 lagi dah ada kat muo. Ke aku yang ketinggalan ketapi? Tapi rasanya dia popular kat muo kot. Lambat sikit sampai ke kota. Tengok senarai ajk pun ramai orang muo. Opisnya pun kat muo jua.

Apa2 pun, zaman berzanji dulu tetap best. Aku belajar berzanji ni dengan orang yang sama ajar mengaji yang nak masuk musabaqah tak jadi tu. Masa tu malam2 derang pasang pembesar suara lagi untuk berzanji. Tu yang pengantin berdebar tu. Satu kampung dengar hihihi. Cer tengok sekarang... malam2 lagi dah start karaoke. Isy isy isy... Hmmm tiba2 rasa macam nak beli kitab berzanji tu pulak.

Ya ampunnn dah melalut pulak.

Berbalik ke majlis maulud tadi. Selepas berzanji serta berselawat, acara diteruskan dengan ucapan pengarah dan seterusnya acara yang ditunggu2 iaitu ceramah. Eh, cop, sebelum tu ada bacaan ayat2 suci al-Quran dari surah ali imran oleh student. Pastu baru lah ceramah oleh imam masjid jamek labis yang juga ex-imam masjid bentara bp (masjid lama yang depan stadium/dataran tu kot ek?). Dan di sini aku kongsikan serba sedikit intipati ceramah beliau sebentar tadi.




Point pertama beliau menyentuh mengenai iktikaf di masjid. Pahala iktikaf di masjid adalah bersamaan dengan pahala memerdekakan seorang hamba. Walaupun sekadar tempoh memerah susu seekor kambing (lebih kurang 5/6 minit). Oleh kerana zaman sekarang dah takde hamba, perumpamaan memerdekakan seorang hamba ni sama lah seperti memberi hantaran kahwin bagi orang biasa. Lebih kurang rm5k - rm10k gitu. Purata. Tapi nak beriktikaf ni pun ada hukum2, adab dan amalannya. Sila tuntut ilmu tersebut.

Point seterusnya mengenai sunnah2 Rasulullah saw. Antaranya ialah mengenai tempat2 yang kita masuk kaki kiri, keluar kaki kanan. Selalu kita dengar, masuk toilet kaki kiri, keluar kaki kanan, kan? Sebenarnya ada satu lagi tempat yang disuruh kita masuk kaki kiri keluar kaki kanan. Iaitu pasar. Ni first time aku dengar hihi.

Kisahnya saidina abu bakar pernah bertanya kepada siti aisyah, ada tak amalan Rasulullah yang ayahanda tinggalkan? Memula aisyah cakap, takde, semua pun ayahanda dah lakukan. Pastu ayahanda bertanya lagi, cer pikir lagi. Kot2 ada yang tertinggal. Akhirnya aisyah pun dapat mengenalpasti satu amalan yang belum lagi ayahandanya ikut seperti Rasulullah. Amalan itu ialah, setiap pagi, Rasulullah akan ke pasar.

Haaa bukan bukan bukan. Bukan pergi pasar beli lauk untuk makan tengahari ya. Tetapi baginda memberi makan seorang lelaki tua yahudi yang buta. Lelaki ni duduk di pintu masuk pasar dan sepanjang masa di situ, dia mengutuk, menghina dan mencaci Rasulullah. Sungguh pun dihina, baginda tetap melakukan rutin hariannya memberi makan semangkuk kurma kepada lelaki tersebut.

Lalu, saidina abu bakar pun pergi ke pasar untuk melakukan apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah selama ini. Sesampai di sana, memang betul, ada seorang lelaki tua yahudi yang buta yang sepanjang masa mengutuk Rasulullah. Lalu saidina abu bakar pun mendekati lelaki itu dan menyuapkan kurma ke dalam mulutnya. Ptuih! Lelaki itu marah lalu membuang kurma yang disuapkan itu. Awat? Orang yang menyuapkan aku kurma sebelum ni siap kupas kulit keras kurma. Lalu abu bakar pun mengupas kulit kurma dan menyuapkan lagi ke mulut lelaki itu. Ptuih! Dia marah dan buang lagi. Awatnya? Orang yang menyuapkan aku kurma sebelum ni siap buangkan biji kurma sekali. Ok, abu bakar pun kupas kulit dan buang biji pula. Dia pun suap ke dalam mulut lelaki itu lagi. Ptuih! Lelaki itu marah dan buang sekali lagi. Kenapa pulak? Orang yang suapkan aku kurma sebelum ni tau aku dah tua, so dia siap lenyek2 kan kurma tu sebelum bagi aku makan. Pung pang pung pang selesai bagi makan, saidina abu bakar pun tanya, kau tau ke saper yang bagi kau makan selama ni? Tak tau. Itu lah Muhammad yang kau kutuk2 ni. Dia nak jumpa Rasulullah, tapi masa tu Rasulullah dah wafat. Last2 orang tua tu pun mengucap dua kalimah syahadah. Heh... aku tak pandai lah nak citer macam ustaz tu citer. Tapi lebih kurang cenggitulah.

Seterusnya mengenai solat berjemaah. Rasulullah menyatakan, sebaik2 solat bagi jiran masjid ialah solat di masjid. Jiran di sini bermaksud 40 buah rumah dari masjid. Pastu datang seorang buta ni kepada Rasulullah. Macamana aku nak ke masjid, aku kan buta, tak nampak jalan. Kalau macam tu, kamu solat lah di rumah. Apabila lelaki itu ingin melangkah keluar masjid, Rasulullah bertanya, kamu boleh dengar azan tak dari rumah mu? Boleh, katanya. Kalau macam tu, kamu kena datang solat berjemaah di masjid. Maknanya orang buta dan pekak je yang tak wajib solat berjemaah di masjid.

Balik rumah, lelaki itu (Abdullah namanya) pun bagitau kat isteri dia, Rasulullah suh aku solat berjemaah di masjid. But how? Lalu isterinya mengikat tali dari rumahnya ke masjid dan mengikat suaminya pada tali itu. Sedang abdullah berjalan, tetiba dia tersepak batu lalu jatuh. Wife dia kat rumah ni tau yang dia jatuh dan terus pergi mendapatkan suaminya. Alamak, baju abang kotor lah. Meh kita balik salin baju lain. Dah salin baju, abdullah berjalan lagi ke masjid. Dan dia terjatuh lagi sekali. Isterinya pergi lagi dan ajak balik salin baju. Kali ketiga abdullah pergi, dan dia nak jatuh lagi, tapi kali ni ada tangan yang membantu nya, tak jadi jatuh. Dan 'orang' itu pun memimpin abdullah ke masjid dan mengadapkan dia ke arah kiblat. Abdullah bertanya, saudara tak solat sekali? Tak. Kenapa? Sebab aku sebenarnya adalah iblis.

Eh, bukan salu iblis akan menghalang manusia melakukan ibadat ker? Iblis tu cakap, masa kau jatuh first time tadi, Allah mengampunkan semua dosa2mu. Kali kedua kau jatuh, Allah mengampunkan dosa isteri, anak2 dan keluarga mu. Kali ketiga kau jatuh, aku takut Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk kampung ini. Sebab tu aku tolong kau supaya tak jatuh.

Moral of the story, balasan isteri yang membantu suaminya dalam beribadat ialah akan masuk syurga 10 ribu tahun (di akhirat = 1000 x 10k) lagi awal dari si suami. Dan solat lah berjemaah di mana tempat dilaungkan azan kerana jika tidak cukup 2/3 dari penduduk sesebuah kawasan yang solat di masjid, maka kita akan dilalaikan oleh iblis. Dan solatlah di awal waktu. Tempoh yang dimaksudkan awal ini ialah 45 minit dari masuk waktu.

Point seterusnya ialah mengenai 7 amalan rutin harian Rasulullah yang tidak pernah baginda tinggalkan. Ni mesti biasa dengar kan. Takper, aku nak share jugak.

  • Solat berjemaah
  • Solat tahajjud
  • Solat dhuha
  • Membaca al-Quran - lelaki at least 100 ayat/hari, perempuan at leasy 3x surah al-Ikhlas (bersamaan dengan khatam satu al-Quran)
  • Sentiasa berwudhuk - tips caranya ialah dengan membawa al-Quran ke mana2 (sebab kita tak boleh menanggung al-Quran tanpa wudhuk, kan? So dengan membawa al-Quran sepanjang masa, kalau terbatal, kita mesti nak kena berwudhuk jugak)
  • Sedekah
  • Muliakan ayah dan ibu

Dan akhir sekali ialah 4 amalan yang patut diamalkan bagi perempuan setiap hari iaitu

  • Baca al-Quran
  • Selawat
  • Maafkan orang
  • Zikir - Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu akbar

Itu je yang sempat aku catitkan. Lelain tu citer2 semasa. Habis ceramah, kami pun makan. Nasi minyak ke beriani tah. Lauk ayam masak merah dan kambing. Bestnya kalau dapat makan dalam dulang, kan? Macam masa kecik2 dulu...



Ok, sekian. Persefahaman Asas Perpaduan Ummah!

2 komen:

Yayu said...

Sape yang menang perarakan tu? Teringat dulu masa 1st pertandingan perarakan...admin menang..

AyunasiA said...

belum umumkan lagi. tunggu perhimpunan kot.