Menurut kata beliau, tahun ni merupakan tahun terakhir beliau akan berceramah. Dah cukup 20 tahun. Selepas ni dapat dengar kot cd or internet je lah. Takde yang baru dah. Jadi, sempena episod kemuncak tersebut, semestinya aku takkan melepaskan peluang apabila beliau datang ke johor minggu lepas2. Tapi? Aku hahit hihi, remember? Semua tahu kan, bila sakit gigi, seluruh badan pun rasa sakit. No, bukan lah sakit sebenarnya, tapi tak selesa. Begitu pun aku berazam juga nak pergi, at least yang kat sri medan tu. Dekat je, kat yongpeng.
Pagi tu sepatutnya aku pergi ke kulai. Kat bandar putra. Masjid baru. Tapi sakit gigi betul2 mencengkam. Walau pun pergi dan dengar tu tak memerlukan penggunaan mulut mahu pun gigi, tak daya aku nak menahan diri dan berkerut2 muka di khalayak ramai. Petangnya pula di kempas. Pun aku tak dapat pergi. Sudahnya, kiter pergi malam ni je lah.
So, lepas maghrib, kami terus pergi ke sri medan. First time aku sampai di situ. Untuk sesiapa yang tak tau, kat situ kampung asal Allahyarham datok' s0silawatilawiya. Sampai di sana, betul2 masuk waktu isyak. Baru ajer aku nak ambik wudhuk, alamak... air tadak pula. Belah pempuan ada kolah jer. Aku tengok kat luar ada paip air. Susah lah pulak nak buat akrobatik ambik wudhuk di khalayak ramai. Maka, aku terus je duduk kat khemah. Sungguh meringan2kan solat ek? Isy isy isy. Isteri siapa lah tu kan? A'ah, abis kalau aku ambik wudhuk kat luar, nampak aurat, tak suami juga yang kena tanggung dosa? Alasan!
Lebih kurang jam 9.15 kot, baru lah acara bermula. Antara tetamu vip yang datang ialah adun, dan ydp pbt. Sempat pula telinga aku menangkap orang di belakang aku cakap, YB bawak bini muda. Oh!
0 komen:
Post a Comment