Monday, 27 February 2012

Berdua Denganmu Pasti Lebih Baik

Di rumah, aku selalu ambil mudah sesetengah perkara. Basuh baju adalah salah satu daripadanya. Yang aku tau, bila bakul dah penuh, aku akan suruh encik suami lipat. Opsss bukan. Aku bukan pembuli. Aku suruh dia angkat bawak ke depan tivi, supaya aku boleh melipatnya. Pas lipat aku susun elok2 dalam bakul itu dan tugas seterusnya iaitu menyusun dalam lemari adalah tugas hakiki beliau. Pemalas lipas!

Eh, aku pernah ok, basuh baju, sidai baju, susun baju. Bukan saja semasa beliau tiada, tetapi juga ketika kehadiran beliau. Tapi? Ya, banyak komplennya. Masukkan sabun tak betul la, lupa letak softener la, sidai tak ikut warna hanger la, tak susun ikut jenis pakaian kat ampai la. Oh, pernah tak aku cakap yang aku benci hanger yang terkait satu sama lain ketika kiter cuba mengambilnya? Ya, aku benci benci benci dan tak rindu apabila ia berlaku. Tetapi jika ia berlaku jua, aku akan campak hanger tu dan biar je kat lantai. Tanda protes. Itu juga tidak digemari oleh encik suami hihihi (kutip hanger yang dicampak, bukan hanger sangkut). Tapi aku sangat respect akan kerajinan beliau membasuh baju. Setiap 2 hari sekali, tanpa gagal. Kalau aku, maunya setiap hari jumaat baru aku buat kot huhuhu.

Begitu pun, aku sangat suka menggosok baju. Yang tu sila tabik ok. Tambah rajin lagi kalau iron, board dan baju tu dah siap2 letak depan tivi. Gosok dari pagi sampai ke petang pun tak kisah. So, kesimpulannya, ikatan kovalen aku dengan baju ialah pada elektron melipat dan menggosok sahaja. Fair enough. Kot. Eh, dan pakai baju la kan, of course.

Tapi aku terlepas pandang satu lagi perkara yang aku ambil mudah dalam rumah ini. Kunci (+periksa) pintu rumah sebelum tido. All this while, aku percaya yang encik suami akan melakukan apa yang sepatutnya. Apa2 hal, kiter boleh salah kan dia hehehe. A'ah, kalau rumah dah kena rompak, tuduh menuduh is not fun anymore ok huhuhu. Eh, selama ni fun ker? :p

Dan perkara yang tidak diingini itu pun terjadi. Bukan rumah aku kena rompak la tapi. Terlupa kunci rumah. Oh, to be exact, terlupa tutup pintu rumah. Terpelangah katanya. Kejadian berlaku pada hari sabtu yang lalu. Encik suami outsatation dan aku keluar ke bandar. Balik tu dah malam, lebih kurang jam 8.30. Jangan salah sangka. Aku keluar pukul 6 je pun.

Sampai rumah, bukak pintu, kunci (padlock) pagar dan angkat hasil tangkapan bawak masuk rumah. Memang itu pun tugasan aku tiap kali keluar dan balik dari membeli belah. Eh, dan satu lagi, aku turunkan langsir. Kiranya tak nampak lah pintu tu dah tutup ke tidak dari dalam. Selama ni pun encik suami yang tutup. Ada aku kisah?

Malam tu, bukan takde gerak hati yang suruh aku tengok pintu dah kunci ke belum. Ada. Bukan sekali. Berkali2 ok. Tapi sebahagian dari hati yang tak bergerak tu kata, dah, aku dah tutup time masuk tadi. Ye lah. Selalu time balik kerja pun aku yang balik dulu. Dan aku akan terus kunci pintu (kalau belum solat) sebaik sahaja masuk rumah. Tapi itu lain. Balik kerja tak sama ngan balik soping. Satu sorang2, satu lagi selalu berdua. Lain, kan? Sama jugak kalau time pergi kerja. Aku keluar je, encik suami terus tutup pagar dan masuk rumah. Time dia takde? Kan pernah aku tertinggal laptop depan pintu dan pergi kerja dengan selamba? Isy.

Padahal aku tido dekat pukul 2 tau.

Bila aku bagitau encik suami, beliau adalah impress. Whoaaa. Hebak hebak! Dah tau dah. Point yang wajib beliau guna ialah, tu lah gunanya abang berjaga malam sebulan sekali. Satu malam je abang jaga seluruh taman. Hari2 lain abang jaga ayang je. Uhuks! Ye lah ye lah. Aku memang redha suami ku menjaga keamanan taman ini. Bukan ker kekadang orang merompak kerana peluang? Bukan sebab dia nak merompak sangat, tapi bila tengok pintu dah terbuka luas, tu yang dia terpaksa rompak tu. Eh, entah2 memang ada yang nampak pintu tu terbuka, cuma dia pun pelik, ni perangkap ke haper? Eheheh bajet ko ejen CTU ke? (pengaruh tengok 24, 24 jam la ni).

Dan satu lagi, itulah gunanya ko dengar nasihat DFMK, sebelum masuk rumah baca bismillah 3 kali dan bagi salam, tak kasi syaitan bernama dasim masuk dalam kepala. Eh, apa kaitannya?

Dan itulah juga gunanya memagar rumah dengan ayat kursi semasa keluar rumah. Mungkin dalam kes ni kejadian bukan semasa keluar rumah, tapi jika kita yakin Allah swt. melindungi kita, kat mana2 pun kita akan selamat, insya Allah. Plus, amalan mengaji al-Quran setiap hari juga turut menjalankan peranan dalam kes2 sebegini.

Apa2 pun, saya bersyukur, tiada apa2 yang tidak diingini berlaku. Alhamdulillah.

Oh, di sebalik segala yang berlaku ini, aku belum cerita kot pasal rompakan di rumah abahku di kampung? Kalau sebelum2 ni, jiran kami yang kaya je yang kena rompak, baru2 ini, rumah abahku yang tak berapa nak batu (dulu2 rumah batu ni kira rumah orang kaya, kan?) tu pun kena rompak uolsss. Orang kampung aku tau kot sebelum ni pun baru je orang blok kami kena rompak. Kecoh la juga kisahnya. Tak tau lah kes rumah abah ni pun kecoh jua.

Modus operandi? Errr bersambung ke lain kali la ek. Ada kerja.




6 komen:

ayzaqaysukashah... said...

ha...time tu la baru tau bertapa sang suami sangatla prihatin kan sbnnye...tp sang suami saya sangatla rajin terlupa kunci pintu...apekehe

Irfa said...

igt aku je camtu..aku penah gantung segugus kunci tu kat grill luar sampai pagi esok..haha.dahlah suami keje malam.sampai skrg aku tak citer kat dia ;) tapi dia mesti boleh agak sbb dah selalu sgt aku buat camtu.sila salahkan anak sbb tutup pintu mana aku prasan grill dah kunci ke blum

AyunasiA said...

ayu: tu lah. baru lah terfikir, berdua lebih baik :P sbb dah terbiasa, time keluar akak yang kunci dan time masuk rumah akak yg bukak. mcm dah ada MoU gitu. ni time dah masuk nak kunci balik memang tak pernah ambik tau. agaknya sebelum outstation masing2 kena ada check list kot.

AyunasiA said...

irfa: manusia kan pelupa hehe alasan. yang penting kena ada kambing hitam untuk disalahkan.

catz said...

eh..heran kan..lelaki ni rajin rupanya kan..kalau org selalu komplen laki pemalas tak buat keje rumah langsung aku bangkang lah..hikhikhik. pasal nya..ai tidak pernah basuh baju..dari basuh, jemur, lipat or gantung adalah bedmate aku yg buat. kihhh..gosok baju?? apakah itu?? perkara paling aku malas dlm donia.
hik..
eh...oleh kerana ko adalah seorang yg sgt detail..cuba ko buat cerita sikit pasal penyenaraian feld@ fgvh tuh..apa pro and kons nya. aku suka mengikuti perkembangan semasa. bila baca bahan A, aku sokong disenaraikan, bila baca B aku mcm tak sokong, rugi di masa depan. dan terlalu byk rumousnya.kena bagi geran lah..dpt durian runtuh lah..iskk...jeles mak tauuu. cer citer..cer citer..cer citer..(sambil amik popcorn dgn bantal)...

AyunasiA said...

catz ni mcm tau2 je perkara fgvh tu sedang dalam list no. 1 kepala hotak ku ini untuk distorykan. tp ni tengah sibuk kumpul data lagi hahaha (mcm nak buat phd kekdahnya). tu lah, sumber2 alternatif byk membantah. tp sbg gen2, i adalah sokong ANAK itu. cuma pasal durian runtuh tu, FIL dah bisik2 jugak aritu. ada yg kata dpt 25% la, ada yg kata 20k la. tp i tak mengharap pun. maybe tu utk peneroka je, bukan pemegang saham. pepehal dah cukup data i story mory ok? (tp rasanya time tu popcorn dah lemau kot). tp tu lah, i x pandai ekonomi, tak faham pasal papan2 bursa ni.