Thursday 10 June 2010

W0rld Cuppy


Nak sokong siapa ye? Dulu masa 2002 aku sokong england sebab bekem. 2006 pulak, aku sokong germany sebab ada mil0slov kl0se. Henskem! Sekarang aku dah decide nak sokong cristian0 ronald0. Tak kisah lah dia negara mana. Oh, portugal eh? Ewww tak glemer pon? Tapi takpe. Portugal pernah main gaduh2 ngan holand masa welkap 2006. Siap aku berlagak lagi ngan encik hairul sebab dia tak tengok game tu live. Kalau tak salah derang main kul 2-3 gitu kot. Dulu aku kompius. Sekejap holand, sekejap netherland, sekejap belanda, mana satu nih? Rupanya sama jek.

Alaaa best nya welkap yang lepas sebab aku tak kerja. So, boleh la layan bola sampai ke pagi. Sekarang pun boleh jugak, cuma tahan je lah mata tu besok gi keje. Tapi, yang lega sikit, minggu depan, student exam dan selepas tu derang cuti 2 minggu. Jadi, pergi kerja pun takde lah stress sangat. Isy, tapi, betul ke aku nak tengok bola pepagi buta tuh?

Kalau berpandukan jadual perlawanan kat buku estro, derang main setiap hari jam 7 malam, 10.30 malam dan 2.30 pagi. Kalau satu game +- 2 jam, bererti, akan ada gap dalam sejam setengah, dan yang terakhir tu akan tamat jam 4 pagi. Jap, nak kira. 4, 5, 6. Aiyak? Tido 2 jam jek? Tapi tu kalau minggu pertama ni. Derang main league. Pastu, dah mula main kalah mati, mesti ada masa tambahan, penalti dan sudden death kan? Mesti lah lagi lama kot? Ermmm, tapi kalau dah last2 tu biasanya 1 hari ada 1 game je kot. Ok ok mula2 je kot jadual tight. Hehehe macam lah aku yang main. Tengok je pon. Tah2 tengok 5 minit dah tertido. Wait and see. Kalau game tu best, mungkin aku akan buat review. Sebelum tu, nak kena wat revision dulu. Nak tengok ngan orang lelaki ni, kena lah masuk ke dalam dunia derang.

Dengar tak berita pasal pengadil mesia tu? Sukimi ke haper nama dia tah. Biasa lah, aku malas nak gugel2. Tulis main ikut sedap jek. Ok ok, dah gugel, subkhidin namanya. Dekat2 la tu, ada su-su. Tah2 memang orang panggil dia encik su, pedulik haper nama betul dia, kan? Oh, dia cikgu sekolah vokay nib0ng tebal ek? Ironiknya! Baru je aku wat entry pasal sekolah vokay, kan? Aku ada tengok berita masa sesi pemilihan pengadil tu. Bila kuar berita, dia cuma jadi pengadil keempat, baru lah aku tahu bahawa wujudnya pengadil keempat dalam bola sepak ini. Setahu aku pengadil ni ada 3 jek; yang kat tengah tu satu, dan dua penjaga garisan. Mana pulak datang pengadil keempat ni eh? Apa yang dia buat? Selalunya pengadil yang kat tengah pakai baju hitam tu je yang orang ingat. Encik hairul kata, derang ni duk kat luar padang dan menjaga di luar padang. Dia jaga pengurus2 dan jurulatih2 jugak. Oh, ada peraturan juga ek untuk coach dan manager nih? Ye lah, kang orang 22 orang tu sibuk lari2 kejar bola kat tengah padang, derang2 ni gaduh pulak kan. Tu yang pengadil keempat ni perlu ada. Pastu, kalo ada tukar2 pemain, dia la yang tukang angkat papan nombor tu. Ek? Ye lah kot. Macam tak best je? hehe. Anyway, aku dah siasat (wahhh best nya, ada blog yang sesuai untuk aku membuat revision!) dan, inilah sebenarnya tugas pengadil keempat:

Pegawai Keempat boleh dilantik di bawah peraturan pertandingan dan menjalankan tugas jika salah seorang daripada tiga pegawai perlawanan tidak dapat meneruskan tugasnya, kecuali seorang penolong pengadil simpanan dilantik. Dia akan membantu Pengadil pada setiap masa.

• Sebelum pertandingan dimulakan, pengelola akan menyatakan dengan jelasnya, jika Pengadil tidak dapat meneruskan tugasnya, sama ada Pegawai Keempat mengambil alih tugas sebagai Pengadil perlawanan atau sama ada Penolong Pengadil Kanan mengambil alih sebagai Pengadil dengan Pegawai Keempat menjadi Penolong Pengadil.

• Pegawai Keempat membantu tugas-tugas pentadbiran sebelum, semasa dan selepas perlawanan seperti yang dikehendaki oleh Pengadil.


• Dia bertanggungjawab menolong melaksanakan prosedur penggantian semasa perlawanan.


• Dia mempunyai kuasa untuk memeriksa peralatan pemain gantian sebelum mereka masuk ke dalam padang permainan. Jika peralatan mereka tidak mematuhi kehendak Undang-undang Permainan, dia akan memberitahu Pengadil.


• Dia menyelia pertukaran bola apabila perlu. Jika bola perlawanan perlu ditukarkan semasa perlawanan, dia menyediakan bola lain atas arahan Pengadil, dengan itu mengurangkan kelewatan dengan kadar minimum.


• Dia mesti memberi petunjuk kepada Pengadil jika ada pemain yang tersalah diberi amaran kerana tersilap indentiti, atau apabila pemain tidak diperintah keluar setelah kelihatan diberi kad kuning kedua, atau apabila kelakuan ganas berlaku di luar penglihatan Pengadil dan Penolong Pengadil. Walau bagaimanapun Pengadil masih berkuasa untuk membuat keputusan di atas semua maklumat yang berkaitan dengan permainan.


• Selepas perlawanan, Pegawai Keempat mesti mengemukakan laporan kepada pihak berkuasa yang berkenaan tentang sebarang salahlaku atau insiden lain yang Pengadil dan Penolong Pengadil tidak melihatnya. Pegawai Keempat mestilah menasihat Pengadil dan Penolong-penolongnya tentang sebarang laporan yang dibuat.


• Dia mempunyai kuasa untuk memberitahu Pengadil sebarang kelakuan tidak bertanggungjawab oleh mana-mana penghuni kawasan teknikal.


• Seorang penolong pengadil simpanan boleh juga dilantik di bawah peraturan pertandingan. Tugasnya hanya untuk mengambil alih tugas penolong pengadil yang tidak dapat meneruskan tugasnya atau untuk mengganti pegawai keempat, seperti diperlukan.

Ok, berat lah juga tugasnya. Aku rasa, komfem besok south afr1ca lawan mehiko, aku akan tengok je kat tepi padang, kot2 nampak cikgu su ni (kalau dia enterframe la). Mesti ada punya derang tukar2 pemain kan hehe.

Dalam setiap welkap biasanya akan ada sorang pengadil yang menyerlah. Biasanya bila ada kontroversi la. Nak kata hensem, macam tak perasan la pulak ada pengadil yang hensem. Lagi pon, tak sempat nak tengok pengadil. Baik tengok cristian0 ronald0, kan? Masa welkap 2006 ni ada pengadil yang suka bagi kad. Kita tengok kali ni, ada tak encik tu. Eee tak sabarnya nak tengok welkap! Aku suka welkap sebab dia main sebulan jek, pastu dah abis. Kalau liga2 tu leceh nak tunggu berbulan2. Kalau tengok pon time final je.

Ok, good luck do-do (nama manja cristian0 ronald0 hihi). Jumpa kamu di stadium estro!



2 komen:

Luna said...

cikgu subkidin la...boleh tak aku nak berlagak, aku penah sembang dgn dia sbb dia penah antar komputer utk repair masa aku keje kat carefour dulu...lgpun dia ngajar nibong tebal je..chances utk jumpa dgn dia tu mmg tinggi lah..

AyunasiA said...

ye la boleh la berlagak sikit2.