Monday, 18 February 2013

Maulid

Sambutan Maulud Nabi datang lagi! Tahun ni, seperti tahun lepas, ada acara perarakan keliling sekolah. Cuma kali ni diperluaskan lagi kawasannya sampai ke kuarters dan belakang asrama. Itu ari sekitar blok bengkel dan opis jek. 

Untuk kali ni, aku tak ambik pot bab2 persiapan banner dan sebagainya. Aku tau derang mintak duit, aku bagi je. Tau2 dah siap jek. Dua tiga hari lepas ada lah aku ternampak derang tengah membuat banner dan bertukang kat lab fab. Terfikir jugak, saper pulak yang buat projek kat sini? Bukan ke takde student sem 6 kali ni? Rupa2nya derang gigih membuat placard. A'ah, bercakap pasal placard ni, pertama kali aku dengar perkataan ni ialah masa form 4. Masa tu ada sukan piala perdana menteri (sekolah2 berasrama penuh lawan basketball) kat sekolah ku. Dan aku sebagai bukan pemain sukan ditugaskan untuk membawa placard pada upacara penutup. Ingat lagi, aku bawak placard sekolah alam shah hihihi. Sekolah abang2 ok...

So, pagi tadi kami semua berkumpul dulu di tempat rollcall. Tema kami tahun ini ialah purple atau hijau. Atau ok, bukan dan. Maknanya kalau takde baju purple, baru boleh pakai baju hijau. Jangan 2-2 kaler sekali pulak. Kira purple la sebenarnya. Maka, segala banner, placard, bunga manggar dan bunga telur juga berwarna purple. 

Haaa jangan memain. Placard tu derang buat guna papan tau. Pastu tulisannya pakai polisterin. Kelilingnya ada lampu2 (betul2 ok, boleh nyala punya). Dan yang tulisan Muhammad tu boleh berpusing2 tau. Belah satu lagi tulisan Allah. Kreatif lah derang. Terharu aku. Kebanyakannya budak sem 4 yang buat. Budak2 baru. 

Nampak simple, tapi effort tu yang penting. Patut kena bagi markah lebih tang effort tu.

Kena taruk gambar banyak2 ni, sebagai penghargaan. Korang ingat senang ke gambar korang nak masuk blog aku? ekekek (mintak2 jangan la derang terjumpa blog ni). Nampak tak tu, tulisan Allah pulak. (sorry ler, malas nak ambik video)



Sila excuse yang berbaju pink tu sebab lari tema. Beliau main kompang, tak masuk barisan kitorang.



Bunga sumi namanya. Telur mahal lor...

Banner ni pulak ada yang dilukis, ada yang ditampal dengan polisterin, Macam tulisan Allah, Muhammad dan teknologimekatronik serta bulatan putih2 kat penjuru tu, derang guna polisterin. Tak lupa juga, derang lukis gambar pemandangan fadang fasir dan unta! Somel!


Berjalan ke padang kawad.

Tahun ni baru lah nampak sumer orang buat banner sendiri. Sebab kali ni derang tak bagi duit. Tahun lepas dapat duit free, tu yang sumer ambik mudah, tempah je kat kedai.

Tan tin tun (nak kata 3 dara pingitan, ada yang bukan dara dah hihi). Eh, kenapa ek, bila kita jumpa 3 orang pempuan, selalunya fifzikal mereka menepati ciri2 3 dara pingitan dalam kartun tu, ek? Sorang gempal, sorang kurus tinggi, sorang sedang2. Kan?







Biasalah, jurugambar selalu takde dalam gambar.

Menunggu kepala sekolah.

BahagianTeknologiPembuatan

BahagianTeknologiPengeluaran (dah tukar nama pembuatan apatah)

Admin

IT

Kimpal



Pasukan kompang yang belum ada kimia huhuhu.
 



Mula berarak.



Sampai di surau.

Berzanji (macam kurang sorang? ermmm...)




Telur dan bunga rampai.

Cantik warna bekas telur tu.



Bunga rampai jugak.



Aturcara lebih kurang yang tahun lepas. Ada berzanji, baca al-Quran dan ceramah. Ceramah kali ni agak bosan. Serius sangat kot. Cuma yang aku ingat, statistik jabatan agama daerah (ke negeri eh? lupa) menunjukkan, setiap hari 8 pasangan memfailkan perceraian, dan 1 pasangan sah bercerai. Takutnya dengar...

Lepas ceramah, tiba lah masa yang ditunggu2, iaitu makan la, apa lagi. Kali ni kitorang makan kat surau, sementara student makan kat dewan makan derang. Menu sama jer.

Makan nasi beriani yang sedap sangat!

Lauk kambing dan ayam. Sambil makan, macam biasa lah, nostalgia tak habis2. Teringat bla bla bla...


Cecepat update kat facebook yea...

Opsss baca doa dulu.

Ok, serang!!!

Memasing memuji kesedapan nasi beriani hari ini. Besoknya baru tau, rupanya ni nasi beriani ajib, ex-owner cafe dulu. A'ah, korang gitu lah. Masa dia ada, cakap dah jemu masakan ajib la, ajib jual mahal la, bla bla bla. Bila dah takde barulah nak rindu sup kambing setiap hari khamis ajib la, nasi goreng kampung petang2 ajib la, nasi beriani ajib la, kambing golek time raya ajib la, ikan keli sambal ajib la, bla bla bla. Eh, aku pun sama. Ok, sekian saja tentang sambutan maulidurrasul pada tahun ini.

Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah!

2 komen:

catz said...

salam,

woiiiiiiiiiii..tensionnnn nya aku tgk gambar nasi beriani dalam dulang nih....serious aku tensi...
grrrrrrrr...nampak sedap nak mamfos...
tgh pikir kat mana nak cari nasi beriayani utk lunch..
:)

AyunasiA said...

maknanya promosi ini berjaya la ek? tapi sedap macamana pun takkan sama dengan nasi beriani dalam dulang yang dimakan beramai2 ketika sambutan maulud nabi...