BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 9 February 2013

Halooo Part 2


Susulan dari entry panggilan telefon kemarin, aku terlupa nak citer pasal satu call yang agak unik bagi aku. Dia ada kombinasi suspens, bosan dan surprise! Eceh!

Gini.

Call tu aku dapat time kat opis. Nombor yang masuk ialah dari fixed line. Lebih spesifik lagi, dari daerah kota tinggi. Saspens. Semestinya aku saspens sebab panggilan dari kampung halaman kan. Nombor tu pulak kalau ikut depannya memang area bandar kota (07-88xxxxx). So, yang terlintas di fikiran aku pada masa itu ialah HOSPITAL! Aku ni takde lain, asal dapat call dari fixed line je, mesti ingat hospital. Sama macam masa kereta hilang tu ari. Ok, lenkali aku nak terfikirkan balai polis pulak la. Pun saspens kot? Boleh? Nak terfikir pun sempat boleh pilih2 yea.

Jadi, sebelum mengangkat panggilan itu, aku tarik nafas dulu untuk bertenang. Dan bila orang di sana memperkenalkan diri, ok... Bosan. Panggilan dari meibenk kota. Nak promote pinjaman asb. Fikirkan logik, ye lah, aku bukak akaun simpanan meibenk kat cawangan tersebut. Boleh lah layan sikit2 sebab takut diapa2kan akaun simpanan aku tu kang, tak ke naya? Sangka buruk jer. Tapi lepas aku cakap, aku tak simpan kat asb (tak cakap la aku takut syubhah), sebaliknya dah melabur kot lain, dia terus tembak, kpf eh? Oh, orang kota, mesti dah biasa deal dengan orang felda kan. So, dia tak cakap apa2 lagi dah. Derang pun faham.

Sebelum dia letak, dia tanya pulak satu soalan yang membuat aku Surprise. Dia tanya, awak ni adik beradik dengan rosni-md-aspan ker? Lorrr rupa2nya tadi2 tu dia sajer berbasa basi. Tujuan utama sebenarnya nak tanya soalan ini. Dia kata dia kawan sekolah kak-onnie. Sekolah air tawar kot. Lupa lak nak tanya dia asal dari mana. Pastu dia tanya la kak-onnie ada berapa anak, dah dapat menantu bla bla bla. Gitu jek? Tak mintak nombor phone? Aku suspek dia takde faceb00k hahaha.






0 komen: