Tuesday, 26 February 2013

Wo Ai Beijing : Part 13 Pulang

Hari Ketujuh : Khamis 3 Januari 2013

Akhirnya kisah percutian ku telah sampai ke penghujungnya. Kalau aku, paling tak suka baca entry orang pasal percutian derang yang bersambung2 macam ni hahaha. Tak tau lah korang. Kenapa korang baca jugak entry aku ni eh? Ok, setiap orang berbeza. Tiada paksaan untuk membaca pun. Aku pun tak sabar nak tulis benda lain yang selain dari benda ni. Selagi tak habis, selagi tu lah idea nak tulis benda lain pun tersekat2. Benda ni pulak bukan boleh ditulis di rumah. Bila dah kat rumah, ada gangguan tivi pulak. Bila nak menaip kat opis, teringat ada kerja tak siap lagi pulak. So, bila masa aku menaip ni? Dalam mimpi. Tau2 besok pagi dah published. Terel, kan? Ok, mengarut.

So, hari ni ialah hari balik. Dah takde agenda lain selain balik2 belaka. Sesubuh sepie, kami dah turun check out. Sebelum tu, derang dah agihkan sarapan ke bilik2. Sempat lah aku makan. 6.30 pagi, kami dah naik bas untuk bertolak ke airport. Airport nya tak lah jauh. Lebih kurang macam kl-klia gitu kot, aku pun tak perasan. 

Sarapan nasi goreng dan telur dadar (akhirnya, telur dadar terakhir)


Dan juga roti. 

Jalan ke airport melalui highway. Ni plaza tol dia.

Dah sampai. Beijing Capital International Airport yang dibina sempena olimpik 2008.

Punggah barang.  Kebanyakan derang begnya beranak kecik2. Ramai tul anak kembar.




Tapi beg kami beranak sorang jek hehe. Beg biru tu tak kira la.

Bergambar dengan si Tony buat kali terakhir. 

Balik dengan baju yang sama dengan pergi.  Sejuk giler time ni sebab aku tak pakai long john dah. Ingat dah tak jumpa 'luar' dah.


Dah tak tau nak tulis apa.

Sedang check in bagasi.

Ahli rombongan wanita.


Ahli rombongan lelaki.



Beijing Spirit.



Check in bagasi berjalan lancar. Limit untuk seorang 20kg + 3kg berat tray dia. Kami punya, termasuk beg ustaz, baru 43kg. So, tak kena bayar apa2. Dia timbang ikut family, walau pun bukan family hehe. Macam family katering tu, derang bukan semuanya family. Ada yang kawan2. Tapi oleh kerana awal2 tu derang declare diri masing2 sebagai satu femli, maka, femli lah mereka huhuhu. Orang kat epot tu pun tak tanya.

Menuju ke terminal.

Sekali lagi kami akan ke hongkong dulu.


Maknanya kami sampai di airport ni lebih kurang pukul 8 pagi.


Dalam tren ke terminal.

Semasa pemeriksaan kastam, ustaz bagitau, kot2 power bank kiter tak lepas. Dia lebih kurang rechargeable battery. Ada limit power ke haper tah. Terlupa nak masukkan sekali dalam beg besar. Tapi kalau dalam beg besar pun takut dia boleh detect jugak. So, aku pasrah je lah kalau power bank itu kena rampas. Huuu mesti sedih. Tapi, Alhamdulillah, dia tak detect. Sebaliknya beg aku pulak yang kena tahan. Saspen giler. Ye lah, power bank tu duk dalam beg encik suami. Macamana beg aku pulak yang kena periksa? So, aku pun mengadap la mamat kastam tu. Dia selongkar beg aku dan mengambil compact powder aku. Hah? Tak logik langsung kot. Aku dah kompius. Apa salah bedak ku itu?

Pastu dia scan balik. Ada lagik! Pastu dia tunjuk lah kat monitor tu, dia nampak benda besi berbentuk bulat. Ingat bom agaknya. Rupanya2 bukan beg aku, tetapi beg encik suami hahaha. Saspen sekali lagi. Beg beliau pula diselongkar. Bongkar punya bongkar, akhirnya ketemu jua benda besi berbentuk bulat itu. Rupa2nya beliau terbawak dalam beg tu, tuna dalam tin hikhikhik. Entah macamana lah boleh termasuk dalam beg tu tah. Memang kami ada bawak 2 tin tuna. Satu dah makan, tinggal lagi satu. Oleh kerana bedak ku itu berbentuk bulat, derang ingat itu lah bendanya hihihi.

Laluan.

Seperti biasa, selepas berlepas, terus lah makan. Oh, tapi kali ni kami tak naik dragon air. Kami naik cathay jugak.


Kentang dengan ikan. Sedap jer.



Eh cop! Kenapa masa balik ni aku tengok citer taken 2 ni? Bukan masa pergi aritu ke? Habis, masa pergi aku tengok citer apa eh? Eh, lantaklah.

Taken 2.

Sampai di airport hong kong. Naik bas nak ke terminal.

Ada masa lebih kurang 2 jam kot. 



Ustaz mengagihkan boarding pass terakhir.

Pastu kami mencari surau. Airport ni besar dan banyak beno gate nya. Ustaz pernah pergi, tapi tak ingat jalannya. Punya lah jauh jalan, sampai berlari2. Akhirnya sampai juga di surau. Untung jugak ada surau, kan.

Kalau tengok simbol tu, mana nak tau itu surau?


Ruang surau terbuka. Aku terpaksa tunggu lelaki2 ni mulakan solat mengadap ke sana, baru ambik wudhuk. Puas lah nak menggayakan. Tak boleh bergilir sebab ada orang lain jugak kan.

Israel!

Semasa check in di hongkong, sekali lagi melalui pemeriksaan kastam. Kali ni agak konfiden sebab kalau kat china yang strict tu pun ok, apatah lagi hongkong, kot. Tapi, drama lain pulak terjadi. Semasa beg aku discan, tiba2 encik kastam tu panggil aku untuk diselongkar beg itu. Awat la pulak ni... Dia buat isyarat gunting. Aku geleng la. Bila masa pulak aku bawak gunting, kan. Lagi pun, kat china tadi takde apa2 pun. Bila dia korek2 beg aku, tada!!! Gunting kecik aku ada dalam beg itu dengan selambanya. Bila masa la pulak aku letak gunting tu kat situ. Rasa malam tadi dah check sumer dah. Aku pun dengan muka cuak nya suh dia ambik je gunting tu. Alahai... 8 hengget tau aku beli gunting tu. Kira 'mahal' la bagi kategori gunting kecik. Sangat tajam untuk menggunting kain. Terutamanya time menyembat leher baju. Takmo jahit baju raya lagi dah. Mogok.

Itulah yang dinamakan tulah. Masa beratur kat kastam tu, aku ternampak banyak botol2 air dalam tray. Dalam hati aku berkata, apaaa la derang ni... dah tau tokleh bawak liquid, nakkk jugak bawak. Kan dah kena ambik. Lain kali jangan berburuk sangka hehe.

Airport hongkong ni terletak di tepi laut. Katanya derang tambak laut untuk buat airport ni. Jadi, macam saspen la time nak berlepas tu. Sebab kalau katebang tu tak terbang kat hujung landasan tu, komfem terjun dalam laut punyer. Kan salu tengok citer kat tivi, bila ada kejar mengejar dan nak cepat, derang paksa katebang tu terbang walau pun speed nya belum cukup untuk terbang. Tapi mesti hujung2 tu boleh terbang gak hihi. Nama pun wayang. Pengaruh tivi la ni.

Ramai katebang nak berlepas saing2 ngan kitorang. Berderet2 beratur tunggu giliran. 


Pasni kiter pulak.

Ni lah maksud aku laut yang ditambak itu. 

Makan lagi.

Nasi ngan ayam.

Dan akhirnya kami pun meninggalkan percutian yang penuh kenangan itu. Rasanya semua kenangan manis kot. Best jek.

Time balik ni baru dapat duduk tepi tingkap. Cantik nya pemandangan. Macam gula2 kapas.



Ni macam kekabu pulak.

Macam nak keluar tangan, ambik sikit. Macam lembut jek.

Kat mana aku baca tah. Bila kita di bumi, kita mendongak ke langit dan berkata langit tu berada di atas. Dan bila kita berada di atas langit, adakah kita tunduk dan ingat bahawa bumi tu berada di bawah? Eh, apa maksudnya? Aku pun tak faham. Sebab time kat dalam katebang, tak nampak pun bumi.





Dah nak sampai.. Yeay! I love Malaysia!

Sampai klia time maghrib. Lepas solat, kami terus ke stesen erl transit. Kalau naik klia express, kaunter tiket dia ada kat tempat tuntutan bagasi. Kalau transit kena pergi level 2. Saje tak bagi bil jemput kami sebab nak merasa naik erl. Aritu masa pergi kan tak jadik naik erl. Demi pengalaman, tiket mahal sikit pun takpe lah. Tiket klia-bts rm26.50/pax.




Teruja dapat naik erl. Macam la tak pernah naik lrt, kan.


Tapi dah malam, tak nampak pape pun...

Kesimpulannya, erl memang laju. Lebih laju daripada teksi dan bas yang bergerak di lebuh raya. Maknanya lebih 120km/j la kot. Perjalanan pun 20 minit je. Kira berbaloi la bagi mereka2 yang mementingkan masa. Eceh.

Di tbs, bil datang jemput. Kendian terus gi makan kat roundabout serdang. Katanya kedai tu femes tang western food nyer. Entah. Tutup pulak seksyen western food dia malam tu.

Besok pagi, keluar dari rumah bil lebih kurang pukul 10 kot. Tak terus balik. Kami ke shah alam. Pergi ambik resit homestay. Memula janji nak jumpa kat restoran subur seksyen 15. Dah sampai situ, encik tu kata dia tengah servis kete kat seksyen 17. Kami pun terus ke sana. Lepas tu, balik ke seksyen 15 semula. Masa datang tadi ternampak kedai makan yang ada ikan patin.

Betul2 rasa macam makan ikan patin kat kuantan sebab ada tapai pulut ni.

Ni lah kedainya.

Daging salai pun ada. Tapi tak rasa asap macam kat akob patin house.

Ada 3 jenis patin. Sangkar, buah dan satu lagi tak ingat nama.

Maka tamat lah kisah perjalanan ke beijing untuk tahun ini. Berjumpa lagi dilain siaran. Selamat memandu!


1 komen:

Nieda Ramly said...

nasib baik ada juga surau kat airport dia. kalau kat Vietnam solat lah kat tepi2 dinding ke apa.