Entry ni kontot dan sesuainya di post di fb dan yang sewaktu dengannya. Tapi aku tau dan sedar, ramai juga kawan2 aku kat fb tu yang terlibat dalam benda ni. Kena lah jaga hati derang, ye tak? Walau pun orang tak berapa nak jaga hati kiter sob sob sob. Biar orang buat kiter, jangan kiter buat orang. Tiba2.
Alah, bukan pasal apa. Pasal phone call dari ejen insurans. Haaa kan betul aku cakap. Ramai kawan aku adalah ejen insurans. In fact, aku pun ada beli insurans. Selain insurans pembiayaan perumahan, insurans kereta, insurans pembiayaan peribadi, aku juga membeli insurans nyawa dan insurans perubatan. Jadi, dengan senarai pelbagai bentuk insurans ini, ia membuktikan bahawa aku bukan lah anti-insurans. Walau pun ada insurans2 tu sebenarnya diwajibkan oleh pemerintah. Tapi, barang diingat, insurans nyawa ngan medical tu bukannya aku beli sebab diapproach oleh ejen ok. Aku yang call suh dia datang. Punya lah nak membuktikan yang aku bukan anti-insurans hehehe.
Cuma yang aku nak citer ni pasal panggilan telefon yang kiter terima dari ejen2 insurans ni. Salah kiter jugak kot, time isi apa2 borang, tak baca betul2 term and conditionnya. Main sign jek. Ye lah, dah ko memang nak melanggan strimiks (contoh lah, aku tak tuduh derang jer), apa sebab ko nak menentang satu point daripada bermuka2 surat terms and condition dia? Bukan ke nanti ko jugak yang tak dapat melanggan strimiks itu? Lain lah kalau kiter boleh potong mana2 ayat yang kiter tak suka ke kan. Jadi, tak tau lah nak salahkan saper bila mana ejen2 insurans ni boleh mendapatkan maklumat diri kiter, terutamanya nombor telefon.
Kekadang insurans ni bukannya dioffer oleh syarikat insurans secara direct. Ada juga yang berselindung di sebalik bisnes2 lain seperti kad kredit, kad privilege dan tah apa2 je lah. Macam dulu, thestorepasificdanmilimewa pun ada insurans bila buat kad derang. (eh jap, tiba2 jadi panjang pulak entry ni. tadi ingat nak buat 2 ayat jek).
Nak diringkaskan cerita, aku nak ceritakan pengalaman aku bila mendapat panggilan sedemikian. Mula2 sekali pasal talian strimiks. Ok, ni bukan pasal insurans, tapi lebih kepada upgrading servis yang sama. Sebagai pengguna strimiks zaman dinosaur, aku pun sedar yang line internet aku adalah yang paling slow sekali dalam malaysia hahaha. Mana ada telco yang offer 384kbps lagi zaman sekarang ni? Orang sumer dah main Gig2 ok. Tapi nak buat macamana, masa aku nak masukkan strimiks tu, derang cuma ada pakej tu yang paling murah. Sebelum tu, masa duduk bukitperdana, aku pakai pakej lain, tapi lebih laju. Sikit. Masa tu masih lagi kena bayar sewa telepon. Yang sekarang ni dah takyah sewa telepon, dia sekali harung jek. Patut lah murah.
Kali pertama aku mendapat panggilan untuk upgrade pakej aku ni ialah pada ulang tahun pertama perlangganan ku. Ingat dia nak kasi hadiah besdei ke haper (sebab kebetulan aku masuk tu bulan 6 - hadiah besdei kepada diri sendiri konon - strimiks?). Tapi aku menolak dengan baik kerana memikirkan rasionalnya aku mengupgrade, sedangkan aku gunakan ia cuma separuh hari. Lagi pun masa tu aku belum berkecimpung dalam dunia download filem kat torrent lagi. Dari semasa ke semasa, ada jer yang dok call suh upgrade. Sampai ada sekali tu, dia call dari penang! Memang nombor 04 pun. Punyalah jauh mencari customer. Benda yang dioffer tu sama je dari tahun 2010 sampai lah sekarang. Upgrade ke 512kbps (kot, tapi naik sikit je lah) dengan caj rm90 sebulan. Ekceli masa aku nak masuk dulu pun memang dah ada pakej 512-rm90 ni. Takde yang specialnya. Serupa je kalau aku pergi tm sendiri dan mintak upgrade. Lagi pun masa aku nak masuk strimiks ni aritu pun, bukannya aku terpengaruh dengan derang yang wat promosi kat pasaraya ke haper. Memang aku yang nak dan aku sendiri menapak ke tmpoint itu di tengahari buta. (apa yang aku nak sampaikan ni?).
Sampai sekarang masih ada yang call suh upgrade, cuma aku je yang malas nak layan. Kalau nak, tau lah aku pergi sendiri. Lagipun bila upgrade, kiter terikat lagi 1 tahun, takleh terminate. Aku fobia bab2 bonding ni. Ada sekali tu dia kata, sekarang kami dah takde pakej 384kbps tu. So? Nak kata aku outdated la? Tak lah, aku rasa dia nak kata, derang dah takde pakej tu, so fasiliti pun dah upgrade. Jadi, derang takut nanti besok2 sistem derang dah takleh support kereta2 kancil 660 ni. Orang sumer dah naik prius hybrid kan. Tapi, belum lagi, kan? Sekarang masih support, kan? Tunggu lah bila betul2 derang nak jumudkan ke speed tu, baru lah aku upgrade. Atau terminate je terus. Banyak songeh ar ko! Lagi pulak derang ada cakap, kalau pakai 384 tu, dia tak support tm-wifi. Kiranya aku takleh login guna id dan password aku la. Dia kata yang 512 ke atas baru boleh. Pui! Takde der ku heran.
Jadi, itu habis bab strimiks. Baru nak masuk bab insurans hehe. Alah, boleh tak nak masukkan sikit bab kelab perlancongan? Ok ok bab tu aku tak banyak pengalaman. Pernah dulu, 5-6 tahun lepas dia call, tapi bila dia tanya, setahun berapa kali aku gi melancong? Aku cakap, patutnya awak bukan tanya setahun berapa kali, tapi berapa tahun sekali, baru betul. Sebab masa tu aku tak kerja, nak melancong hapernya...
Pasal insurans ni, ceritanya kontot aje. Sebab call2 yang aku dapat biasanya tersangat lah kontotnya. Tak sempat nak dengar explanation pun. Satu, bila dia tanya je, 'boleh saya bercakap dengan puan... ? Saya dari ...' terus aku cakap, sorry, tak dengar lah? Dari mana? Halooo, halooo... tut tut tut aku dah putuskan line hehehe. Tak sporting, kan? Dua, bila dia tanya, 'puan ada masa tak nak dengar penerangan saya?' terus aku cakap, ermmm sorry ya, saya tengah meeting ni. Tak pun, saya tengah ada discussion ni. Atau pun, saya tengah mengajar ni!!! (jujur dalam tipu). Kekadang pulak, sorry, saya tengah drive la. Atau pun, saya tengah nak masuk toilet ni. Eh, macam2 lah yang pernah aku cakap. Ikut sedap mulut pada masa tersebut la.
Cuma ada sekali tu, baru je, bulan lepas kot. Aku cakap, maaf yea, saya nak solat ni. Hahaha mesti di kemalu-maluan, kan? Terus dia, oh, maaf ye puan, nanti saya call semula. Ye lah, call aku pukul 1.45 tengahari. Kalau pun aku tak sembahyang, itu adalah masa aku tido ok... Memang 'takde masa' aku nak layan. Tapi masa tu memang aku tengah dalam bilik air, nak ambil wudhuk pun. Kali tu memang tak tipu punya. Cuma kalau aku tengah pakai telekung, tu mungkin lebih jujur kot. Tapi solat memang dimulakan dengan berwudhuk kan. Kira sama lah tu.
Selalunya, tak pernah lah lagi derang call semula. Sebab aku perasan je nama company yang derang sebut. Biasanya lelain. Tapi yang satu ni, dia call semula! Tapi bukan hari yang sama la. Minggu depannya kot. Cuma kali tu aku guna ayat lain yang lebih sopan, maaf yea, saya tak berminat, bye! Ok, kena firm. Selepas bye! takyah buat macam bergayut telefon ngan boifren. Bye bermakna terminate the line. Kalau tak mesti dia nanti dulu, dengar dulu bla bla bla. Telefon sekarang bukan macam telefon rumah kiter dedulu. Selagi orang yang buat call tu tak letak, dia tak terminate kan. Sekarang sesiapa jer boleh letak dulu dan line terus terminate. Takyah nak kesian2. Bukan dia kenal kiter dan kiter kenal dia pun.
Itu ari, ada opismate aku cakap, dia kalau dapat call dari insurans, dia akan cakap yang dia ada ilmu kebal. So, eksiden takkan cedera lah. Penyakit pun tak berani kat dia. Ni, time saya cakap dengan awak ni, saya tengah terapung2 ni. Siap ajak ejen tu join belajar ilmu kebal ngan dia lagi. So, hari ni aku jalan2 kat page saynotomlm, terjumpa la pulak videoyoutube tentang perbualan sorang ejen insurans dengan potential client nyer ni. Sebijik macam cerita kawan aku tu. Maknanya kawan aku pun tau dari sini lah kot. Atau pun benda ni dah lama la sebenarnya. Ceh! Nah, aku bagi linknya.
Ada satu lagi call, aku dapat dari bonuslink. Ni jenis insurans berselindung di sebalik kad privilege. Aku tak pasti yang call tu orang bonuslink sendiri atau derang pass kan nombor aku pada ejen insurans tersebut. Tapi kali ni cara aku menanganinya agak berbeza. Ni pun aku belajar dari pengalaman. Sebelum2 ni dah pernah dapat call yang lebih kurang sama, so aku dah ada idea la camne nak twist!
Bagi call2 sebegini, biasanya dia akan mintak nombor kad privilege kiter tu. Maknanya, kiter kena bukak purse dan tengok kad tu lah kan. Tapi, kalau sekali dua boleh la aku menjadi lembu dicucuk hidung, kali ni aku malas nak tengok. So, aku pun cakap. Alah, awak tengok lah sendiri dalam database awak. Nama saya yang awak sebut tu memang dah betul dah, nombor telefon saya pun awak dail betul dapat kat saya, so nombor kad saya pun mesti betul sama dengan database tu. Pastu dia suh gak aku bagi, 'sebab kami nak komfem kan.' Aku cakap lagi. Lepas dia tak geti2 bahasa, aku terus buat2 line terputus.
Berani lah cakap macam tu sebab dalam kad tu cuma ada point je. Cuber kalau ada duit, berani ko? Kang dia masuk nombor akaun orang lain, padan muka ko! Ni kira peringatan kepada diri la. Buat cenggini untuk kad2 berisi point je. Kad bank dan kad kredit jangan buat, ok. Potong lah point ke haper. Ada aku kesah?
Bunyinyer macam aku anti-mendapat-call-dari-stranger, kan? Sebenarnya derang tak bersalah, cuma aku dah ada benda tu, dan tak terpikir lagi nak menambah2. Itu je. Aku rasa ramai yang sependapat dengan ku. Kan?
Wednesday, 6 February 2013
Halooo...
Hasil karya AyunasiA pada 2:16 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
masa kat tgh2 entri ko aku dh fhm dh point ko...kita ni jenis kalau nk beli sesuatu,adalah kehendak sendiri.mcm takaful aku pun aku beli bkn sbb org promote2 tp aku sdiri g opis dia.tp dorg tetap la assign aku kat sorg marketing exec tu.kira dia dpt sales senang2 je la.mmg x suka la org promot2 ni. (ke kita dengki org dpt commision?hahaha ).aku aritu dpt call dr prudential-bsn tu...eh byk kali dh sbnrnya,tp yg paling ingat sbb sora ppuan tu mcm maria tunku sabri,style dia ckp pun sama.alasan aku menolak ialah aku kalau leh x nak guna produk konvensional,kalau ada pilihan mesti amik yg Islamik dan kalau boleh mmg company tu pun mmg fully Islamik bkn konvensional yg ada section Islamic Banking.senang citer,bank Islam dgn takaful je la yg memenuhi syarat di sini.
bab x suka terima call stranger tu, ye jugak.mmg pantang sungguh.tp kalau no talian tetap tu maybe aku angkat.kalau no mobile...berat sikit.kenapa je la org tu x sms je dulu nk kol..kan aku dh buruk sgka?hahahaha.
tp kesimpulannya.aku mmg bkn jenis jwb telefon la.sms takpe..panjang2 pun x kisah..
haaa point taken di situ. aku ambik takaful yang memang diwujudkan dari mula dengan produk takaful semata2, bukan takaful yang wujud atas tapak konvensional pada mulanya tetapi menga'ada'kan salah satu produknya produk islamik untuk memenuhi permintaan pasaran, contohnya seperti jenama yang disebut di atas.
call stranger yang wajib aku pick up ialah nombor2 bermula dari 88xxxxxx iaitu dari putrajaya sebab kot2 hq/jpa call pasal naik pangkat ke hahaha
Post a Comment