Hari Kelima : Selasa 1 Januari 2013
Happy new year! Hari cuti lagi. Aku rasa sepanjang kat sana, semalam je kot hari kerja derang. Lelain sumer hari cuti. So, memang tak sempat jumpa jam sangat la. Tah2 semalam pun derang cuti gak, sambung cuti, macam korang. Korang kan suka sambung cuti huhuhu. Eh, aku sekali la.
Sejak beberapa hari yang lalu, tiap kali sarapan, ada roti. Pastu nasi goreng dah takde, diganti dengan mi apatah, macam toge rupanya. Roti ni sedap, macam butterscotch jugak.
|
Roti sedap. |
|
Cakoi yang sedap jugak. Tetiap hari dah dapat makan cakoi ni. Tapi di tak buat bentuk macam cakoi kiter la. Macam puri pun ada. |
|
Kabel telefon yang berselirat. |
Lepas makan, kami terus ke stadium bola untuk ke kedai mutiara, Tiba2 je ada kedai mutiara kat stadium. Ni stadium olimpik jugak, tapi bukan sarang burung.
|
Kedai mutiara terletak di bawah stadium. |
|
Ada gambar lady D memakai baju yang penuh pearl dan crown pearl juga. |
|
Beberapa ekor oyster yang digunakan untuk demo. |
Buat ke sekian kalinya, kami diterangkan mengenai mutiara. Memula dia ambik seekor tiram ni, bawak ke meja demonstrasi. Tengah dia dok cakap2, tiba2 terlepas pulak tiram tu dari tangan dia. Omak kao! Dia cakap, dia nervous sebenarnya. Budak baru kot. Nak je aku sound, nervous tu perasaan cik kak oi, nervous boleh kawal, pandai2 lah kawal hehehe.
Sebelum bukak cengkerang tiram tu, dia suruh teka, ada berapa biji pearl dalam tu. Biasanya jenis2 tiram bela ni ada banyak pearl lebih dari 5 katanya. Derang masukkan kot? Dan sais yang matang lebih kurang 5 tahun. Kalau yang kecik2 ni derang guna untuk buat krim mutiara. Dalam ramai2 yang teka tu, sumer teka sikit2. Tapi encik suami teka 30. Sekali bila dah kira, ada 31 biji! Yeay! So, dia bagi hadiah sebentuk cincin hihi.
|
Geli pulak tengok mutiara banyak2 gitu. Macam penyakit errr... |
|
Amoi yang nervous. |
Lepas tu dia pun promote la cincin2, gelang2, rantai2 mutiara. Aku tak berminat pon. Sedang aku mengetest cincin free tu (cincin nyer terbelah, so boleh adjust size), opocot, tertanggal la pulak mutiara tu. Sibbaik dia bagi yang baru. Terus tak jadi nak test dah. Gam apa dia pakai tah.
|
Si bella sedang cuba mempengaruhi aku. Tak dapat dek... |
Seterusnya, kami nak ke summer palace. Istana musim panas ni kira istana hinggap la.
|
Bersama budak dari kuching. |
Oleh kerana stadium ni terletak di kawasan perkampungan sukan olimpik, kami lalu sekali lagi kat stadium sarang burung. Lalu je.
|
Kebanyakan gambar orang yang dah pergi ke sini akan ambil gambar stadium bird nest berlatar belakang kan bangunan ni. Bentuk kepala naga katanya. |
|
Tak dapat tengok bebetul pun tak pe lah. Gambar nampak pokok ni pun kira realistik la jugak. Macam sarang burung di celah2 semak. |
|
Beberapa cubaan yang gagal huhuhu... |
|
Ekceli sebelah bangunan ni pun ada beberapa bangunan yang menggambarkan badan dan ekor naga ni kononnya. |
Dan buat pertama kali, kami melihat bas ini mengisi minyak. Ok, boleh percaya. Memang mahal.
|
Apa brand minyak ni eh? |
|
Bersamaan lebih kurang RM4.32. Kalau isi AH ni, makan 2 ratus hengget gak ni. |
|
Sesambil melihat kereta dicuci. |
|
Satu |
|
Dua |
|
Tiga |
|
Sikitnya minyak bas ni? Ke memang dia isi sikit jek? |
|
Ok, dah sampai summer palace. Pintu masuknya. |
|
Istananya nun di belakang sana. |
|
Ada jambatan melengkung. |
|
Spot wajib ambik gambar ni. |
Kami diberi masa 30 minit di sini. Sempat lah kalau nak menyeberangi jambatan tu. Tapi, baru 10 minit, semua orang dah cabut lari. Sejuk giler! Angin kuat pulak tu. Tasik tu kan beku. So, angin yang lalu memang sejuk amat la kan. Ceh! Rugi je bayar tiket masuk. Tapi aku pun tak tahan lor... Ini rupanya yang dimaksudkan, matahari terik, tapi sejuk melampau.
|
Tak sempat nak menikmati pemandangan. |
Oh, aku perati kan, lain tempat perlancongan, lain barang yang dijual oleh peniaga jalanan. Macam kat kedai jewellary semalam tu, ada orang jual layang2 kecik berturut2. Satu set tu ada 10 helai layang2 kecik yang di susun berturut2. Kat sini pulak, ada orang jual topi boleh ubah2 bentuk. Comel jek, tapi takde lah aku membelinya.
Dah, jom balik makan dulu. Petang tu kitorang pegi mana ek? Lupa la pulak...
tbc...
p/s dah takde idea nak menggoreng idea.
2 komen:
Kalau nak tau, amoi nervous bella tu layan kitorang minggu lps..bagi kitorang setiap sorg cincin..dia mengaku yang dia baru kerja first day n dia anak boss...dia offer kitorang hrge murah...bnde 20ribu jadi 300yuan...pearl emas yg boleh diturunkan dri generasi ke generasi dri mahal giler jadi 1000++ yuan...dia kate kalau abg dia tau msti kne marah..haha...ade jugak yg terbeli....si bella tu, penipu atau sebaliknye....hmmmm....kata first day tolong kerja....padahal post ni awal thun...skrg dh tgh thun!
hahaha semua penipu!!!
Post a Comment