Cargas!!! Dah sebulan dah weiii... Bila nak habis entry beijing ni weiii??? Naik jelak dah. Apa2 hal aku mesti habiskan jugak. Mesti! Ni kira azam tahun 2013 la. Abiskan entry beijing hahaha. Senang nau azam.
Sambungan Hari Kelima : Selasa 1 Januari 2013
Selepas melawat sekejap di istana musim panas yang sejuk itu, kami pergi makan tengahari jauh sikit. Menuju ke 'daerah' niujie. Tak tau lah tempat tu daerah ke aper, tapi ala2 ampang la gitu (keluar dari pusat bandar). Di sana lah terletaknya sebuah masjid tertua di di di entah, di beijing ke di china tah. Tapi dah lebih 1000 tahun lah masjid tu.
Restoran kali ni merupakan sebuah restoran baru. Tempat makannya di tingkat atas. Dekorasi di sini lebih moden. Sesuailah dengan status restoran baru tu kan. Lebih nampak islamik juga.
|
Dalam restoran. |
|
Foto pintu kaabah. |
|
Foto masjidilharam. |
|
Lampu stail ciner. |
Makanan kat sini berkuah sikit. Dan lain dari lauk2 biasa kat westernmahua tu.
|
Kambing dan kentang. |
|
Derang memang selalu guna tulisan khat cenggitu kat sini. |
|
Selalu dapat makan tauhu2 yang segar. |
|
2 kali je jumpa ikan cenggini. Satu lagi kat restoran yang nak ke great wall tu ari. |
|
Apa yang dia tulis tu? |
|
Allahumma antassalam waminkassalam. |
|
Khat ciner kot. |
|
Kenapa semorang berkumpul di situ? |
|
Pemanas hawa. |
|
Di luar restoran. |
Niujie ni terletak lebih kurang macam bp-paritraja kot jaraknya. Dia kira satu perkampungan muslim. Yelah, masjid tu pun dah 1000 tahun lebih. Maknanya penduduknya pun dah beribu tahun bertukar ganti generasi. Aku agak, masa kuar sabda yang 'menuntutlah ilmu sampai ke negeri cina' tu, tempat ni dah ada.
Sebelum sampai di masjid niujie, kami lalu di kawasan lot2 kedai. Di sana terdapat sebuah pasaraya muslim yang telah lama bertapak. TG kata lepas solat nanti ada masa banyak sikit, boleh lah kami pergi ke pasaraya itu. Boleh la beli makanan ke haper.
Oh, masa kat restoran tadi, aku pergi ke toilet. Lepas aku keluar, ada la budak ni pinjam bekas cebok aku. Bila dah naik bas, aku mintak la balik bekas tu (bukan lah kedekut, tapi kalau bekas tu takde, susah hidup aku. Derang takpe, tak boleh solat. Cebok ngan kertas tisu basah pun takpe). Tapi budak tu cakap ada pada 'akak tu' (entah siapa), Aku pun, ok. So, sebelum turun bas aku tanya lagi budak tu (macam apa je. bekas taufufah je kot). Rupanya dia kasi kat sorang akak ni, tapi akak ni tak tau yang bekas tu aku punya lalu dia tinggalkan je kat toilet restoran tu tadi. Bengang betul aku! Bekas tu memang kecil, tapi signifikan, ok.
|
Niujie muslim supermarket. |
|
Di hujung selekoh pasaraya tu, nampak orang beratur panjang. Apa yang derang buat ni eh? |
|
Kalau dah tengok citer the pursuit of happyness tu mesti aku dah terpikirkan derang nak masuk rumah tumpangan hehe. |
|
Pintu pagar utama masjid niujie yang sentiasa ditutup. Kami masuk ikut pintu tepi. |
|
Pintu tepi. |
|
Bahagian depan masjid. Kat sini kebanyakan masjid mengasingkan bahagian lelaki dan perempuan. Macam kat sini, depan ni bahagian lelaki. Pempuan punya kena jalan ke belakang lagi. |
|
Bahagian dalam masjid. Mihrab. |
|
Mimbar |
Lepas solat aku tunggu, tunggu, tak keluar2 pulak orang lelakinya. Rupa2nya derang tunggu solat jemaah, pukul 1.30. Aku lupa nak bagitau, kat sini memang derang berjemaah lewat. Padahal zuhur dah masuk kul 12 lebih lagi. Tapi takpe pun. Derang bagi masa sampai pukul 3. Sempat lagi nak soping2 di supermarket.
Dan, bila orang lelaki sumer kuar, barulah kami semua pergi ke supermarket. Kecik je tempat ni. Dia ada 3 tingkat. Tempat masuk tu tingkat kedua. Ada kiosk2 menjual kekacang, kismis dan snacks. Tingkat tu juga ada pasaraya bahagian perkakasan rumah. Aku pun terus naik ke tingkat atas. Owh, sini ada food court. Ustaz nak cari dimsum goreng, tapi takde. Kami pulak, memandai turun tangga lain, tetiba dah terkeluar balik dari bangunan tu. Kena berjalan lagi untuk masuk semula.
Masuk kali kedua, memula aku cari pintu masuk pasaraya tu, tak jumpa. Baru aku nak masuk ikut kaunter cashier, jaga dia tahan, suh turun ikut eskalator kat tepi pintu masuk utama. Lorrr tadi menonong je masuk, tak perasan ada eskalator kat situ. So, kami turun kat situ. Ooo sinilah pasarayanya. Bahagian makanan basah dan kering. Aku pun meround la carik makanan yang berunsur ciner huhuhu. Tapi banyaknya sama je lah ngan kat sini. Tapi aku ada lah jugak beli jajan sesikit. Beli potato crisp ngan asam lapis. Alaaa yang asam belacan orang buat kek lapis masam manis tu. Kat sini belacannya besar2. Kiter punya selalu saiz doposen je kan. Ni lagi besar dari lima posen pun ada. Panjang2 pun ada. Kira asam ni macam buah asam rasmi la kat sini kot huhuhu. Kan nama asam tu kat sini haw flakes kan? Haaa betul lah, haw tu nama asam tu. Tengok gambar kat bawah ni. Asam ni juga merupakan snacks yang popular (buku cenderamata yang cakap).
|
Buah asam ni celup dalam caramel dan gula (macam kuih keria) dan dicucuk pada lidi. |
|
Yang ni versi gula putih. |
|
Yang dicucuk ni versi caramel (gula hangus). Aku tak beli, tapi derang (tourmate) ada bagi. Aku makan sebijik jek. Masamnya! Yang dah jadi belacan tu manis la jugak. Patut lah dia celup ngan gula. Tu pun tetap masam. |
Selain jajan2 dan asam2, aku juga membeli 2 biji mangkuk plastik. Buat cebok hahaha. Sanggup beli tu. Ye lah, ni baru petang. Lama lagi nak tunggu balik. Dalam tempoh tu tah berapa kali tah aku akan nak terkucil. Tapi pasni aku akan sorokkan mangkuk ni hihihi. Kedekut giler.
|
Keluar dari situ, nampak orang beratur panjang2 tadi. Tak habis2 lagi ker? |
|
Mari kita siasat. |
|
Owh! |
|
Ooo ada orang berniaga daging kambing halal rupanya. Harga daging kambing sekilo ni dekat2 80 yuan ok. Dah macam rege daging rusa! Bayangkan... |
|
Aku di tengah jalan niujie. Belakang tu lah bangunan pasaraya tu tadi. |
|
Suasana pekan niujie. |
|
Ada rumah kecik di tepi jalan. |
|
Kotak letrik/telekom. Sedap je mata memandang. |
|
Parking ticket derang. |
Selesai di sini, dah takde aktiviti. Masih awal lagi untuk ke pusat akrobatik. Pertunjukan akrobatik bermula pada jam 5.30 petang. So, untuk membunuh masa, kami dibawa ke sebuah kedai sutera. Memula TG tu kata kedai ni ada jual kabinet, sutera, dan pakaian. Aku dah terfikir, apa kena mengena kabinet ngan sutera pulak? Kabinet apa? Adakah perabot? Kedai perabot? Sebab aku ada jugak nampak kedai2 perabot yang besar2 kat tepi jalan. Tapi, kenapa kiter nak kena pergi kedai perabot pulak? Takkan nak beli perabot, kan? Nak sumbat kut mana?
Persoalan tu bukan aku je yang memikirkannya, tapi hampir semua orang, cuma tak diluahkan jek hihi. Akhirnya persoalan itu terjawab apabila kami masuk ke dalam kedai itu.
|
Depan pintu masuk kedai, ada sebidang sutera. Ok, betul lah kedai sutera. |
|
Pastu ada mesin sulam kain sutera. |
|
Macam mesin sulam songket jugak, cuma lebih besar kot. |
|
Dan TG tu pun memperkenalkan 'kabinet' itu. Ya ampun... ini karpet la tony... adeh... Ok lah, dia orang ciner yang belajar bahasa indonesia. Kesilapan vokabulary di situ huhuhu. |
|
So, tingkat bawah tu penuh dengan karpet. Kiter naik ke atas pula. |
|
Waaa kat sini lagi banyak shawl, lagi banyak kain, lagi banyak baju sutera. Tapi, sekali lagi, mahal ya amat. Dan kain ela pun old fashion gitu. Cadar sutera pun ada. Sama la dengan kedai aritu, cuma ni kedai swasta, tu ari kedai gomen. |
|
Kengkonon soping la. |
|
Ada juga hiasan2 dinding. Actually aku nak tunjuk gambar potret monalisa dengan tangan kiri ku itu. Nampak tak? Lupa lak, rasanya lukisan2 ni sulaman sutera kot. Lupa. |
Sebelum turun, aku masuk ke toilet. Sibbaik dah beli mangkuk hihi. Masa nak keluar tu ternampak seorang pekerja dia membuka dan menutup pintu2 toilet, seperti mencari sesuatu. Tapi aku tak perasan sangat. Bila turun, nampak derang tengah berkumpul ngan beberapa orang pekerja. Apa yang dibincangkan itu? Lorrr ada staf derang kehilangan henfon. So, derang suspek kitorang yang curik. Loh...
Kisahnya, masa salah sorang makcik ni masuk toilet, dia terjumpa henfon tu (samsung kecik, maybe corby or Y or W). Makcik ni tanya lah kat sorang staf yang ada kat situ, dia punya ker? Dia kata tak (bukan lah dia kata, dia geleng la kot). So, makcik tu tinggalkan je lah henfon tu kat situ. Bila turun, terus berlaku kes tuduh menuduh ini. Ooo baru lah aku perasan staf yang buka tutup pintu toilet tu tadi.
Pung pang pung pang, try call henfon tu, takde bunyi. Samada dah di silent kan atau pun memang bukan kami orang yang ambik. Pastu tetiba sorang staf ni keluar sekejap dan bila dia masuk balik, dah jumpa henfon tu. Kata budak dari kuching, dia nampak ada seseorang kat luar tadi. Maybe seseorang itu yang ambik dan pulangkan balik. Malu la kot. So, settle. Derang pun mintak maap. Derang pun bising lah, tah2 derang sajer jer buat cenggini nak kenakan orang kiter, kan?
Pastu kitorang terus keluar. Tak kosser dah nak lepak lelama kat sini. Sebenarnya TG ajak gi sini sebab kat sini ada heater hihihi. Kang tunggu dalam bas lelama, sejuk pulak, kan. Tak pepasal.
|
Peti pos derang. |
|
Sama je lah telefon dia. |
|
Ok, ini lah kedai nya. |
|
Ini semua poyooo!!! |
tbc...
0 komen:
Post a Comment