BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 3 February 2013

Macam Ni Perasaannya...

Masa belajar dulu, selain kebanyakannya rakan sebaya, aku juga ada classmate dari kalangan akak2 dan abang2 yang dah kerja dan kawin. Derang keje ngan telek0m. Cuti belajar telek0m sponsor kot. Best yer, belajar tapi dapat duit. Yang seronoknya time raya. Memasing ajak datang open house. Pastu memasing citer pasal anak bini/laki. Bulan puasa, ada yang dok stay up buat kuih raya. Masuk kelas mata kuyu jek.

Yang kitorang pulak, budak2, tak kerja lagi, belum kawin, takde hutang, takde tanggungjawab (selain belajar la). Masa tu tak sabar nak keje, pegang duit sendiri, kawen, beli kete bla bla bla. Sekarang kami pun dah melalui fasa tu. Sekarang ni bila dikenangkan zaman belajar dulu, hai best nya lah jadi budak2 ni.

Citer pasal hari raya, ada sekali tu, kami pergi sampai ke balakong sana semata2 nak pegi open house derang. Memula  pegi open house kat shah alam 2 dulu. Ada 2 rumah. Rumah yang mula2 tu dah makan bebanyak. Bila pergi yang lagi satu, dia buat nasi beriani. Masak sendiri kat belakang rumah. Huiii ruginya dah kenyang (belum belajar ilmu pergi open house lagi). Balik dari situ, motor rosak la pulak. Tah, rasanya kitorang balik tumpang kete sorang abang tu jugak kot.

Minggu depannya baru kami ke balakong. Kali ni rumah seorang akak. Ingat lagi menu dia ialah nasi lemak. Rasa pelik je, open house makan nasi lemak. Dan sekarang ni, bila selalu ulang alik ke rumah BIL, aku terperasan yang rumah akak yang aku pergi dulu tu  kat area2 tu jugak. Apartment kat impianehsan. Masa tu macam terkagum la, derang sumer dah beli rumah sendiri. Yang kat shah alam 2 tu teres 2 tingkat, yang akak ni apartment tingkat bawah.

Macam ni rupanya perasaannya bila dah kerja...

4 komen:

Alub said...

aku jeles sgt2 kat org yg kawin masa belajar dulu.

dan masa aku KPLI, roomate aku dgn kwn2 dia pulak jeles kat aku ..hehe putaran kehidupan.

tapi bg yg dh berkapel tu mmg aku suggest sgt2 berkahwinlah, hidup terasa indah :P

Irfa said...

kawen awal yg bestnya anak2 dah besar,dan kita muda lagi tapi kawen awal juga kena kuat iman dan kesabaran.hehe.

AyunasiA said...

irfa: kawen lambat lagi lah kena kuat iman dan kesabaran huhuhu

AyunasiA said...

alub: kawen masa study bukan budaya orang kebanyakan macam kiter...