Pada tahun 2010, aku memblock dia kerana dah tak tahan dengan statement2 yang macam lah 'ko banyak duit tu bermakna ko berjaya'. Sampaikan yang aku tak menahan tu bila dia cakap, 'kalau aku taulah cenggini punya senang nak buat duit, takde lah aku susah2 study ambik medic'. Sampai macam tu sekali taksubnya dia dengan hyprobulksms. Tayang akaun statement meibank la, tayang cek la, jelek (apakah?) siot... Yang mensuspenkan aku ialah bila tiba2 masa nak raya, dia pm aku, ajak beraya ke rumahnya di seng'garang. Tiba2. Dah lah lelaki, dan aku pun taklah baik sangat ngan dia. Sekadar classmate je.
Hari ni tiba2 aku rasa nak tau, apa dah jadi ngan dia. Dah kaya raya kah? Dah berenti dari jadi doktor kah? Atau apa? Bermula dari status 2013, aku undur hingga ke 2010, aku terlepas pandang, bila masanya dia berhenti berkata2 tentang program tersebut. Dia dah berhenti ke dari buat kerja tu? Dah insaf kot. Sebab banyak pulak sekarang ni status2 ayat2 al-Quran, hadis2 nabi dan yang seumpamanya. Tak pun memang bisnes tu pun dah bungkus kot. Yang penting, status tempat kerja dia masih lagi... since 2009 till recent. Belum kaya raya lah kot. Masih berguna la ilmu medic tu kot...
Ok, kena tunggu 48 jam untuk re-block dia. Walau pun dah takde post2 seperti dulu, aku pun takmo lah dia perasan yang aku memblock dia selama ni hihihi (bila tiba2 post aku kuar kat news feed dia. selama ni macam takde, kan). Cuma ni aku tengah carik yang lagi sorang tu. Lebih kurang sama kesnya. Tapi takde pulak dalam senarai yang aku block. Adakah dengan dia tu aku lebih kejam? Aku unfriend terus kot? hahaha.
Dan hari ni, aku pulak terperasan. Akhir2 ni, aku macam tak dapat lagi sebarang update dari ustaz-yang-bagi-ceramah-fetih. Dia dah block aku ker? huhuhu. Rasanya sekarang ni custome post2 personal kepada kawan2 je kot. Aku kan follower je. Tak pon selama ni dia terlupa nak masukkan aku dalam follower list kot. Ermmm tak per lah ustaz... peace no war!
Tuesday, 19 February 2013
Antara 2010 hingga 2013
Hasil karya AyunasiA pada 1:00 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen:
pesen show off bank statement ni mmg menjengkelkan..
xleh paksa org nak approve kita sbg kawan ;)
aku pun jarang bukak fb
kalau post kat wall pun jarang ada komen..meroyan kat blog jelah
Post a Comment