Thursday, 21 February 2013

Gila Bola Ke Haper Ni?


Percaya atau tidak, aku belum miss perlawanan yang melibatkan JDT liga super di stadium larkin! Sila la tak percaya eh? Sebenarnya kena ucapkan tahniah kat tmj kerana berjaya menarik orang ramai ke stadium itu dengan 'membeli' pemain2 berjenama untuk pasukan JDT. Kalau tidak, kat mana stadium larkin pun aku tak pernah tau dan nak ambik tau. Tu pun, dah pergi 4 kali ni lah baru aku faham struktur binaan stadium tu (kedudukan pintu, tangga dll) dan jalan nak ke sana. Padahal setiap kali pun lalu jalan yang sama. Tapi tak perasan. Malam, kan. Dan kerana itu juga lah, hari ini stadium larkin sudah mampu dicat semula hahaha.  Isy, mesti banyak dia dapat kutip ek? Sempat gak derang cat sepanjang tempoh cuti sebulan tu ari. Cantik! Dan antara 4 perlawanan tu, baru yang keempat ni kami sempat beli tiket sendiri. Sebelum2 tu beli kat kawan kepada kawan tu jer. Kena lah bayar lebih kat dia. 

So, entry ni ialah koleksi gambar2 yang sempat aku rakam sepanjang menonton 3 lagi perlawanan liga super, antaranya melawan ATM, T-Team dan Lions XII. Piala FA aku tak pernah pergi lagi. 

JDT vs ATM : Seri 2-2

Game ni hari jumaat, sama macam yang pertama kali aku pergi tu ari. Cuma kali ni aku keluar rumah agak lambat, so sampai pun dah dekat2 pukul 8. Nak solat lagi, makan lagi. Kali ni aku memilih untuk masuk ikut pintu C, iaitu bahagian tengah menghadap grand stand. Buat masa ni aku rasa mereka belum layak untuk aku beli tiket grand stand. Kot lah boleh naik ke tangga pertama atau kedua, mungkin lah aku boleh pertimbangkan. Boleh gitu? Dan seperti yang diduga, stadium penuh malam ni. Ye lah, besok cuti kan. Redah punya redah, ternampak seat kat sebelah seorang pempuan ni. Mak aiii akak ni... Boleh tahan kepoh nya. Kalau yang pertama aritu encik suami menjerit sampai suara serak, kali ni aku tak bagi dia jerit2 dah. Malu arrr. Kalau jerit lagi, orang tak nak ikut lagi dah! Ugut tu. Sebaliknya, akak ni pulak yang over terjerit2. Aku lak yang malu hehe. Maklum la, malu tak bertempat kan...

Duduk di sudut ni, dekat dengan team penyokong. Baru lah boleh dengar biji butir yang derang sorakkan tu. Syok jugak layan hehe. Lagu utama dia,

Ayuh johor ayuh johor, luaskan kuasamu johor
Kami ada, kami ada, setia bersama mu johor
Ale ale ale ale ale ale ale ale 2x

Ehehehe pelik je bila aku minat tengok bola. Selama ni kalau liga2 ni aku tengok time final jek. 

Team ATM

Team JDT. Masa ni gerai2 kat luar belum jual jersi yang ada tulisan. So, belum ramai yang pakai jersi yang sama camni. Ada jual yang ori jek, tapi takde stok.




Tu ari aku duduk bawah scoreboard. Tak best! Jauh sangat.

Kali ni jauh gak, tapi dekat dengan corner. Boleh lah nampak jerawat aidil kot huhuhu (ada ker?)

JDT vs T-Team : Menang 1-0

Game ni pulak berlangsung sabtu lepas. So, sempat lah datang siang2. Sempat pergi holiday plaza beli cd.  Ronda2 angsana. Eh, korang tau tak, kat holiday plaza tu ada kedai2 yang menjual henbeg2 tiruan jenama2 hebat? Banyak uolsss. Aku pun baru perasan. Katanya gred AAA, tapi still mahal la. Tapi taklah sampai ribu riban. Still affordable la.

Ada audition kat angsana. Anda pandai menyanyi dan berlawak? Best gak mamat berdua ni perform. Cer tengok nanti, dapat tak derang masuk.

Jurinya ahkak ogy dan ajai. Lagi sorang tu tak kenal.

So, sebelum maghrib, kami dah gerak ke plaaza larkin. Makan mee rebus sat (masa lawan atm pun makan mee rebus hihi), pastu solat. Pukul 8 dah boleh gerak ke stadium.

Oh, kali ni dah banyak jual jersi bertulisan harimauselatan dan johorcorporation.



Dapat duduk di sudut yang sama! Tapi tak dapat seat la. Duduk juntai kaki jer.


Pon penuh sesak.



Bagusnya duduk cenggini, kita boleh melepek kat tiang tu bila penat. Kalau kat seat tu kena duduk tegak je lah. 
 


Corner pun dekat depan mata.


Budak2 menjual air. Pasni dah tau dah. Kalau tak sempat makan pun takpe sebab banyak je orang jual makanan.




Macam sama jer, tapi hari berbeza.

T-Team





Yeay, menang! Tapi tu lah, satu keburukan tengok kat stadium ni ialah, tak tau saper yang golkan hahaha. Tak nampak la kalau duk jejauh. Time dia announce pun tak dengar sebab orang tengak bersorak sorai bagai. Besok tengok buletin pagi je lah.

JDT vs Lions XII : Seri 2-2

Game kali ni kira ter-tengok sebenarnya. Masa hari sabtu tu encik suami kata game ni hari rabu, dan beliau nak pergi sorang. Tak kosser aku nak pergi hari2 keje cenggini. Tetiba balik, baru terperasan yang 19hb ialah hari selasa. Dan hari selasa aku ada appointment kat hsi. Maka, terpaksa lah aku mengikut. Ngantuk laaa...

Appointment tu petang. So, tengahari tu kami terus ke stadium, cuba2 beli tiket sendiri pulak. Waaa siang2 baru nampak. Santekkk...


Beli tiket kat kaunter PBNJ





So, lepas appointment gi jusco sat. Ada orang tu dah kena beli seluar saiz 32 hihi. Pukul 6, terus gerak ke plaza larkin. Dah macam rutin pulak. Tapi kali ni dah takmo makan mee rebus dah. Jelak dah. Try pulak mee bandung dan laksa johor kat kedai sebelah dia. Sedappp dua2.

Mee bandung yang sangat rasa udang! Best2.

Walaupun kali ni hari selasa (hari kerja), dan aku datang agak awal, tapi, meriah nya tetap sama macam weekend. Ingat hari ni takde orang, boleh la duduk tengah hihi. Rupanya, sudut yang best tu ari pun dah penuh. Terpaksa duduk bawah score board sekali lagi huhuhu.

Takde maknanya takde orang. Sama jek. Lagi ramai, ada!

Alahai... sayup jek.

Sikit jek orang singapore.

Berehat seketika. 



Main bola berbasikal masa rehat.


Oh, haaa dulu kan kita selalu sebut budak milo untuk budak pengutip bola tu, kan? Sekarang dah boleh tukar dah. Budak astro. Arena. Tengok tu.

Dah, itu je. Next 2 mac, sabtu lawan N9.

p/s Safee-yang-menunggang tu memang dibayar separuh ke ek? Asik masuk time 2nd half jek.

1 komen:

metaLIQUE said...

chant johor tu salah la...

Ayuh JOHOR, x 2
Luaskan kuasamu JOHOR,
Kami ada, x 2
Setia bersama mu JOHOR,
Ale ale ale ale ale ale ale ale....