Kan aku ada cakap aritu yang aku selalu berusaha untuk memakai baju sedondon dengan encik suami walau pun kami kerja tempat lain2. Kot lah tiba2 kitorang nak keluar gi makan ke, jalan2 lepas kerja ke, kan. Biarlah nampak sedondon gitu. Mengada!
Tetiba hari khamis minggu lepas, dalam pukul 10 pagi gitu, bos kecik aku call. Dia suh aku ikut bos besar sikit pergi uthm sebab ada meeting. Bos kecik tak dapat pergi. Aku pun ikut je lah. Pergi reramai naik van. Tiba di bilik mesyuarat, e'eh, encik suami ku! Rupanya kami nak meeting dengan beliau dan beberapa orang lagi kelik beliau hihihi. Bos besar sikit aku cakap, kami bawak wife u sekali.
Masa balik, dalam van, bos besar sikit tanya, uols memang janji pakai baju sama ker? Kerja tempat lain2 pun? Aku sengih jek.
p/s meeting tu berkaitan ngan artikulasi.
Thursday, 7 February 2013
Rindu Bertamu Di Artikulasi
Hasil karya AyunasiA pada 9:17 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment