Wednesday, 13 February 2013

Wo Ai Beijing : Part 11 Pertunjukan Akrobatik


Sambungan Hari Kelima : Selasa 1 Januari 2013

Nak dipendekkan cerita, lepas kes tuduhan mencuri di kedai 'kabinet' dan sutera itu, kami pun dah takmo tunggu lama2 kat situ. Konon nak tunggu sampai tempat akrobatik tu bukak. Tapi dah cenggini jadinya, elok lah kiter blah. Kang kiter lepak2 duduk atas 'kabinet' dia pun boleh jadi kes. Tahan je lah sejuk duk dalam bas. Dalam kedai tu hangat2.

Sampai di panggung, masih awal lagi. TG kata sesaper nak ambik angin boleh la jenjalan sekitar tu. Pukul 5 petang baru boleh masuk dalam. Aku pun turun lah dari bas dan berjalan2.

Terletak di jalan Hufang.

Kengkonon aku tunjukkan -7. Suhu ketika itu. 

Terjumpa jabatan buruh kat sini.

Tak lama pun aku berjalan2 tu. Tak tahan sejuk banget. Patut lah tak nampak orang ciner ni bersiar2 time2 macam ni. Kalau ada pun jalannya laju menonong je. Terus memanjatkan kesyukuran kerana tinggal di malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun itu. Eh, ini.

Dah masuk dalam panggung. Lapar. Bukak biskut lexus munchys, tengok2 dah luruh salutan coklatnya. Sejuk sangat.   Belasah aje lah. kat sini aku tak berani langsung membeli sebarang makanan/minuman kecuali kat supermarket niujie tu. Kat situ je rasa bebas sikit. Ada gak derang beli macam pop corn, coffee, coke, bottled tea, air2 tin dll. Aku tak berani pulak. Minyak apa yang dia pakai untuk goreng pop corn tu? (mentang2 la pandai buat pop corn hahaha). Tapi menurut kata TG, kebanyakan derang memasak tak pakai minyak sawit. Biasanya minyak bijan, minyak kacang soya dll. Patut rasa lain macam jek. Tak, maksud aku tah2 minyak tu bekas goreng apa2 ke kan. Eh, tiba2 caption panjang takde kena mengena dengan gambar.

Sementara nak start tu, baca lah sikit peraturan dan introduction pasal performance derang tu. English berterabur huhuhu. Ada 9 routine (derang sebut project) semuanya, iaitu


  • Flying strap - panjat2 tali
  • Sway ladder - panjat tangga tanpa sandaran
  • Variable face - tukar2 topeng secara laju kengkonon sekelip mata jadi muka lain
  • Soft art - lentik2 lipat badan gegirl
  • Power - 2 lelaki beraksi menggunakan kekuatan tangan, kaki dan balancing
  • Drill loops on the table - macam sarkis lompat2 gegelung (teringat main game sarkis lompat monyet hihi)
  • Turning dish - alaaa piring berpusing atas kayu sambil beraksi
  • Air silk hanging - aksi terbang pegang kain sutera (haha apa punya penjelasan da...)
  • Flying in the big ball - aksi paling best hehehe


Ada 9 jenis routine yang akan dilakukan. Aku tertunggu2 yang nombor 9 tu je.

Tempat duduk agak jauh, kemre pulak biasa2 jer, maka gambar pertunjukan tu pun ala2 sayup jek. Yang penting memori tu tersimpan rapi di dalam ingatan. Pui!


Ok, show nak start! Dimulakan dengan kemunculan kengkunun maharaja. Entah apa yang dia cakap tah. Takde subtitle hihi.

Ni aksi pertama, panjat tali. Oh, ada sorang clown di situ. Kengkonon kelakar la hahaha (tak kelakar pun)

Ok, tak tau nak describe cemana. Tapi dia buat macam2 aksi la atas tali tu.



Ni pulak aksi tangga tak bersandar. Memula kengkonon clown ni cuba, tapi tak berjaya. 

Pastu mamat ni pun buat lah. It's all about Physic! Balancing.

Maap je lah dengan kekaburan itu.

Ye lah ye lah, aku percaya dia takde sangkut kat mana2. 



Pastu datang sorang girl ni pulak menokok tambah cerita. Tapi dia terikat la. Kang tergolek jugak kat situ. Tapi still kelihatan amazing (tak tau nak guna perkataan apa). Pastu dia lepas tau tangan lelaki tu.

Dahhh makin ramai pulak. 

Ni yang tajuk power tu. Memang power la derang ni.

Ini bukan silap mata ok.

Lagi. Oh, tak sempat ambik gambar dia lepas tangan tu.

Yang ni soft art. Lihatlah betapa lembutnya tulang gegirls itu. Lembut tu satu hal. Kuat juga.

Yang aku dok sibuk tengok watak sampingan kat belakang tu hihi. Background tu dia buat ala2 dalam laut.

Adeh... nak tergeliat aku menengoknya.

Ok, yang ni sempoi. Piring berpusing. Setiap orang pegang 6 piring, 3 kiri 3 kanan. Tapi setiap 3 batang tu dia bercantum. So dia pegang satu batang je la. Cuma aku tak dapat pastikan yang betul2 dia pusingkan piring tu sebab aku rasa benda ni boleh dibuat secara elektronik. Tapi mungkin jugak.

Aku suka sebab piring tu warna warni.

Siap beraksi panjat2 lagik.



Waaa... mana nak pikir goyang tangan, mana nak pikir tahan kaki?
Dan akhir sekali yang aku tunggu2 ialah aksi rempits. Korang tengok la sendiri. Ada routine yang aku tak sempat ambik gambar. Lebih sesuai ambik video kot.




Last sekali maharaja tadi masuk balik hehehe.

Abesss... Tiada kesilapan dikesan. Memang pro lah. Lepas tu kami terus gi makan dan balik. Tido. Besok adalah shopping day! Yeay!


tbc... (harap bersabar kerana ada 3 episod lagi tak termasuk tips hehe)

0 komen: