Thursday, 14 February 2013

Wo Ai Beijing : Part 12 Shopping Time!


Hari Keenam : Rabu 2 Januari 2013

Hari membeli belah katanya. Ini lah masanya untuk mengasah bahasa mandarin ku yang sudah berkarat adanya itu. Belajar tahun 2000/2001 kot. Tapi sebelum pergi tu ada lah jugak aku buat revision, sebulan dua sebelum. Ni pun aku ada bawak satu buku huayu part 2 yang ada tajuk mai dongsi (membeli belah) hihi. Jenuh la mengapal warna hongsi heisi beisi bagai, sudahnya tak tercakap pun hihihi. Tapi part harga, nombor, tawar menawar, penting jugak cakap mandarin ni. Nampak 'macam bagus je ko!' huhuhu. Sampaikan amoi tu fed up bila aku asik la pianyi dianr haoma, pianyi dianr haoma, hen gui, hen gui, wo bu yao, wo bu yao hahaha. Tapi boleh la jugak derang cakap english sesikit.

Takde banyak gambar. Maka, lega lah yea. Sebelum tu, malam tadi dah mula packing baju sesikit sebab hari ni dah tentu penat soping moping kan. Malam karang dah tinggal kemas barang yang baru dibeli jek. Maknanya, hari nilah beg aku beranak.

Sebelum turun pagi tu, kat tivi ada citer kungfu hustle la pulak. Walau pun dah tengok banyak kali, tapi ni di ciner ok! Eh, tapi ni citer ciner ke hongkong? 

Sarapan pagi hari ni dapat makan kuih. Dari luar macam cucur badak, tapi isinya macam kacang merah kot. Tepung nya tak liat, lebih kurang rasa cakoi jek. Tapi sedap la. Rangup2 sikit luar dia.

Aku bagi nama dia cucur panda. Boleh?

Oh, hari ni kami tak turun pukul 7.15 pagi, sebaliknya 8 pagi. Sebab kedai bukak pukul 10. Tu pun kami sampai di pasar tu, pintu tak bukak lagi. Kat sebelah pasar tu ada kedai uniqlo yang besar. Konon nanti nak pergi lah. Tapi, takde maknanya. Tak sempat pon. Satu pasar dia bagi masa sejam lebih jek. 

Pasar nyer kat balik adidas store tu.

Yashow market.

Market ni lebih kurang market yang kami pergi hari ahad lepas tu. Cuma bezanya setiap kedai tu takde pintu kaca. So, agak selamat la untuk aku masuk kedai tanpa ditahan secara paksa. Tahan tetap tahan, tapi senang nak keluar.

Kat sini aku beli kasut naim (gambar hasil tangkapan akan ditunjukkan pada entry lain). Nike kononnya. Ok, biar aku clarify di sini. Tak seperti blogger lain yang kedekut nak bagitau rege barang yang dia beli, kat sini elok juga aku bagitau jek. Senang untuk sesiapa nak pergi sana nanti. Boleh la dijadikan benchmark. Puas aih aku baca blog2 orang yang dah pergi ni, sumer tak cakap rege. Paling kuat pun, email me kalau nak tau. Pui! Lain lah kalau barang ori yang rege 5-6 ribu hengget ke. Ni 50 hengget pun takmo reveal. Malu eh? Alahhh kalau tak cakap pun orang tau la, barang ciner. Eh, termengata orang pulak. Nak kata aku tak pandai bargain, dapat rege mahal pun lantak ler. Janji aku rasa rege tu reasonable dengan status imitationnya tu, dah cukup ok dah. Lagipun aku dah tetapkan limit, henbeg takleh lebih rm200. Lebih dari tu dah kira mahal bagi aku, walau pun kat mesia. Tapi jangan lah sedih sebab aku bagi kat orang barang2 yang memurah. Bukan murah, aku yang pandai tawar ok hehehe. Macam FM tu, biasa kat mesia pun 3 seploh hengget, kan. Kat singapore tu ari pun 3 sgd10 lagik. Ni aku dapat 3 lima hengget. Sama je bendanya. Tak ke belian bijak tu namanya? (nak jugak menang).

Jadi, kasut naim tu aku beli dengan harga rm25 sahaja. Comel jek, saiz 28. Sibbaik yayu dah bagitau siap2 saiz tu. Makcik2 ni, nak belikan cucu memasing, main agak2 jer, ikut umur. Selain tu, encik suami pun ada beli kasut gak. Aku jek yang tak sempat beli kasut. Nyesal. Lagi pun tak sempat lor.

Asalnya kasut tu pakcik katering yang beli pada hari ahad lepas. Tajuk timberland kununnya. Dia beli rege rm50 (100 yuan). Kalau ikut kan rege bukak dia, 600 yuan kot. Tak masuk akal langsung. Bila dah tau rege yang pakcik tu beli, semestinya kiter kena lagi bijak, mintak lagi murah, kan? Last2 encik suami dapat rege rm40 (80 yuan) hehehe. Oh, kat sini derang terima jugak duit mesia. Macam femli katering tu, duit yuan sumer dah langsai. So, derang bayar pakai rm jek. Dan kat sini money changer tak tukar duit ringgit. Kalau  nak tukar rmb derang, kena tukar dollar dulu. Tu yang ustaz awal2 bagitau sebelum pergi, tukar duit rmb siap2 atau bawak usd. Tapi TG kami pun boleh tolong sebenarnya. Sesiapa nak tukar dengan dia terus pun boleh jer. Tapi mahal sikit la. Tapi jugak, kiter tak 'rasa' rugi sebab duit derang still murah dari kita.

Lagi, aku beli henbeg polo kat sini. Biasalah, aku, kalau dah suka satu2 barang tu, suka beli dua hehe. Aku beli 2 biji, kaler coklat ngan oren. Oren ok, very the nala. So, yang ceklat tu aku bagi mil. Kat situ kebanyakan kedai ada jual beg tu. Tinggal lagi warna je lah mungkin satu2 kedai tu lain2 yang tinggal. Kedai yang mula2 aku pergi, last dia kasik rm75 (150 yuan). Cam biasa, kalau dia tak bagi rege yang kita nak, sila blah. Kalau dia tarik kita balik tu maknanya dia surrender lah kan. Tapi yang ni tak. So aku cari kedai lain. Pung pang, apa ke nasib derang dapat kastemer yang very tough katanya ni, maka aku pun dapat rege yang aku nak. RM50 jek hehehe. Kalau kat jasko ni kurang rm150 time sale. Yeay! Tempat ni sebenarnya kecik je. So, aku tak sedar lah yang aku lalu balik kedai sebelum tu. Bila dia nampak aku dah beli beg tu, 2 lagik, dia tanya, berapa aku dapat? Bila aku cakap 100 yuan, dia kata dia pun boleh bagi rege tu. Laaa tadi tak cakap. Pastu dia cakap, u broken my heart wakakak. Saper suh kedekut tadi. Tu lah yang aku kata aritu, sebenarnya teknik meletak harga tak masuk akal ni kurang berkesan, terutamanya untuk kastemer malaysia. Or at least untuk aku ekekek.

Baru dapat 2 bijik beg, masa dah habis. Ralat lah juga rasanya. Takde rezeki nak memborong henbeg bebanyak. Sebab lepas ni kami akan ke pasar elektronik pulak, dan petangnya lagi akan ke wangfujing iaitu area high end shopping complex. Macam tak mungkin la aku akan beli tempat2 mahal camtu kan.

Oh lupa. Kami juga ada membeli jersi di sini. Tu yang aku pakai masa tengok bola tu. Tapi belian jersi ni tak berapa memuaskan hati aku sebab encik suami tak tawar habis. Selalu kalau beli kat kelantan pun boleh dapat rm25, kan? Tapi takpe lah. Tu sebagai pengajaran untuk beliau dan aku juga. Jersi tu pun kami dapat rm25 kat sana. Boleh la... Sedapkan ati, masih dikira murah lagi.

Masa menunggu derang yang lain, masing2 duk bertanya rege barang masing2. Agak tak selesa lah bila tau orang lain beli benda yang sama dengan rege yang lebih murah. Aku takde lah. Orang lain. So, aku mengambil jalan tutup telinga saja. Kalau dah beli, jangan compare. Nak compare kalu, sebelum beli takpe. Macam beli kasut tadi la.


Belom bukak lagi. Tapi kat dalam sumer dah bukak la.


Ok, babai yashow market!

Tak sempat pun nak jengah ke sini.

Macam sakit perot jew? Tahan sejuk la...

Next, kami pergi makan dulu. Kedai ni tak pernah kami pergi. Dia terselit sikit. Masa nak masuk tu, ada la penjual jalanan ni menjual apron, alas meja dan beg2 kecik. Nampak cantik. So, masa keluar tu, aku pun membeli 2 keping alas meja (ni untuk mak aku pulak dan aku juga hehe) dan beg kecik2. Alas meja tu rm25 je selai. Beg2 tu pulak 50 yuan untuk 10 biji (ke keping ke helai?) Maknanya rm2.50 je satu. Siap dapat free 2 beg uncang lagi. Aku beli 20 biji dan dapat 4 free beg uncang hehe. Value buy!


Restoran itu. Kat sini lah baru aku jumpa free wifi huhuhu. Ayu, kat sini lah akak whatsapp aritu hehe.

Lepas makan, kami pergi solat di sebuah masjid berhampiran. Masa keluar dari masjid ni, eh, makcik jual beg tadi ada lagi kat sini. Derang naik basikal. Dekat jek.


Pintu masuk masjid itu.

Oh, ok, itu lah nama masjid tu. Nan Dou Ya Mosque.


Kat sini pun ada besi tempat letak kaki. Aku rasa masjid kat mesia pun kena buat cenggini lah.

Eh, gambar yang sama eh?


Masa aku masuk tempat wudhuk, cecepat makcik yang jaga tu bukak kan paip tu sesiap. Nak bagi air panas.



Nampak orang keluar masuk kat tempat ni, bawak plastik. Sebelah masjid. Rupanya2 kedai jual daging halal.

Tabung masjid.

Dalam masjid.


Makcik2 yang gigih mengejar kami. 

Lepas solat, acara soping bersambung lagi. Kali ni kami ke pasar yang menjual gajet2 elektronik. Tak tau lagi nak beli apa. Tapi yayu ada kirim tab ngan galaxy noteII hehe.

Hong Qiao Pearl Market. Derang memang suka taruk nama pearl kat market2 kot?

Market ni kecik je. Gajet2 pun dijual di satu level jek.

So, kat sini, memula aku survey dulu apa benda yang ada kat sini. Biasa la, henfon, kemre, tab dan yang sewaktu dengannya. Tapi selepas aku peratikan, macam takde je jual noteII? Ipong pun ada ipong4 je. 4s tadak. 5 apatah lagi kan. Maka aku pun membuat kesimpulan bahawa derang belum siap mengcopy lagi model2 tepon tersebut. Baru je lagi kan.

So, tak jadik la nak tangkap noteII. Aku lak kengkonon nak sambar ipong kuikuikui. Tapi kalau ipong4 tu macam kecik sangat la pulak, kan. Pastu kami cari tab pulak. Kalau macam menarik, boleh beli untuk aku sekali hihi. Alah, nak buat main2 game je.

Survey punya survey, tersangkut kat satu kedai ni. Ada 2 yang sama tapi tak serupa. Yang satu tu takde cap apa2, lagi murah dari yang satu lagi ni. Yang satu lagi ni ada cap samsunggalaxytabIII katanya. Samsung betul tu pun baru buat tabII, ni dah kuar tabIII lagik. Ko ada? hahaha.

Memula dia taruk rege 1600 yuan. Giler? Kami pun tawar lah habis2an. Bila dia tak bagi, kami pun blah la. Dia kejar uolsss. Ni bukan kedai macam kedai baju tu tau. Dia kaunter macam kedai henfon kiter la. Siap dia lompat dari kaunter lagi nak kejar kami. Kalkulator dia pun jatuh bersepai. Aku rasa dia tau yang aku memang nak beli. Aku pun memang malas nak buang masa lagi, so patahlah balik ke kedai tu. Masa dia nak masuk balik kat kaunter dia, satu tab dia pulak jatuh huhuhu. Pecah gak la skrin nyer tu. Nasib la kan. Pung pang pung pang, akhirnya dapat lah rege rm300 satu. Aku beli 2. Patutnya siap dengan casing biasa. Tapi aku nak yang siap ngan keyboard punya. Senang aku nak menaip entry. Ni, aku taip guna keyboard tu lah ni hehe. So, kena lah tambah rm25 lagi. Malas dah nak bising2. Yayu punya kira free la. Cumanya tab tu takde function telefon. Takleh masuk simkad. Aku pun bukannya pakai line berukband pun kan. Tak kisah la. Janji boleh pakai wifi. Selama kami tawar menawar ni, ustaz pun sama join. Sama2 naik hahaha. Keje gelak je time menawar tu. Tapi dia tak beli, cuma membantu je.

Kendian jenjalan lagi, terjumpa power bank. Aritu dah nak terbeli dah masa pcfair kat dalam uthm. Yang 5,500mAh tu dalam seratus lebih kot. Yang kat sini, jumpa yang 11,200mAh punya. Lagi best! Kami pun tawar lagi. Adui... Bermula dari zero lagi sebab kedai lain. Kali ni ustaz pun berminat nak beli. Biasanya kalau beli lebih dari satu boleh dapat lagi murah kan. Pung pang pung pang (memang macam ni bunyi nyer yea), akhirnya dapat pun rm100 sebijik. Penat betul! Pastu ternampak thumbdrive 1 Terabytes. Rege boleh dapat bawah 100, tapi aku macam tak yakin je benda kecik camtu boleh simpan sampai 1T. Memang lah dia tunjuk bukti (memang betul), tapi macam tak yakin jek? External hard disk aku yang 1T ni pun sikit punya besar dan berat, kan. Tapi tak tau lah kan.

Dah tu, kami pun keluar. Pun kena tunggu derang lagi. Tengok anak pakcik katering tu beli ipong4, rege rm100+ jek hihihi. Berapa lama lah tahan tu agaknya. Dapat 6 bulan pun jadik lah kan.

Lepas tu sepatutnya kami ke wangfujing. Katanya kat sana ada ala2 pasar malam menjual makanan eksotik (lipan dan ulat2an). Selain shopping complex memahal. Tapi menantu makcik kuching usulkan pada TG untuk bawa kami ke pasar yang mula2 kami pergi hari ahad lepas tu. Semua pun setuju. Yeay! Aku masih berpeluang membeli henbeg lagi. Kalau tidak dah sedih dah, tak beli apa2 sob sob sob. Maka, ke pasar lagi lah kiter...

Sebelum sampai tu ada lalu stesen ketapi beijing. Kat sini lah kalo nak naik bullet train ke guangzhou yang baru operasi 30hb dis tu. Eh, kemarin kot? Rasanya bullet train ke shanghai pun ikut sini kot. TG kata, rege tiket train tu sama ngan rege tiket katebang. Mak oi! Tapi takde lah bising macam bunyi katebang. Senyap sunyi jek. Tingin gak nak naik hihi.



Bas tu lalu ku short cut agaknya, lalulah kawasan kedutaan. Jalan duta la ni kiranya.  Tapi tak lalu malaysia punya.

Pejabat kedutaan mana tah.

Ni pon.

Tak nampak lak bendera mana tu. Lantak ler.

Oleh kerana dah pernah pergi, mudah lah sikit nak cari kedai. Remember, sini kedai dengan pintu kaca. Derang boleh2 suh kiter masuk dalam kedai sebab takmo nampak kat cctv yang dia meng'harras' kastemer. Kali ni aku straight je pergi satu kedai. Sebab masa diberi pun singkat jek.

Masuk satu kedai ni, dia tunjuk katalog coach uolsss. Ada katalog ori dan katalog imi. Pilih je mana2 yang ori, nanti dia gi ambik yang imi. Tapi jenuhlah menunggu dia pergi merata cari yang kita nak kat kedai lain. Sudahnya aku cabot je masa dia tengah mencari tu. Kata 2 minit. Ni dah  10 minit tak muncul2

Aku dah mula boring. Kata semua yang ori ada yang imi, tapi bila aku dah pilih, takde pulak. 

Dah tu aku masuk satu lagi kedai. Kali ni aku pilih apa yang ada kat kedai tu jer. Ada pun yang aku berkenan kat kedai tadi tu. So, aku beli je kat sini. Tapi, adoiyaiii susahnya nak mintak kurang. Dia pun merungut2, you're so tough, katanya. Masa nilah bergunanya kepala batu aku ni hehehe. Last2 aku berjaya beli beg laptop berwarna oren (lagi) plus beg coach dengan rege 450 yuan (lebih kurang rm112.50 satu) dan 5 biji henbeg prada dengan rege 70 yuan (rm35) setiap satu. Total sumer 800 yuan. Ngeeeeeeee... Mahal ke murah tu? Kira murah la tu. Salu beli henbeg kat jasko ke, pasific ke paksen ke paling kurang pun seratus. Alah, aku pakai henbeg bukan sebab jenama, tapi sebab design.

Lepas bayar tu, kami terus berlari ke bas. Ya, berlari uolsss sebab dah lambat 20 minit hahaha. Ah, pagi tadi aku dah tunggu derang, apa? Memang tak boleh on time sebab salesgirl itu sama tough dengan aku huhuhu. Ye lah, kalau dah sebijik beg coach tu pada mulanya dia letak rege 1300 yuan, saper nak beli? Aku ikut je tips orang yang dah pernah pergi, tawar sampai 20-30% dari harga yang dia bukak. Tapi aku, mintak sampai 10% hihihi. Ah, lantak la. Bukan jumpa lagi pun, kan. Lagi pun, kalau rugi, takde nya dia jual punya. Sebab derang sumer pekerja, bukan owner kedai tu. Jadi kesimpulannya, jadi lah kepala batu bila membeli belah di pasar beijing hehe.

Kemudian, kami pun pergi makan dan balik hotel. Tapi kami keluar balik. Lepas hantar barang masuk bilik, kami terus terjah kedai yang kami pergi beli kasut bulu itu ari. Saje lah nak habiskan duit rmb ni. Tapi dah lewat kot. Kedai pun banyak dah tutup. Ingat nak beli kasut ke hape, tapi yang bukak cuma kedai baju dan yang tak berkaitan. Maka, cukup sampai di sini je lah rezeki aku di negeri ciner ini.

Sampai bilik, terus kemas2 hasil tangkapan. Rasanya tak banyak sangat pun benda yang aku beli, kalau nak dibandingkan dengan mereka yang lain. Sebab aku soping pada hari terakhir jek. Awal2 tu aku tak pulun pun. Duit pun ada lebih lagi beberapa ratus. Kalau diberi sedikit masa lagi, memang habis kot duit tu.

Kat mana2 nampak tempat ni. Lalu ku datang mendekat nak tau, dia jual apa? Rupanya ejen sewa rumah. Ejen hartanah ke? Entah?

Bergambar di depan hotel pada malam terakhir.


Akhir sekali aku nak ajar cara2 menggunakan aircond kat dalam bilik hotel ni. Tak tau lah sama ke tidak dengan tempat lain. Mungkin sama kot. Ni untuk sesiapa yang ikut pakejandalusia la sebab rasanya dari dulu derang duduk hotel ni je. Bukan apa, aku ada baca blog yang cerita dia tak tau nak adjust ekon ni sehinggakan pada hari pertama dia kesejukan dan pada hari kedua dia kepanasan pulak. Yang lawaknya orang tu sampai bukak pintu fridge sebab panas sangat. Padahal kalo di off kan je ekon tu, dah boleh sejuk dah (semulajadi). Tapi lambat la. Aku pun try and error, tapi satu hari je dah faham hehe. Hopefully pasni tiada lagi yang akan berpeluh2 ketika salji turun di kota beijing ini hihi.

Ok, memula bila masuk bilik, on ekon ni, dia akan display lebih kurang macam ni. Ni ialah suhu semasa.

Dia ada 4 butang seperti di atas. Toksah pikir butang lain kecuali 2 yang tengah tu. Up and Down. Bila kita tekan salah satu daripada butang ni, dia akan display satu nombor. Itu ialah desired temperature. Mungkin yang dibuat orang terdahulu. Jadi, kalau suhu semasa ialah 19 (agak sejuk untuk tidur), kita naik kan lah ke suhu bilik, lebih kurang 24/25 kalau kat mesia (suhu bilik yang kiter guna masa buat eksperimen sains hihi).

Selepas beberapa percubaan, aku selesa dengan suhu 26 ni. Dia ala2 sedang2 macam ekon kat mesia la. Tapi kalau nak sejuk sikit, boleh je turun kan. Aku tak suka sejuk sangat sebab nanti nak mandi laaagi sejuk huhuhu.  Oh, lupa. Kat bawah tu, nampak tak bar dan tanda % kat hujung tu? Haaa katakan tadi suhu semasa ialah 19 kan. Bila kiter dah set 26 contohnya, dia akan balik keluar 19 (26 tu kuar time kiter tekan up and down tu je). So, bar tu menunjukkan dah berapa percent suhu mencapai suhu yang kiter kehendaki iaitu 26 itu. Kalau dah 26 dia akan full bar la, macam kat atas ni. Pendek kata, besok pagi kiter akan tengok suhu semasa ialah 26 dengan full bar. Suhu tu memang lambat sikit nak naik atau turun. Sampai kiter nak tido pun dia baru naik 1-2 jek. So, biar je lah dia buat kerja sesambil kiter tido.

Ok, berguna tak tips ni?

Maka, berakhir lah cuti2 beijing ku. Pasni ada lagi entry kepulangan dan special edition hehe. Ada drama jugak. Tips penuh akan diberi kemudian hari.

tbc...


4 komen:

eita said...

Mcm x caya je thumbdrive 1T.Kalau harddisk caya le.Teknologi flash x sebesar tu lg

AyunasiA said...

tu lah, mcm tak yakin akan kemampuannya. tapi dia test kat pc, mmg 1T.

Hurein said...

Display mmg bc 1T tp bila guna utk save data 1 byte pon xmasuk hahahhaha

AyunasiA said...

hurien: kat mesia pun dgr nya dah mula jual thumbdrive yg display besar, tp sebenar kecik.