*Kisah shah alam lum abis. Beri laluan untuk kisah balik kampung.
Asal balik je ke mersing, aku mesti rasa seperti kembali ke akar, eceh. Kira menjadi diri ku yang dulu. Budak kampung. Walau pun aku anak felda, tapi kampung ku di mersing adalah 'kampung' ku yang sebenar. Lagi pun seperti yang aku selalu katakan, kalau balik eto5, aku panggil balik kota. Kalau balik kampung aku betul2 maksudkan balik mersing.
Seperti biasa, dengan majoriti adik beradik adalah cikgu, cuti sekolah ialah masa untuk berkumpul adik beradik. Masa gi shah alam tu ari FIL ada tanya, abang kakak aku tak balik ker? Aku ala2 sentap gitu sebab aku jawab, tak. Rasa macam, adik beradik tidak bersatu padu jek hahaha. Tetiba masa on the way balik bp, abang tp sms, bagitau derang nak balik kampung minggu depannya. Yeay! Tetiba rasa nak tukar jawapan kepada FIL hahaha.
Plannya, kali ni aku tak balik eto5 sebab hari sabtu derang dah bergerak ke mersing. So, hari sabtu pukul 12 tengahari, kami pun bergerak ke mersing. Singgah makan kat kluang. Selalu ada ternampak kedai nasi beriani dekat satu traffic light. Rupanya kat traffic light yang ada petronas. Lepas sri lalang. Teringat masa mula2 keje kat mersing dulu, masa masih duduk kat bukitperdana, aku singgah petronas tu untuk solat subuh. Tapi lepas pindah ke PR, bertolak lepas subuh pun sempat je sampai sebelum kul 8. Bila difikirkan balik, berani gak aku masa tu ek? Lalu jalan jemaluang lagi. Berani tak berani lah. Sepanjang jalan pasang cd yasin misyari huhuhu. Tu yang jadi hapal cara bacaan beliau tu.
Okeh, makan.
|
Ada telur pindang! Sker! Tapi takde rasa sangat pun. Kenapa susah sangat nak jumpa telur pindang yang betul2 rasa dia eh? Selalu dapat yang indah kabar dari rupa. Macam yang ni, rupa dah cukup haul dah tu. Tapi rasa,... |
|
Kambing! Boleh la tahan. |
|
Sila singgah! |
Dah makan, kami singgah solat di masjid kampung melayu. Cantik kubah dia. Macam baru renovate.
|
Masjid ni atas bukit. Dari jauh dah nampak kubahnya yang kekuningan. Eh, macam sama ngan masjid abdullah faqeh paghit ghaja kot? |
Lepas penjara, hujan turun sikit. Sampai mersing, singgah lagi. Aku nak minum cendol!
|
Sedap nya cendol ni. Tapi 'besar' sangat portion dia. Lenkali order 2 mangkuk sorang yea. |
|
Encik suami order rojak. Nampak sedap jugak, tapi aku adalah kekenyangan lagi. Dekat je kluang-mersing ni. Tak turun lagi nasi beriani tadi. |
Sampai di rumah mak kak ani, derang sumer takde. Abang tp dah pergi sripantai. Yayu dan eita gi bandar soping2 baju. Tak lama tu derang sumer balik dan terus kemas2 nak ke rumah mak long. Kami nak tido rumah maklong malam ni. Maka kami pun ikut sama.
Sampai rumah maklong, duduk sekejap, kami pun terus ke airpapan. Katanya ada pesta layang2.
|
Ramai juga orang. Tak sesuai mandi manda sekarang ni sebab musim tengkujuh kan. Ombak rindu kuat. |
|
Ada la sesikit layang2 yang beso. Katanya kalo malam ada layang2 berlampu (led). |
|
Layang2 abang tp hihihi |
|
Yang ni layang2 berdengung. Boleh dikawal dengan 2 tangan. Boleh lumba2 pusing2. |
|
Ikan dan sotong yang terbang rendah jek. |
|
Encik suami beli layang2 ni. Go bakugan! (ke bagukan?) |
|
Asik jatuh jek encik suami main. Meh bagi aku main pulak. Eh, rupanya aku ada skill main layang2 lah! Skill dah karat la tapi. |
|
Aku dan layang2. Yang asik condong ke kanan. Berat sebelah kot ekor dia. |
|
Seronok jugak main layang2 ni eh? Sayangnya dah nak maghrib. Kena lah balik... |
Besok pagi, sesubuh lagi aku dah kuar mencari sarap. Beli nasi lemak, mee rebus, roti canai dan lempeng kelapa! Waaa sedapnya lempeng kelapa cicah sambal tumis. Nostalgia lagi. Yang bestnya sebab sambal tumis tu sedap. Very the kekampungan. Lepas sarap, kami semua bergerak ke sripantai nak mencari kepah. Semalam derang pergi tu air pasang. So, pergi pepagi ni air surut.
|
Ramainya orang... Lihat jauh nun di sana... |
|
Pesta kepah! Sambil cari kepah, sambil mandi. |
|
Memula aku duduk kat pantai jek. Konon takmo basah sebab tak bawak baju. |
|
Tapi bila memikirkan pengalaman ni bukan dapat selalu. Tah2 ni lah pengalaman seumur hidup. Demi pengalaman, baju basah tidak mengapa! Tengok dari jauh, air paras lutut jek. Spender tak basah kot huhuhu. Tapi aku terlupa bahawa kaki derang lagi panjang dari kaki aku. Tapi, eh, dah terlanjur sampai ni, biarlah spender basah pun, kan? |
|
Abang epet dan encik suami and the apparatus. |
|
Anak2 kepah jek, tapi baaaaaaaaaaaaanyak sangat. Boleh rasa ada kat kaki kiter. |
|
Antara tool yang sesuai ialah cover kipas. Ramai jugak yang guna benda alah ni. Eh, tapi, apa peranan aku di sini? Oleh kerana aku takmo spender basah, so, aku tak boleh la tunduk apatah lagu duduk dalam air ni ha. So, aku jadi tukang pengumpul kepah la. Semorang kasi kepah tu kat aku. Sakit ok tangan aku. Berat kot. |
|
Budak2 ar yang paling seronok. Sambil menyelam, kutip kepah. |
|
Rafiq yang ambik kepah abang dia, pastu buat2 macam dia yang jumpa. |
|
Gigih makcik2 ni kutip kepah. Pasni seminggu lah lauk kepah. |
|
Puratanya saiz kerang. Tapi isinya comel jek. Kalau guna cover kipas ni, kita boleh wat grading sekali. Yang kecik sangat kiter kasi lah dia besar sikit dulu. |
|
Cuaca pun elok, redup jek. Sekali sekala gerimis. |
|
Amin with his kepah. |
|
Raba2 boleh, nak sauk guna bakul pun boleh. |
|
Semakin ramai. |
|
Okeh, ambik giliran jaga barang. Kasi chance kat orang lain pulak menimba pengalaman. |
|
Tengah tengok derang ni mengangkat seplastik beras kepah, tetiba, opsss. Terlepas. Tu derang tengah kutip balik la tu. Sibbaik dah sampai kawasan berpasir. |
|
Pukul 12 tengahari, kami pun balik. Budak2 sila beratur. Bilas. |
Balik tu, kami terus masak kepah ni. Banyak giler. Aku pun ada bawak balik sikit. Dah masak malam tadi. Lebih kurang pukul 4.30 petang, kami semua bertolak pulang. Abang tp hantar yayu ke kuantan. Aku singgah beli keropok lekor kat depan sekolah arab. Sampai kluang, singgah ekonsave. Eh, ada k4 nak bukak kat kluang lah! Boleh pulak dia bukak betul2 kat sebelah ekonsave.
Sampai rumah pukul 7.30 malam. Ingat bola start 8.45. Sekali bukak tv kul 8.30, dah nak habis first half pun. Tapi sempat la tengok matyo gol kan.
Dah.