Pelik nyer rasa biler tak update beberapa hari. Weekend tu lain lah. Memang takde line. 2-3 hari ni hidup ku huru hara semula. Huru hara at opis jek. Aku ni asik huru hara jek ek? Macamana aku tak huru hara, bos kecik dah jadik ex bos kecik. Bos kecik baru masih blur. Biler kedua-dua nih takde, gi kursus, aku lah yang kena. Tapi biasalah tu kan. Sekurang2 nya aku dah belajar banyak perkara. Lain kali, kalo aku berada di tempat diorang, takde lah aku blur lagi. Begini lah nasib menjadi rakyat biasa yang tiba2 boleh jadik wakil rakyat. Hehehe apa yang aku mengarut ni tah.
Errr takde mende aku nak update benonya. Petang nih adik ipar ituh nak datang untuk settlekan urusan rumah sewa dan ppd esok. Pastuh dia balik la esok. Hopefully takde siapa yang akan mempertikaikan. Kalau ada pon, ada aku kisah? huhuhuhu
Okeh, itu ajer setakat nih. Sebelum tu aku nak tayang koleksi ku ini. Baru 2 tahun nyer koleksi nih. Kot sampai pencen nanti, tak tau lah beso mana lemari aku nanti. Selain ini, aku ada satu lagi hobi mengumpul. Nanti aku bongkar stor tuh carik benda alah tuh. Tak kisah la kalau hobi aku nih cikai ke apa kan. Orang kumpul botong minyak wangi mahal2 kan? Ala... at least aku ada jugak. Ko ada? Huh paranoid ke aku nih? Aiman tak kisah.
p/s psssssstttt aku nyampah la cara bercakap marlia dalam spakiu tuh. mesti ker cakap ngan slang gitu? ker aku jeles sebab tak geti speaking london cam dia ek?
Thursday, 22 January 2009
Update lah Sikit, Daripada Takde...
Hasil karya AyunasiA pada 3:43 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment