Gathering kami telah berjalan dengan jayanya pada hari sabtu hingga isnin yang lepas. Memang fenat ya ampun la kan. Kondisi rumah telah kembali ke asal. Lepas sumer orang balik, kami terus mengemas. Tak tunggu2. Dah siap sumer, terus terbongkang.
Jumaat, 23 Januari 2009
Balik kerja, abang terus beli ayam 2 ekor. Aku lak, masuk rumah terus menyingsing lengan. Abang cuci ayam, aku lak siang bahan2. Settle sumer dah kul 9pm lebey. Ada raje lawak pulak. Sungguh tak best ar minggu nih. Tapi tengok sampai abis gak. Abis raja lawak baru kami gerak. Singgah makan pulak. Kali ni lalu hiway.
Sampai at5 dah kul 1.30am. Terus je titon.
Sabtu, 24 Januari 2009
Pagi lagi kami dah bangun. Lepas sarapan lontong yang abah beli, kami pon bersiap2 nak bertolak. Prung prang preng prong, kami bergerak lebih kurang kul 9.30am. Singgah beli pasu dan pokok bunga kertas kat kota. Lalu Kluang pulak. Dekat nak sampai parit raja, singgah lunch nasi ayam. Tapau sket untuk yayu ngan abang epet.
Tak lama kami sampai, yayu ngan abang epet pon sampai. Petang sket baru abang tp, kak uni ngan ita sampai. Malam tu, lelaki2 membakar, pempuan2 menggoreng. Sedap jugak ayam yang aku perap tuh. Ngeeeeeee... Tido lewat malam nih. Angin kuat. Kalau tido kat luar ni memang best, tapi banyak nyamuk la pulak.
Ahad, 24 Januari 2009
Pagi sarapan nasi goreng ngan jemput2. Pas sarap, terus masak lunch, tomyam campur. Best arrrr kul 12pm dah siap sumer. Kul 3pm, kami kuar gi cari bahan untuk makan malam nih. Balik tuh, terus bersiap pegi umah mak iti. Mak iti is adik abah. O ala... dekat bebeno rupanya umah dia dari umah aku nih. Tak sampai setengah jam. Tempat keje aku pon lagi jauh. Umah dia kat punggur darat. Short cut ikut rejo sari, dah sampai. Pegi tu ada urusan sket. Sempat gak dihidangkan mee apa tah. Aku kasi nama mee goreng berkuah je lah. Pastu jumpa pokok cengkih. Jakun tul. Siap ambik gambo lagi. Kul 6pm lebih, kami pon balik.
Sampai umah, terus aku membuat sos seamboat. Lepas maghrib, kami pon mula makan besar. Hehehe memang macam makan besar orang ciner jek. Makan steamboat. Nyum nyum dah tak payah gi johny's dah pasnih hihihi.
Lepas makan2, kak uni pulak nak balik. Lepas derang balik, kami pon susun barisan la apa lagi. Ermmm memang fully occupied ler umah aku harituh. Dapo je yang takde orang. Nampaknya kena beri prioriti pada projek loteng dulu lah. Tokleh beli dining table lagik. Kang orang datang, nak sumbat katner? Aku ni, beli kete pon pikir orang yang nak naik, beli rumah pon pikir orang yang nak datang. Kalo ikut hati, takde maknanya aku beli AH tuh. Baik aku sambar city ke, civic ker. Takpe lah. At least biler tiba masa ramai orang, kuar gak ayat ni
...sibbaik ada kete AH ni, leh isi ramai2.
Sedap gak ati aku. Yelah, aku duk kulu kilir bawak badan AH yang kosong tu 60km sehari. Gunanya, masa2 macam nih lah kan. Tah apa aku mengarut nih.
Sama macam rumah jugak. Kalau ikut kan kami berdua ni, boleh je penuhkan semua dengan perabot. Korang datang, tido je bawah kusi ke, bawah meja ke, dalam kabinet dapo ker. Tapi idak ler aku sekejam itu kan. Walaupun aku tak sediakan katil yang empuk setiap orang sebab tak muat, tapi takde lah yang sampai tido tak beralas toto, kan? Lagi nak komplen aku asik beli toto jek. Hehehe selimut je belum abis beli. Aku assume rumah aku panas, tu yang tak perlu selimut hehehe. So, target projek loteng ialah sebelum raya kot.
Okeh, abis part tuh.
Isnin 25 Januari 2009
Hari ni tuan rumah buat perangai. Aku bangun lambat! Ngeh ngeh ngeh. Sibbaik adik beradik jek hihihi. Tengkiu kepada kakak2 ipar ku yang sudi menjadi chef :). Tak lama lepas sarap, derang pon mula bersiap nak balik. Memula sekali ita, pastu abang epet, pastu abang tp. Last sekali yang paling jauh, yayu. Jauh sangat la kuantan tu pon.
Siap berkemas, dah kul 3pm gitu, abang ajak kuar gi bpmol. Tapi, lepas je makan, abang pon terus tertido. Aku pon, dah tengok tu, join la sekali. Bangun2 dah kul 5pm. Hahaha yang best nyer, lepas asar, kami pon kuar.
Memula gi summit. Lepas solat, gi makan kat seri kenangan. Sajer je nostalgia kan? Pas makan baru gi bpmol. Hati nak jenjalan soping, tapi penat nyer!!! Huhuhu kamek terlupa. Ingat iron lady, ropanya lembik.
Apakah akibat kepada tidak cukup tido dan penat ituh? Ya... badan aku dah panas, otot2 dah sakit, pergerakan semakin slow dan otak pon ada block sket. Simptom2 demam kekdahnya. Esok nak mc lor. Patutnya sekarang lagi aku dah gi klinik, tapi banyak tanggungjawab kena settle lor. Takpe, petang nih aku gi klinik nur okeh? Kalo malam, kul 9 baru dia start operasi. Sempat ar gigil2 aku ni kang. Huaaaaaa! Tak nak demam!
Wednesday, 28 January 2009
Kehadiran = 26 Orang
Hasil karya AyunasiA pada 11:39 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment