Friday, 16 January 2009

Lentera Timoor

Lepas bunga lantana, jumpa pulak dengan satu lagi perkataan eksotik melayu. Hehe bagi orang lain tak eksotik la kot. Aku je rasa perkataan yang jarang guna ni eksotik. Lentera ni kira macam lampu la kan.

Tengahari tadik kengkonon aku nak gi duplicate kunci. Pindah bilik, kena la tukar kunci kan. Derang cakap, kedai kunci terdekat is kat bus stand. Alerrr situ kawasan parking berkupon kan. Sekejap je pon buat kunci tu. Membazir je kalo gores kupon tuh. So aku pergi k4 je lah, parking free. Lagi pon aku ada agenda lain kat sana.

Sampai k4, aku pon terus la gi kaunter khidmat pelanggan. Aritu aku pegi tapi takde nombor kad mesra. Kali ni aku dah carik dalam email, baru lah boleh mintak kad. Benonya kad mesra realrewod aku tertinggal kat kaunter k4. Dah seminggu, masa kat kelantan nak isi minyak baru aku perasan takde. Huhahuha, ada pon kad aku. Banyak gak kad orang lain yang dalam tupperware dia tuh. Masa dia nak carik tu aku cakap la, kad aku jenis kad mesra real rewod. Dia cakap, realrewod ke mesra? Aku jawab lah yang sama. Eeeeee hangin pulak minah tuh. Ye lah, kalo dia carik dalam kumpulan kad kaler merah tu, komfem lah tak jumpa. Mestilah kena carik dalam kumpulan kad kaler oren tuh kan. Ok, takpe, ari Jumaat, aku maafkan.

Dah dapat kad, baru lah aku pegi kedai hardware untuk duplicate. Mahal singgit kalo kunci soleks ori tu ek. Kalo coleks tu 3 hengget je. Pastu ternampak pulak kayu 1 x 1/2 inci. Terus beli 2 batang. Ada projek sket. Best nyer.

Dah settle kat situ, aku masuk k4 lagi. Susah betul nak carik kedai kaset/cd kat bp nih tau. Kalo ada pon, kedai ca ya alip nun, cd pon cd bahasa dia jek. Tetiba terselit la pulak album ni kat dalam k4 tuh. Hehehe terus beli. Dulu beli album dia yang lepas pon kat k4. Subang Jaya. Yang sebelumnya lagi kat k4 gak. JB. Murah singgit dari biasa. Dah tu, terbeli la benda2 lain.

Kellasss cover album makcik nih

Cantik2 gambar dalam buku lirik dia

Balik tu masuk kete je, terus bukak cd nih. Ermmm ok gak. Jenis2 lagu dia dulu2 jugak. Banyak unsur lagu ciner. Pastu ada pulak yang kuar perkataan 'insya Allah' dalam lagu tuh. Lagu joget pon ada bunyik2 lagu lama dia.

Now, nak ulang 10x dulu. Lama2 suka la tu.

0 komen: