Sambung lagi kisah dilema. Selagi tak berlaku, hidup aku tak tenteram. Setakat ni belum ada apa2 perkembangan lagi. So, memang la lega sikit. Tapi 'ketidak ada perkembangan' itu juga yang merungsingkan aku. Setakat ni, pempuan2 yang aku tanya, kebanyakannya sekepala ngan aku. Yang senyap je tu mungkin tak setuju kot. Tapi, at least aku ada sokongan. Dan ia juga bermakna, aku bukan manusia pelik. Ada jugak orang lain yang kisah dalam perkara begini. Persoalannya, siapa yang lebih baik? Yang kisah ke yang tak kisah? Sukati la. Tak perlu menilai perkara sebegini.
Pertamanya, dia masih lum ada ura2 nak mencari rumah sewa sebelum masuk keje. Kalau dikira2, ada la lebih kurang 7 minggu lagi. Kalau dia ada ura2, mesti dia ada datang hujung minggu ke, survey2 rumah ke kan. Ni, jangan kan survey, pendirian aku pon dia tak tau. Huaaaaaaaaaaaaa! Sebabnya? Sebabnya abang tak bagitau dia lah. Takkan aku yang nak telefon dia, bagitau, ko takleh duk umah aku. Aku tak suka. You're not welcome. Bukan adik aku. Masaklahnya sekarang, pendirian aku tak sama ngan pendirian abang! Maknanya, walau macamana pun aku provok, abang tetap dengan point 'tolong menolong' dia tuh. Siap boleh masuk point 'anti sosial' lagik tuh. Apa kaitannya entah?
Oleh kerana tiada persefahaman dalam hal ini, timbul la masalah lain. Asal aku sebut je pasal nih, abang pun hangin la satu badan. See! Belum pon orang tu duduk sini lagi. Masaklah nya lagi, aku dah tetap duduk kat sini. Dulu aku salu takde. Balik rumah pon weekend je. Kalo ada adik beradik kat rumah time weekdays, aku lagi suka. Boleh tengok2 kan abang dan berjaga2 ngan makcik gedik tuh. Dalam pada percaya tu, aku still berprasangka jugak sikit2. Camne aku tak prasangka, sampai sekarang ni, kami dah pindah, pun dia masih calling2, smsing2. Nyampah tak? Abang tu boleh2 takmo tukar nombor telefon. Sikit pon takmo fikir perasaan aku tiap kali tengok nombor makcik2 tu sms or call. Kalo dia fikir, mesti masa aku ngamuk2 aritu dia dah beli sim kad baru kan? Hah, dah masuk bab makcik pulak. Tak abis2 dugaan dalam rumahtangga aku. Tak satu pun yang dah settle. Aku je buat2 lupa. Bila teringat balik, hah, ngamuk lagi. Aku ni asik nak mengamuk je ek? Ada batu besar duduk itu kapla dalam.
Kedua, biras aku lum mintak keje kat sini. Maknanya ambik masa jugak la sementara nak tunggu dia pindah bp. Tapi kalo dia tak pindah pon, tapi laki dia tak duduk dengan aku, aku pon no hal. Lantak la korang. Janji, tak kacau hidup aku. Tapi, derang baru je pindah ke rumah pak sedara dia yang sewanya sangat la murah kat kulai jugak. Nampak macam lambat je dia nak pindah bp.
Ok, macamana kalo dia akan cakap, anggap je aku takde, buat macam biasa. Dei, kalo ko gi keje kul 6am, balik keje kul 12am, boleh la aku anggap ko takde. Tapi dengan opis yang 5 minit je dari rumah, tak mungkin lah kan.
Ok, macamana kalo dia cakap, ko tak yah masak2 untuk aku (aku ngan dia beza setahun je ok, memang dia bahasakan diri aku-kau je ngan aku). Ni bukan masaklah masak sangat la. Takde bezanya masak untuk 2 orang ngan 3 orang.
Ermmm sekarang ni, aku menghitung hari dengan penuh debaran. Aku tahu aku takkan cari pasal atau gaduh ngan dia. Cuma hati aku tak tenteram je lah. Paling teruk pon, aku tarik muka je ngan dia. Dilema aku sekarang bukan dengan dia, tapi dengan suami ku itu lorrrrrrrrrrrrrrrrrr. Camno????????????????????????????????????
p/s Siapa yang menolak. Siapa yang kena beransur?
Thursday, 8 January 2009
Dilema II
Hasil karya AyunasiA pada 12:00 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment