Tuesday, 6 January 2009

Cuti Cuti Mesia 2008 Part Three

29hb Disember 2008

Tahun baru disambut di kt. Seperti pagi pertama di kb, sekali lagi kami dapat surat cinta. Dah, parking hotel penuh, kami parking la kat luar. Apa la kt ni, cuti2 kena bayar parking. Tah pape la. Lepas sarap, kami terus keluar ke pasar payang. Kali ni beli saprah jek. Susah no nak jumpa saprah kat kb. Kat kt ni berlambak. Kendian jenjalan kat tempat baru tu, apa ke tah nama dia. Kedai ni mesti sewa mahal. Kalo beli barang pun mesti mahal jugak ek.

Kendian, kul 12pm, kami pon check out. Terus lah kami mencari masjid kristal. Dari srimesia tu, terusssssssssssss jek. Sampai la situ. O alaaa aku ingat besor beno la masjid tuh. Beso lagi surau edtec ni kot. Tapi memang saiz surau je lah. Dari luar je nampak besar sebab kubah dia tuh. Ambik2 gambo sket. Sempat la zuhur kat situ.

Kalau surau ni kira mewah ler chandelier ni kan. Tapi kerana masjid, kira ok la

Mimbar masjid kristal

Divider dalam masjid

Agaknya refleksi kubah tu yang orang nampak rupa syaiton tuh...

Hujan jek, gambo pon ngan payung

Sebelum balik. Yang belah kiri tu toilet dan tempat wuduk. Jauh nyer...

Pastu patah balik ke taman tamadun islam. Tengok2, masuk kena bayo seploh hengget. Kengkonon dia tulis doploh hengget, pastu dia potong, tulis seploh hengget pulak. Saje nak tunjuk dah turun rege la kot. Benda kalo dah lebih seploh hengget (x 2 = 20), kira mahal la kan. Baik la aku ambik gambo dari luar je sementara pokok dia lum tinggi nih.

Masjid sulaiman di turki. Tau sebab baru je tengok citer The Net 2.0, ada masjid nih

Antara yang menangkap mata

Nampak detail je kubah tu

Cantik dan comel

Kendian kami menuju ke gerai keropok losong pulak. Beli la sikit buat ada2. Pastu terus blah.

Memula cari makan dulu. Makan kat tepi jalan dan tepi pantai. Area dekat2 marang. Sejuk jek duk makan kat situh. Lepas makan, terus je blah.

Sampai dungun, lalu rumah sewa aku dulu. Macam dah takde orang jek. Tapi masih sama macam dulu, ampai nya, peti surat nya, rumput panjangnyer pon sama hihihi.



Sebelum tu lalu kat surau. Dah turun dah surau tu. Dulu tinggi, sekarang dah paras tanah.


Kendian lalu jalan pantai, nak ke uitm. Nampak kete ni. Masih sama.


Kendian singgah minum kat warung. Minum air jagung ngan makan sotong. Perut masih kenyang, tapi demi nak nostalgia, telan lah jugak. Ramai jugak orang cuti2 gini.


Sekali lagi gambo warong kegemaran ku. Kalo la aku datang hari biasa, komfem aku singgah makan

Pastu masuk uitm pulak. Ermmm banyak jugak perubahan. Masjid tengah renovate, pindah sementara kat surau kolej tenggol. Blok karah dah diruntuhkan, sedang dibina bangunan baru. Kolej perhentian pon ada extention. Pokok tepi jalan depan ofis admin dah tebang dan tanah pon ditambak kat situ. Dulu derang kata nak wat parking lot, baru sekarang kot dia nak buat. Rumah tamu dah diberi nama tasik inn. Dah cantik sikit kot. Dulu dia renovate jugak. Ofis admin dah jadi bilik gerakan exam. Pindah ke bangunan blok sebelah kot. Ofis hea pon dah pindah. Belah2 depan sana, kat hep aku tak tengok pulak. Jalan nak ke fakulti engine pon dah ada susur gajah. Time tu tengah minggu orientasi kot. Ramai budak kat padang. Gate belakang tutup pulak. Tapi kat luar dia, tempat warung tu tengah buat taman rekreasi.

Dah tak panas dan ditimpa hujan lagi. Kalo malas gi kelas jugak ni, tak tau la

Fakulti letrik sedang di renovasi

Padang depan fakulti letrik. Salu malam mpg peringkat fakulti dibuat di sini

Dulu ni opis hea

Bilik aku dulu yang ada balkoni kanan atas sekali tuh

Library yang tak pernah aku masuk. Patut ker?

Babai... jumpa lagi!

Lepas abis nostalgia, kami pon teruskan lagi perjalanan. Singgah geliga lagi, beli satar yang sama. Sampai rumah yayu, lebih kurang kul 7pm.

to be continued...

0 komen: