Gencatan suara yang aku jalankan telah membuahkan sedikit hasil. Bukan senang orang yang tak bisu nak jadi bisu. Apatah lagi dengan suami sendiri. Hari kerja boleh la lagi. Jumpa belah malam jek. Kalo weekend camne pulak? Takkan gi shopping takde suara kan? Takkan dalam kete nak diam je biler dia brake emergency atau memandu dalam keadaan merbahaya? Takkan nak guna bahasa isyarat pulak kan? Maka sempat 2 hari setengah je lah gencatan suara tuh. Tu pun punya la seksa ya ampun.
Perkembangan baik, adik ipar ku itu akan datang pada cuti raya ciner ni untuk carik rumah sewa. Key factor kepada perkara tersebut ialah '3 soalan maut'. Aku suh abang tanya soalan2 ni kat dia. Kira macam berkias2 sket ar. Kalo tak paham tu tak tau lah kan. Soalan2 tersebut ialah
1. "Kau nak aku carikan rumah sewa ker kau nak carik sendiri?"
2. "Berapa sewa rumah yang ko boleh?"
3. "Kau nak carik rumah sewa kelamin ke rumah bujang?"
Dan semalam dia cakap nak datang. Plus, wife dia nak register ngan ppd untuk jadik guru sandaran. Puh puh mintak2 senang la nak carik rumah sewa. Sesaper ada rumah untuk disewa sekitar parit raja sila bagitau ek. Desperate! Tarikh lapor diri pon dah dicepatkan kepada 2hb feb. Maknanya dari cuti raya ciner tu aku rasa dia terus cuti kot. Alamak? Ok takper. Kalo seminggu tu kita anggap 'tetamu'. Ok, part tu dah lega. Tapi ada masaklah sket.
Cuti raya ciner tu kitorang plan nak to gether2 femli aku kat rumah aku. Heeeeee camne tuh?
Jiran
Allah swt tu Maha Mendengar kan? Baru je aku cite pasal nak tegur jiran kan. Ari Sabtu tu, terus Tuhan bagi jalan. Sebelum tu nak cerita dulu pasal hari Sabtu.
Sabtu lepas aku bertugas untuk aktiviti ldk budak2 baru. Macam gi keje biasa, kul 8am aku dah terpacak kat sana. Tengahari, lepas makan, aku pon balik. Sampai2 je, abang ajak gi kluang. Saje nak tengok kluangmol. Lepas zuhur, kami pon pergi. Ermmm tak menarik sangat. Pasifik dia 2 tingkat jek. Kedai pon lum banyak yang bukak. Lepas tengok pertandingan makan limau mandarin, kami pon balik. Sempat ler beli 6 ketol epal besar. Setakat 18 ketul yang aku dah try, aku rasa duren2 jek yang aku suka. Nyum nyum.
Sampai parit raje, singgah rumah dulu nak solat asar. Sampai kat rumah tu, jumpa jiran sebelah ni. Dia beritau, wife dia eksiden ngan anak. Jadi, aku ada sebab untuk menegur jiran ku hehe. Pastu kami keluar semula. Memula gi edtec dulu, kendian gi warehouse sale kat taman wawasan. Sebenonya aku dah gi ngan kengkawan ari khamis arituh. Aku beli tali pinggang. Ni baru nak ajak abang. Tapi tak beli e'apa pon. Banyak baju saiz L ngan XL jek.
Kendian kami terus ke summit. Renew storekad dulu. Huhahuha ada la sikit hasil kat situ. Lepas maghrib, pegi makan kat sup sitam. Terjumpa pulak dengan ex opismate, duk sebelah meja. Lerrr jauh2 aku pindah, jumpa plak mamat tu kat sup sitam batu pahat. Lepas makan, pegi bpmoll la macam biasa.
Kat sini matlamat nya nak cari beg. Nak beli yang besar sket. Yang sekarang punyer tu sehsuai untuk sorang. Kalo berdua dah kena bawak 2 beg pulak. So, beli yang saiz sedang, 25 liter. Budak promoter tu pon pening melayan kitorang. Sumer roda dia cakap bagus. Kami pulak beli beg memang tengok tayar dulu. Sebab ada pengalaman beli beg murah, roda pon dah tercabut. Pastu ada beg sama design, tapi salah satu mahal rm50. Sebab apa? Sebab lock dia ada extra lock untuk dalam flight kot. Pastu, ada yang luar cantik, dalam nyer kureng. Dah dalam cantik, luar pulak so so jek. Last2 beli kaler yang lebih kurang yang lama. Sedondon.
Hari sabtu tu kan, aku rasa 99% dalam bpmol tu ialah cainis. Terasa macam berada di negeri cina pulak. Hehehe macam pernah pegi. Pulak tu, datang bawak mak bapak atuk nenek lagik. Masa ni lah baru nampak apek2 dan nyonya2 tuh. Ada yang jaga cucu, ada yang duduk je di sudut kedai kepenatan. Raya derang kan. Kiter ni tumpang sekaki jualan murah jek. Walo pon takde la murah pon. Seronok je meriah2 gitu. Weekend ni harus pasifik tak tutup sehari suntuk tuh. Derang memang suka wat gitu sejak tahun lepas.
Hari ahad balas dendam tido. Tengahari takyah masak sebab ada kenduri kat belakang rumah. Balik dari kenduri ingat nak gi spital. Sekali tengok jiran tu dah balik. Senang keje aku. Kiter terjah je lah rumah dia. Ooo anak dia je yang kena tahan, mak budak tu luka sikit je kat dahi. Anak dia pon takde la cedera sangat. Calar2 sikit je kat muka. Terkejut je lah tu. Tapi anak dia tercampak atas dashboard tau. Siap cermin depan pecah lagi. Tapi cermin tu pecah bukan sebab anak dia la.
Malam tadik layan resepsi mawikin. Lagu acapela tu tak salah. Kira pandai cover gak budak2 nih. Yang jadi pelik tu biler idayu tu wat whistling tu. Oi oi apa jerit2 kat kenduri kawin orang neh? Huhu tak sehsuai betol la.
Monday, 12 January 2009
Gencatan Suara
Hasil karya AyunasiA pada 9:45 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment