27hb Disember 2008
Pagi kami gi sarap kat psk. Aku makan mihun sup, abang makan mee goreng. Manis sungguh mee ituh. Lepas makan, pusing2 lebih kurang, kendian terus ke pengkalan kubor. Ramai orang, parking kat luar jek. Nanti lalu kastam jalan kaki lor. Kat sini aku beli top up pinggan korel aku. Nyesal lak beli sket jek. Tapi takpe la. Tahun depan beli kat langkawi plak. Carik yang kak ngah kirim, takde plak. Design tuh dah tak kuar kot. Atau terlampau laris sampai habis stok. Survey rege mangkuk apa ke nama nyer tah lupa pulak (yang macam periuk tuh... eh, memang periuk pon), yang sedondon design ngan pinggan tuh, rm499. Derang cakap, mana2 duty free pon sama je rege nyer. Ok, tahun depan plak. Apa lagi yang aku beli ek? Toto ngan pakacawan kot. Ooo ngan mangkuk apa tah tak tau nama. Sesuai kalo buat triffle. Pastu beli sudu sket.
Selesai sumer, kami pon melenggang kangkung kuar ngan 2 bijik toto dan seplastik mangkuk. Orang kastam tanya, apa tu? Mangkuk. Ok. Dia tak mintak tax pon hehehe. Selesai kat situ, kami pon balik. Pegi kbmall yang kembo ngan bpmall tu pulak. Jalan punya la jauh, makan kat keyefsi jek? Errr aku tak tau la nak makan apa kat sini. Kalo setakat nasi goreng paprik, kat mana2 pon ada. Nasi kerabu? Ermmm tak gemor la. Selesai makan, kami pon balik.
Belah malam, kami kuar ke wakaf che yeh pulak. Banyak bangunan baru sekeliling dia. Masa aku sampai tu baru nak bukak. So, kami makan la dulu. Abis makan, baru jalan sikit, mata dah ngantuk. Penat nyer jalan. Akhirnya, cuma dapat selai blouse ngan kain batik. Tengok tudung, dah banyak sangat, jadik tak best pulak. Balik hotel terus tido.
28hb Disember 2008
Pagi ni kuar awal sket. Semalam dah dapat satu surat cinta. Kali ni sarap kat restoran kat bawah hotel jek. Oh, kami duk hotel cikai je. Tu pasal takde brekfes. Hotel yang sama kami duduk kira2 2 tahun lalu. Lepas sarapan, terus la aku terjah psk. Datang pagi2 leh tawar banyak. Pusing punya pusing, last2 pegi kedai yang dulu salu pegi jugak. Ingat lagi makcik tuh kat kami. Dapat la rege dulu. Sekarang, anak makcik tu dah kawin dan dia serahkan kedai lagi satu kat anak dia. Laki dia pon ada kedai jugak kat situh.
Settle kat situ, dah tengahari. Lepas check out, kami makan dulu. Pegi sini mesti makan udang galah. Murah pulak kali nih. Kemudian, kami terus ke pengkalan kubor. Aik? Betul, kami gi sana lagi sebab aku nyer mangkuk tu ada sompek, tak perasan semalam. Huh! Marah la bang. I redha. Sekejap jek kat situ, dapat tukar, settle la. Hujan dah mula hari ni. Selesai kat situ, kami gi rantau panjang pulak. Jammed lah juga kat dalam tuh. Hujan pulak. Patut la banjir kat situ arituh. Hujan sikit pon air dah bertakung dalam 'rumah sesat' tu. Memang macam rumah sesat pon pasar tuh. Kat sini beli baju2 jek. Kedai tutup kul 6pm, kami pon keluar. Memang tak jumpa la pinggan kak ngah. Tak tau la, kat langkawi ada kot.
Dari situ, kami terus bergerak balik menuju ke kuala terengganu. Lalu jalan baru, ikut peta. Ok jugak la aku dalam membaca peta nih. Kami lalu pasir mah, mache (lalu uitm jugak) dan kuar kat setiu kot. Jalan persekutuan laluan 4. On the way, 2 kali kami berenti kat tepi jalan. Sekali baca doa akhir tahun, lagi sekali doa awal tahun. Sepanjang jalan, hujan. Kira satu harini hujan je lah. Rupanya nak mula banjir semula.
Singgah makan kat setiu. Kat mana tah, permaisuri kot. Sampai kt dah kul 10 lebih. Kebanyakan hotel cikai, penuh. Yang kosong cuma hotel sederhana dan cikai abis. Tengok katil pon macam tempat projek jek huhuhu (ya, derang suh gi tengok dulu sebelum check in). Memula gi serimesia. Peak rate dia dah nak sama ngan 2 malam kami kat kb. Sebelah dia ada felda residence. Manyak best ooo kalo duk hotel baru nih. Sokong ar produk felda. Untung2 dividen tahun depan 20% wahahaha. Rate ngadap bandar, rm166.50, ngadap laut rm19+. Errr sejak dah keje nih, jarang beno duk hotel bajet2 nih. Pernah ke? Paling bajet pon serimesia. Oleh kerana dah 2 malam tido bilik kecik, kami cuba la pulak serimesia. Tak berbaloi nak duk mahal2 sebab dah tengah malam. Kalo masuk siang2 ok lah jugak.
to be continued...
Monday, 5 January 2009
Cuti Cuti Mesia 2008 Part Two
Hasil karya AyunasiA pada 4:23 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment