Aku rasa la kan, kalo cikgu pendidikan seni aku time darjah 6 tengok la benda ni kat rumah aku, mesti dia nangis terharu punyer lah. Sebab apa tau? Sebab aku sungguh tak berseni lorrr. Bukan takat tak berseni, kerja seni pon aku tak buat. Alerrr kan aku pernah citer, aku kena 'jotos' dan menjotos sebab tak buat kerja seni sebab aku cuti eksiden jatuh basikal dulu. Banyak plak tuh, mana aku mampu nak buat. Sampai aku terpaksa ponteng setiap hari isnin untuk mengelak daripada masuk kelas pendidikan seni. Akibatnya, aku banyak ketinggalan dalam pelajaran. Padan muka aku. Kerana seni, huru hara hidup ku ketika itu. Sebab tu aku ingat benda ni sampai bila2.
Hehehe walau pon benda alah kat atas ni bukan lah kerja yang memerlukan tangan berseni, tapi kira masuk kategori seni hiasan dalaman jugak lah kan. Okeh, itu jek. Banyak kerije.
Chow cin cau bandung!
Friday, 23 January 2009
Pendidikan Seni
Hasil karya AyunasiA pada 11:59 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment