Ewah ewah... abang dah pandai clubbing nampak. Tapi clubbing cara kampung je la. Sabtu lepas, derang yang lelaki ni pakat2 kumpul duit buat bbq kat pondok jaga derang tuh. Dari Jumaat malam lagi derang dah standby kan tong deram untuk membakar tu nanti. Kemain lagik. Tak ajak orang, tapi suh orang buat air.
Hari Sabtu, sebelum tengahari, kami keluar ke bp. Pengap je aku rasa duk rumah cuti2 nih. Ewahhh aritu konon tak tahan duk rumah sebab panas. Takde la... aritu kan aku dah pegi shopping traditionally. Shopping batik, tudung, mangkuk segala bagai kan. Ni nak gi shopping moden la pulak.
Memula gi k4 dulu sebab nak beli minyak masak yang kononnya seblas hengget tuh. Sampai2, non ado kekdahnya. Dah abes lorrr. Pusing2 lebih kurang, terus la kuar. Pegi bpmol la pulak. Ermmm pasni nak try gi keluangmol pulak. Dah bukak dengar nya. Boleh la orang bp makan epal beso pasnih ek. Aku ni kalo gi keluang ni satu je lah masaklah nya. Biasa la... nostalgia gitu.
Memula makan p dulu. Dah kenyang baru masuk pasifik. Ada pkad sale la pulak. Tapi benda yang aku beli takde kena mengena ngan pkad pon. Beli baju ngan suar keje abang, suar dan kasut aku jer. Sebelum balik, haus pulak. Ngengada. Macam la kat bpmol tu takde air nak dibeli. Nak jugak air tahu pasar malam. So, patah balik ke pasar malam pesta. Beli sikit makan malam untuk aku. Kan abang ada bbq malam ni. Pas tu terus balik.
E'eh, siaran axnbeyond tu ada cite xfiles la. Dah tertengok sekali, terpaksa la ikut sampai abis. Best best. Tengok citer ni, teringat kawan aku si ana. Dia memang suka cite ni. Yang paling aku ingat kitorang tengok vcd xfiles movie kat bilik kolej seroja 1. Apa kabo tah minah nih. Dah lama tak jumpa. Sejak grad rasanya tak pernah jumpa. Tapi tau la dia kat tnb muor. Kot2 dah pindah.
Selain tu, oleh kerana aku cuti panjang, banyak jugak la drama tv yang aku dah terminat. Antaranya, laila majnun dan 2 x aku mencintaimu. Yang jadi best tu sebab lagu untuk laila tu lagu search laila namamu teratas. Bercakap pasal drama ni, aku memang ikut cite kumilikmu. Malam ni ar cite nya. Yang jadi aku ikut cite ni sebab aku suka zizan nin tuh huhuhu. Aku mula minat dia time cite rafflesia dulu. Masa tu nama dia adam haris. Sekarang ni makin banyak lak dia berlakon ek. Selain tu, aku jugak follow awan dania, mertua vs menantu dan pepaya. Opssss pepaya aku tak follow eh. Tah pape je citer tuh. Baru2 ni aku suka gak tengok gelora di hati sara. Jalan citer bagus, tapi lama2 jadi nyampah lak tengok jee berlakon. Kaku kayu jek. Nampak sangat berlakon.
Ok dah.
Tuesday, 6 January 2009
Clubbing
Hasil karya AyunasiA pada 9:12 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment