Sejak minggu lepas lagi aku dah perasan ada channel hbo. Tapi oleh kerana tengah gencatan suara, aku buat dek je lah. Semalam abang bukak starmovie pulak. Selamba dek jek. Aku pon tanya la, betul ke tu? Ke iklan jek? Kan salu iklan kat channel lain pon ada tunjuk gezek channel lain kan. Pastu abang pon cakap.
Last week ada orang estro call untuk promote pakej movie ni lah kot. Pastu abang cakap ok je lah. Takde lah cakap ok tu untuk menunjukkan saya setuju nak upgrade kepada pakej movie tersebut. Tiba2 hari rabu abang tengok dah ada dah channel2 starmovie, hbo dan apa lagi satu tu? Lupa laks.
Pastu esoknya abang call la call centre dia. Pergh! Siap suh bayar seploh hengget lagi untuk terminate pakej. Tu tak kira lagi seploh hengget untuk upgrade tuh. Sibbaik abang ambik nama mamat yg promote tuh. Indian, tu yang dia tak paham bahse tu agaknya. Suka2 hati dia jek.
Pastu abang suh dia buang jugak by hook or by crook. Eh, crook apa nyer ek? Nak bom estro ke pulak? Tak kisah lah. Tengok2, malam tadi, dia lum terminate lagi. Mentara dia nak terminate, kiter tengok la dulu. Kalo dia suh bayo jugak, baru kiter pikir nak buat apa. Kalo sumer orang dia buat cenggini, makin kayo lah tokei estro ek?
Monday, 12 January 2009
Estro Tak Betol
Hasil karya AyunasiA pada 4:06 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment