Panjang betul cuti aku. Dari 25hb sampai la 4hb. Ada la 11 hari kot. Naik lenguh badan aku. Apa taknya. Balik dari jenjalan, melengkor je keje nya. Tengok tibi jek manjang. Dahhh... setahun sekali je kan. Biler lagi nak berehat sepuas hati. Gi keje pon, walo pon takde keje, walo pon leh dengar redio, kena gak duduk tegak atas kusi. Mana nak sama ngan melepek atas sofa tanpa memikirkan masa depan kan.
25hb Disember 2009
Pada hari ulangtahun perkahwinan ini, kami memulakan perjalanan ke muadzam. Bertolak lebih kurang kul 11.30am, singgah makan nasi ayam dulu. Kendian kami terus kan perjalanan lalu ayer hitam, yongpeng, lam lee, chaah, maokil, labis, tenang dan segamat. Sampai segamat, kami singgah solat kat masjid segamat. Alalalala kecik je mesia nih. Tau tak saper yang aku jumpa? Bukan. Bukan mawi. Aku jumpa kawan seperjuangan aku, adiza. Dia ni kawan jpk aku. Dia kat wilayah tengah. Tapi tak lama lagi dia nak tukar keje. Dah dapat offer uitm pulak. Arituh masa induksi dia ada tanya pendapat aku pasal nih. Aku pon terus la, pegi pegi pegi! Bukan aku halau dia. Tapi aku rasa perkembangan kerjaya akan lebih baik kalo dia pegi. Kisahnya, adiza gi anto adik dia kawin orang segamat. Ooo. Tak lama aku sempat sembang sebab derang dah nak balik. Pas ni tak tau la biler leh jumpa lagik. Sebab tu kot aku dipertemukan dengan dia sekarang. Kemudian kami terus straight ke muadzam. Sampai umah kak uni pon dah kul 4pm kot. Kali ni ala2 lady's gathering la. Adik beradik pempuan je yang berkumpul. Yang best nyer gi umah kak uni ni ialah, dia salu masak ikan patin tempoyak. Nyum nyum sedap nyer.
26hb Disember 2008
Pagi ni kami rilek je cam takmo gi mana2. Dah dekat nak tengahari baru kami bersiap untuk meneruskan perjalanan. Kul berapa ek kami bertolak? Tapi yang penting waktu jumaat kami dah sampai sungai ulor la. Masa lalu bypass kuantan tu, mula la nostalgia. Dulu gini, dulu gitu, dulu dulu dulu. Sekali, tiba kat jabor, tersalah masuk jalan. Termasuk hiway la pulak. Lerrr tak dapat la sambung nostagia. Sibbaik hiway tu tamat kat sungai ulor. Cecepat carik masjid. Mentara abang jumaat, aku berjalan gi berkameh kat hentian. Jauh la jugak. Basah la jugak keti.
Selesai jumaat, kami teruskan lagi. Kali ni nak cari makan pulak. Kami pon berenti kat satu kedai makan tepi jalan. Sejak dulu lagi aku dah usha kedai ni tapi tak pernah singgah. Kedai gulai kawah. Dulu satu set rm5. Skang dah naik rm5.70. Kami ambik gulai satu jek, pastu share. Abis makan, jalan lagi. Singgah lagi kat geliga. Carik2 kedai yang aku pernah makan dulu. Lum bukak la pulak. Singgah je la mana2 kedai. Kebetulan plak nama kedai tu aziz satar. Agaknya nama dia aziz. Dah, dia jual satar, jadi la aziz satar. Perut dah kenyang, tapi beli jugak la buat ada2.
Seterusnya, kami lalu jalan lain kali ni. Kat dungun, kami masuk jalan ke jerangau. Kira lalu kuala berang la nih. Best jek lalu situ. Lengang jek. Jalan pulak waktu petang, redup jek. Tapi kalo malam takleh la lalu situ. Buatnya kete rosak tengah jalan, nayo. Huhahuha, kami selamat sampai di kota bharu tepat jam 8pm. Hujan renyai2. Terus cari hotel. Sibbaik ada kosong, walo pon bilik tu takde tingkap. Boleh la... daripada tido dalam kete.
to be continued...
0 komen:
Post a Comment