Monday, 26 September 2011

Kenduri Yasin & Doa Selamat (Yang Dah Basi Kot)

Tengah edit2 gambar tadi, baru lah aku ingat, kenapa aku buat2 lupa nak stori pasal kenduri ni. Iaitu pasal gambar2nya adalah blur (lupa nak tukar setting makanan to auto) dan tidak relevan (citer kenduri = makan, tapi rupa makanannya tak nampak gara2 eksaited ambik gambo bekas makanan). Tapi, dah terlanjur aku tersebut aritu, maka aku kuarkan lah juga storinya. Yang tidaklah ada stori sebenarnya.

Kenduri ini kami adakan pada hari sabtu, 25 Jun 2011, iaitu seminggu selepas kami pulang dari mengerjakan umrah. Kenapa buat kenduri doa selamat selepas pulang, bukan sebelum pegi ke sepatutnya (doa selamat bertujuan untuk perjalanan pergi dan balik kot?)? (pandai2 la korang nak baca ayat ni dengan intonasi macamana hahaha). Pertamanya aku kalau boleh takmo orang tau aku pergi umrah, terutamanya sebelum pergi. Bukan sebab takmo derang kirim (doa, salam, barang :P) ke apa. Cuma takmo kecoh2. Keduanya aku tak nak penat2 kan diri sebelum pergi. Ye lah, kenduri mestilah penat (walaupun order katering je, banyak aspek lain yang perlu diambil kira).

Maka, pada hari kejadian, pil dan sil pun datang lah. Memula pil sampai dulu paginya. Huhuhu awal betul mereka sampai. Aku baru celik mata sebenonya hihihi. Mil bawakan baaanyak kuih. Antaranya kuih dangai dan karipap. Jiran sebelah pulak kasik tepung pelita. Jadi, banyak lah kuih aku jadinya. Dah petang sikit baru lah sil sampai seberataan. "Barulah riuh rumah ni, ada budak2," kata mil. Makan dalam seh...

Seterusnya, majlis pun berlangsung dengan jayanya. Menu hari itu ialah nasi tomato + ayam masak merah + yang sewaktu dengannya. Aku order dengan orang yang sama dulu. Kehadiran kurang memberangsangkan berbanding yasinan yang lepas. Banyak makanan lebih. Dah tapau berkat pun ada lebih lagi. Sampai masa katering tu datang nak ambik bekas, kiterang suh dia bawak balik je. Mungkin sebab weekend, ada orang balik kampung dan jalan2. Kalau buat hari kerja biasanya ramai orang sebab laki balik keje, bini takyah masak hihihi.

Dah, abis cerita. Masa untuk melihat gambar yang aku katakan blur dan tidak relevan itu. Cekidaut!



Bacaan yasin






Ok, sekian...

0 komen: