Ngeri kan? Ya, memang mengerikan. Lebih2 lagi kalau nampak depan mata. Hilang mood raya.
Tapi yang aku nak stori the mori kan di sini bukanlah tentang kes2 eksiden jalanraya yang luka di tangan nampak berdarah itu. Tetapi tentang eksiden di hati siapa yang tahu. Ala2 drama gitu. Drama pendek je lah.
Kisahnya, baru2 ni encik suami ada membeli sebuah hepe. Kiranya hepe termahal dalam sejarah hidup beliau lah (sebelum tu yang paling mahal n0kia3310 je pon huhuhu). Ada wifi gps segala. Maka, semenjak itu, kulu kilir lah dia mengadap mende alah tu. Rimas aku menengok nya. Sibbaik takde berukband. Kalau ada, lagi la parah. Baru2 mungkin lah nak explore function2 nya ke kan. Ni dah dekat 5 bulan, takkan lah masih mengexplore lagi? Lagi pun, tak pernah lah pulak selama ni beliau membawa hepe ke mana beliau berada. Basuh kete pun siap masuk dalam poket lagi.
Aku pun mulanya tidak lah peduli sangat. Cuma sesekali je lah aku tegur sebab rimas kot. Ye lah, kata ada wifi kan. Senang lah dia nak online tanpa membuka laptop kan. Sekali sekala aku tengok dia tengah melastik ba alif ba ya. Heee kurang koje lah tu. Maklum la, mesia kan nak mengantarabangsakan uninya. Student lama takde, student pon baru semalam masuk mendaftar. So, nampak la logiknya beliau kekurangan pekerjaan tu.
Dipendekkan cerita, semasa berada di mersing pada hari raya kedua tu ari, aku saje lah menggodeh2 hepe beliau. Aritu aku ingat nak beli jugak hepe yang sama. Sekali pikir balik, karang 2-2 orang pulak ngadap menda alah tu di mana2 mereka berada, tak ke boleh menjadi pepatah, kami telah membawa haluan masing2 nanti?
Sedang aku menghijack inbox sms beliau, masuk satu sms. Tit tut. Aku pun tengok nama penghantarnya. JANGAN 3. Uiks? Nama orang ke tuh? Bukan nama orang, tapi aku tau lah siapa orangnya sebab aku yang kasi nama tu pada phonebook tu. Kenapa 3? Sebab ada JANGAN 1, JANGAN 2 dan JANGAN 3. Dah macam beristeri 4 pulak dah. Sebenarnya ke 3-3 nya pun orang yang sama. Dan ia tidak lain dan tidak bukan ialah pempuan *@$%$&&* itu.
Persoalannya sekarang, bila masa dia dapat nombor telefon yang baru ni? Baru tak baru la... tahun lepas kot beliau tukar nombor phone. Sejak itu memang takde lagi makcik tu call hepe. Call opis komfem la selalu kot. Tapi sekurang2nya aku tak tau. Ni bila dia dah tau nombor hepe ni, mula la hidup aku tak tenteram semula. Patut lah kulu kilir dia bawak hepe tu. Niat dah baik dah, takmo aku tau dan naik angin. Tapi bila dah tertau ni, lagi lah aku angin. Kena tukar nombor lagi lah ni. Pasni kena pesan kat semua yang dapat nombor baru, tolong jangan kasi nombor ini kepada orang yang tidak dikenali. Bisnes card sumer jangan taruk nombor tu. Nak berurusan keje sila di tempat keje dan pada waktu keje sahaja. Menyusahkan betul! Sesuka hati je bagi nombor tepon orang.
Oh, isi kandungan sms tersebut lebih kurang dia mengadu kepenatan melayan sedara mara dari jauh dan dekat yang datang beraya.
Remuk redam rasa di hati. Sungguh lah, luka di hati nampak berdarah, luka di hati, siapa tahu? (sekarang korang lah yang tahu).
Apa yang patut saya lakukan, kak srisiantan?
Isteri yang berdarah di hari raya,
Friday, 9 September 2011
Raya Yang Berdarah
Hasil karya AyunasiA pada 9:59 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 komen:
makcik kiah tu ke kak???akak try sound sket makcik tu...haish...hangin lak saya...bile la die nak kol opis kite lagi...meh saya tlg bahasa kan
ayu: patut la dah lama dia tak call... dah dapat no baru rupanya. hampagas betul!
minah tu senget kot kak...sangat tak sedar diri...cepat2 la further study...msti die x pandai kol dah...silap2 anto poskad lak...hahahaha
cuba smash si suami pulak...
ape suke sgt nak berbasa basi dgn makcik tu...
hati isteri kena jaga jugak ya....
hati2 bila hp dah dibawa ke hulu dan ke hilir...pakar2 motibasi cakap, pasti ada rahsia antara kita huuuuuu.......
hope luka dapat di ubati....hope juga suami awak tidak seperti pakar motibasi tu cakap....
itu la kdg2 lebih baik tak tahu daripada tahu.aku ni dh masak sgt dgn benda2 mcm ni..kalau ikutkan bkn 3 Jangan dah tapi puluh2 jangan. tp bak kata pepatah bertepuk sebelah tangan tak berbunyi.
tapiiii...walau camna pun...cik kiah tu cuma dpt ber sms saja dgn encik ayun tapi awak tu wife yg sah encik ayun...bkn senang nk berakad nikah..jd..kot mana kedudukannya,kedudukan awak la yg lagi tinggi..skrg awak dh sedih,cik kiah tu suka la ...awak kena tenangkan fikiran dan pk yg positif je.sbg lelaki...biasa la sms,teman tapi mesra nih..TAPI jgn la sampai dia berbuat onar yg lebih2.setakat sms tu..forgive n forget je.banyak lagi kebaikan encik ayun yg leh mengatasi kesilapan yg satu ni.betui tak..
apapun.sy tetap doakan awak dan encik ayun sentiasa dipelihara oleh Allah dan diberi kebahagiaan selalu~
*eh tiba2 sy tak boleh tukar 'awak' dan 'saya' ini
cikbunga: si suami cakap dia tak respon pon. dulu lagi dia dah decide untuk buat don't know, tapi, tetap lah the makcik menghantui hidup kami. masalahnya skrg ni di pihak keempat (faktor persekitaran). dan tak boleh dikawal. kalau ko ada pakcik ke, kawan ke yang duda nak kawen, tolong lah rekemen kan kat makcik ni. dia ketandusan kasih sayang.
cikluby: time kasih atas nasihat itu. ekceli kami ok je. anggap macam angin lalu je lah. tapi angin puting beliung la, bukan angin biasa. eh, macam pokok cili abang saya pulak, kena langgar puting beliung *merujuk kejadian putingbeliung di mersing baru2 ini.
p/s i suka stetmen tepuk sebelah tangan takkan berbunyi itu. hint.
Saya sngt2 memahami perasan awak.. kuatkan smgt k.. Ingt..hati awak milik Allah..begitu juga hati en ayun dan 'mangkuk ayun' tu.. Jadi..bnykkan berdoa spy hati en. ayun x berubah kpd 'mangkuk ayun'.
Chill ok..:)
tepuk sebelah tangan takkan berbunyi.kot la tepuk ke dinding bunyi la..
tak suka :-(
cikenon: terima kasih kerana mengingatkan.
irfa: nak ckp gitu jugak, tp terlupa pd dinding (tah pape tak tau nak sambung ayat).
pertahankan ikatan yang telah terbina...lakukan apa sahaja....huks! mode sedeey pulak....
inilah hakikat seorang perempuan...
aku takde sape pulak ler nak di match making kan dgn makcik tu...lagipula aku pon takut gak nak match kan dengan org yg cam tu...huuuu....macam2 ada!
~ teringin nak tgk wajah makcik tu...camne la agaknya orgnya...
uik sape orangnya tu
esempoi... nak berkenalan kah? sila drop no. phone anda hehehe
Post a Comment