Wednesday, 21 September 2011

Dekorasi Raya 2011 Sambil Berhari Raya Di Blogsphere

ASSALAMU'ALAIKUM...


Wa'alaikumussalam, jemput masuk... Duduk lah dulu ya. Bukak kuih tu. (tu baju raya ke 7 :)

Motif gambar ialah menayang baju raya. Kedua.

Yang ketiga.

Tayang baju raya ke 5

Alahai... ada yang tak sempat datang beraya ke? Caner? Raya maya lagi lah ya? Meh meh makan kerepeks raya.

4 kerepek yang wajib ada di rumah ku pada hari raya iaitu ubi pedas kering (selalu aku yang perabiskan kerepek ni hihi),

Ubi pedas basah,

Ubi masin

Dan pisang tanduk.

Selain itu, yang bukan kerepek pun ada yang wajib ada, seperti batang buruk kunyah muo (tahun ni dapat banyak, sila lah makan banyak2 ya)

Dan biskut balqis aka malatops. Tahun ni kawan tu tak ambik order kuih ni, tapi aku jumpa kuih ni kat noorasyikin dengan nama malatops. Tengok rupa macam ya. So, aku beli satu dulu. Balik tu test, komfem sama! Terus beli banyak2. Tapi sekarang ni makin kecik pulak biskut nya. Sekali ngap jek dah abis.

Biskut dahlia buatan ku pun mesti la ada.

Juga biskut sarang semut.

Dah tu baru lah boleh buat lawatan tapak. Tahun ni tak banyak perubahan. Rasanya memang kepala langsir tu je lah yang lain kot. Lelain semua sama. Sedih tau... aku dah berangan nak pasang lampu chandeliar kat situ. Tapi, takde cornice, tak cantik lah pulak kan. Nak pasang cornice kang, kena cat sekali la pulak sebab dia akan comot2 kat dinding atas. Tapi, cat dah takde belen. Nak tak nak kena beli setong atau lebih tepat lagi, tukar kaler terus. Tapi, aku sayang lagi cat ni. Baru je 2 tahun. Sudahnya, semua pun tak dapat.

Baru lah naik sikit kaler dinding tu. Tahun lepas punya nampak senada je, coklat memanjang.

Paten kepala tu aku ubah sikit je, tapi macam yang tahun lepas lagi cantik kot. Simple. Ni dah berkubah2 pulak.

Tahun ni last kot konsep langsir english style nih hehe (jangan percaya).

2 keping je yang aku tukar. Tapi, untuk membuat benda ni je pun, tangan aku dah terbakar kena iron. Dapat lah parut kenangan langsir ni.

Untuk kusyen pulak, kengkonon aku nak buat piping la tepi2 dia. Sekali baru buat 1 dah give up. Isy, takyah lah susah2 kan diri. Cantum je lah macam biasa.






Ok, itu je edisi deko tahun ini. Nak balik dah? Nah, duit raya singgit (up sikit tahun ni)!




6 komen:

[leily.laily] said...

cantik, pandai le awak deco2..
cat yg kaler ijau tu nek seri.. =)
ekceli sedang sebey2 deco2 tuk rumah kite gak..
tq sharing idea.. =)

ayzaqaysukashah... said...

cantik edisi strawberry ye....hahahahaha...satu untuk semua...=)

Cikgu Nana said...

waaaaaaah...entry yang ini memang ku tunggu2 hahahaha.....

singgit jek? up la 100 ke hahahaha....

AyunasiA said...

leily: thanks. welcome.

AyunasiA said...

ayu: nanti akak buat wm buah oren, anggur, epal, semangka pulak.

AyunasiA said...

yana: kalau la duit nafnang ni au dpt ribu riban, mmg aku dah sedekah kat blog readers dah. tp apakan daya...