Aku rasa ramai orang yang dah biasa menggunakan p0werp0int dan dah tahu pun tentang perkara yang aku nak sampaikan ni. Tapi, aku percaya, ramai lagi yang tak tahu. Sebab aku juga selalu menjadi audien dan melihat ketidaktahuan mereka. Jadi, jangan lah gelakkan aku kalau dah tau ek. Dapat sorang je yang belum tau pun dah cukup baik bagi aku. Sekurang2nya ia membantu, walau pun sedikit. Aku dah tau ni agak lama, tapi nak bagitau kat orang, rasa macam menunjuk pandai pulak. Lagi pun, itu je pun tip yang aku ada hiks. Ni kira aku memberanikan diri menanggung malu la kalau sebenarnya 'benda tu basic laaa semua orang tau kot'. I redho.
Seringkali kita lihat, semasa kursus, seminar atau apa2 saja bentuk penyampaian yang menggunakan p0werp0int, bila presenter tu nak melintas di depan pr0jector (bagi kes tempat2 yang tak pasang pr0ject0r siap2 kat siling), atau pun nak menerangkan point mereka tapi takmo audien tengok skrin sebaliknya tengok muka dia, atau pun time take 5, tak tau nak buat apa ngan slide tu, atau pun bagi pengajar, dia nak soal student, tak kasi student dia tengok jawapan yang ada dalam slide yang terpapar tu, atau pun kita nak menulis sesuatu pada skrin, tapi kalau berdiri kat situ nampak pulak bayang tubuh kita serta sakit la mata dengan pancaran lampu terang pr0jector itu (eh, macam banyak je kegunaan tip aku ni ek? kuikuikui), mereka akan :
- Tutup lampu project0r tu dengan kertas atau penutup dia (paling biasa dan dalam keadaan kalut biasanya)
- Tutup atau minimize kan file p0werp0int tu
- Biar je lah, peduli haper?
Jadi, di sini saya akan memberi penyelesaiannya. Selain menyelesaikan masalah tersebut, korang jugak akan mendapat bonus iaitu dapat menyaksikan di wajah audien anda, wajah impress 'eh... macamana dia buat eh?' hahaha. Betul! Cumanya bergantung la pada derang, nak tanya ke tidak camne korang buat. Kalau tidak, kekal lah anda menjadi buah mulut manis sebagai presenter yang hebat. Ok, over di situ.
Ok, sebenarnya senang je. Dia ada dua pilihan.
- Nak kasi skrin tu putih blank cenggini,
- Atau nak kasi skrin tu gelap terus umpama takde apa2 cenggini,
So, tip nya ialah.
Kalau nak kasi skrin tu putih blank (kiranya nak kasi bilik tu terang la. kan lampu sumer dah tutup) anda cuma perlu SMS putih jarak blank dan hantar ke 32999 atau secara pukal, taip putih melepak jarak blank dan hantar ke 32999. Ok, tipu. Cuma tekan huruf W (for white) dan untuk kembali ke slide asal, tekan W lagi. Haaa cer cer cer.
Dan kalau nak kasi skrin tu gelap teruih (yang komfem audien anda akan taruk kepala atas meja sambil menutup mata), cuma tekan H (for hitam) dan untuk kembali ke slide asal. tekan H lagi. Haaa cer lagi cer lagi cer lagi.
Apa? Tak boleh? Korang pakai p0werp0int versi lama kot? Ke versi malaysia punya? Huahuahua...
Apa ko ingat encik Ramli ke yang reka p0werp0int tu? Dah tentu2 oramputih yang reka. Mesti lah dia tak tau hitam tu apa. Cer guna bahse oramputih pulak. Cer cer cer.
Saje nak suh korang berfikir sikit hehehe.
Ok, sila komen, adakah ini 'wah! ini perkara baru' atau 'aku dah tau lama sebelum ko tau lagi laaa'. Kalau ramai yang cakap the later, tobatlahum aku tak kasi dah sebarang tips pasnih hohoho (termasuk tips menjahit kun yang cantik di baju - ramai orang search keyword ni terjumpa blog ini tau, padahal aku belum tulis lagi hihi). Pastu nanti kalau orang tanya, cakap lah, ni kawan blogger saya yang genius tu yang ajar huhuhu. Ok, tak payah.Tapi aku nak bagitau jugak nama orang yang mengajar aku benda ni, iaitu encik azri, fasi t3ambuilding ku suatu masa dulu. Terima kasih encik azri kerana menjadikan saya dikagumi ramai hihihi.
Sekian. Semoga menjadi ilmu yang bermanfaat. Selamat Beramal!
Sekian. Semoga menjadi ilmu yang bermanfaat. Selamat Beramal!
2 komen:
alamak...baru tahu lahhh..serius..mmg kelassss cik asiah
yeay! ada jugak satu. ke kita dua je yg lmbt tau? ekekekek
Post a Comment