Dah. Macam luka parah je taruk entry tu lelama. Mari kita lupakan. Ayuh! *tiba2.
Kadang2 aku rasa aku ni ego tak kena tempat. Bukan lah ego yang macam sombong ke. Ni ala2 suka sesuatu, tapi tak mengaku. Ego ke tu? Lantak ler. Eh, betul la ego. Macam orang suka kat seseorang, tapi takmo ngaku kerana ego. Sama la kan.
Aku mengaku sebagai peminat warna hijau.Tu pun sebab ramai orang dok sibuk2 dengan warna kegemaran masing2. Kalau tak, aku pun tak tau nak cakap aku suka warna apa ekekek. Berkebetulan pula, ctnurhalija dan zianazain pun minat kaler hijau. Dulukan aku peminat setia mereka kan. Jadi aku pun ala2 pasrah dengan stetmen 'peminat warna hijau' itu sampai la ni. Kira 'latar belakang' aku hijau la.
Teringat satu dialog srk kepada rani dalam citer chalte2 time gadoh2, 'bukan ke dalam perkahwinan, cinta tu dah jadi 'latar belakang'? Jadi, kalau gadoh2 pun, akhirnya mengertilah bahawa aku cinta pada mu.' Gitu. Kiranya dalam scene tu rani cakap masa belum dapat dia, kemain lagi srk mengejar dia sampai ke athens. Bila dah kawen, biasa2 je. Eh, tak geti lah aku nak terangkan.
Tapi kalau orang tanya aku warna apa yang cantik untuk... (dinding rumah, baju, kereta dll.), aku boleh beri macam2 warna. Aku suka warna purple (sebab tu loteng ku warna purple). Aku suka kaler coklat pada furniture. Aku suka warna merah dan kuning pada baju. Aku suka warna oren (sebab tu rumah aku tema oren). Terbaru aku suka warna ungu biji kundang pulak. Pendek kata, semua kaler aku suka lah! Tapi hijau? Aku suka pada apa? Eh, hijau latar belakang kot hahaha.
Errr ekceli ada satu kaler yang aku suka jugak, tapi tak pernah ku dedicate (boleh ke guna word ni?) kan dia untuk tujuan apa. Dengan kata lain, ia setaraf dengan warna hijau la sebenarnya (atau lebih huhuhu). Dan kalau orang tengok baju2 aku, memang lebih banyak warna tu lah. Kalau nak beli apa2 dan susah nak pilih warna, aku akan pilih warna tu biasanya.
Dan warna itu ialah ! (rasa nak sorok muka sebab tak mau mengaku girlish, suka pink hihihi).
Antara benda pink yang ada depan mata sekarang ini...
Tapi yang pasti (saya kunci lirik ini), aku tak suka kaler biru (kecuali turqouise) iaitu warna kegemaran encik suami.
Wednesday, 14 September 2011
Pink Karer
Hasil karya AyunasiA pada 10:40 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
aku suka Biru langit.leh match dgn pink karer..lembut je..
hm sbnrnya aku suka warna2 pastel kot
lub, ada biru2 yang aku tak suka, mcm biru kain sekolah rendah. kalo biru nila ok sket la. biru pkr ok hehe.
Post a Comment