BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 29 September 2011

Sampai Termimpi-Mimpi



Semalam petang, kami terjumpa rakan seumrah kat pasar malam. Sejak balik aritu memang tak teringat nak contact. Lagi pun kami bersama sekejap je. Masa kat madinah. Sampai kat makkah, derang dah duduk hotel lain. Jumpa tak jumpa balik, masa nak balik tu je lah.

Mereka ni staf ito. Masa dalam flight ke bahrain dari kl, yang pempuan tu duduk sebelah aku. Dia yang perasan kenal encik hairul. Suami dia orang ptm. Berjiran pulak dengan opismate aku.

Dan malam tadi, aku telah bermimpi pergi ke makkah sekali lagi. Tapi scene nya dalam masjidilharam jer. Tapi nampak lah kaabah tu. Yang tak boleh tahannya, kami pergi sekali dengan opismate aku. Ayu, kiter gi sesama! Siap bawak baby emir lagik!

Selain faktor pertemuan di pasar malam, berita rombongan pertama bakal haji di buletinutama juga turut menyumbang kepada mimpi ini. Tapi, cemana boleh muncul baby emir tu pulak ya? Musykil di situ.

Ok, kiter recycle gambar aritu. Tengok ka'abah pun dapat pahala. :)

Masjid Nabawi


Ini pulak gambar Masjid Nabawi yang terdapat di taman tamadun islam di ganu.



Kubah hijau.




Ini replika di taman tamadun juger...









1 komen:

HappyIrfa said...

tengok gambar ni buat aku terasa ruginya tak gi sini masa gi ganu tu ari :-(